Showing posts with label KLMJ-Kalau Lupa Makan Jamu. Show all posts
Showing posts with label KLMJ-Kalau Lupa Makan Jamu. Show all posts

Friday, March 15, 2013

Jangan bersedih.


Lama aku tak update blog. 
Mungkin dah lebih dari lima tahun.
Aku percaya ramai yang rindu dan tertanya-tanya.
Hidup ini tidak ada status. 
Hari ini kita diatas pasti esok kita akan berada dibawah semula.
Percayalah.
Tinggalkan masa silam mu dan binalah hidup baru.
Jangan dipandang lagi perkara yang sudah berlalu.


"Wahai masa lalu yang sudah berlalu dan selesai, tenggelamlah kamu seperti tenggelamnya mataharimu. Aku tidak akan menangisi kepergianmu, dan kamu tidak akan melihatku termenung sebentar pun untuk mengingatimu. Kamu sudah meninggalkan kami semua. Pergilah dan jangan kembali lagi. "

"Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka aku tidak akan bermain dengan khayalan dan memperjudikan nasib hanya kerana satu agakan. Aku juga tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, sebab esok hari mungkin tidak ada sesuatu. Esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya dapat disebutkan."

"Hari ini kepunyaan aku" merupakan ungkapan yang paling indah dalam "kamus kebahagiaan", kamus bagi mereka yang ingin menikmati hidup yang paling indah dan menyeronokkan.

Jangan Paksankan Hari Esok Hadir Sekarang!


Tuesday, January 29, 2013

Tiga Puluh Empat


Pejam celik, pejam celik kejap je dah 28 Januari. Pejam celik, pejam celik dah lama juga rupanya aku tak update blog sejak dah ada teman baru. Teman yang selalu aku bawa kemana-mana. Teman yang lebih rapat dari seorang makwe. Teman yang baru aku beli tengah bulan hari tu.

Pejam celik, pejam celik dah genap rupanya umur aku 24 tahun. Alhamdulilah, tuhan masih panjangkan umur aku untuk terus mengabdikan diri padaNya. Syukur. Sekaligus tuhan masih beri aku peluang untuk menerokai sifat-sifat wantia dan sekaligus menangkap mereka untuk dijadikan suri dalam hidup berumahtangga ( apa kepala bana ayat aku ni? ).

Pejam celik, pejam celik dah 24 tahun tapi tuhan masih belum makbulkan doa aku untuk merasai nikmat malam pertama dan malam Jemaat bersama seorang isteri. Seorang makwe yang sah yang mana boleh tolong urutkan bahu dan badan aku bila solid balik dari kerja. Aku tenang juga menanti nikmat yang entah bila akan aku nikmati itu.

Pejam celik, pejam celik setiap tahun orang pertama yang wish selamat hari lahir pada aku melalui pesanan ringkas adalah orang yang sama aku kenal sejak hampir empat belas tahun dulu. Aku pun pelik sebenarnya. Terima kasih tuhan kerana memberikan daya ingatan yang kuat pada mereka-mereka yang pernah membahagiakan hidup ini walau untuk seketika cuma. Aku bersyukur biarpun tidak hidup bersamanya. Kepada makwe baru jangan cemburu, awak sebenarnya boleh buat lebih baik dari yang terdahulu jika awak mahu. Malahan awak ada kelas awak yang tersendiri.

Okey. Tak elok sedih-sedih. Yang berlalu biarkan dia berlalu.

Tahun ni aku ada tempah satu kek power sempena hari lahir aku yang ke dua puluh empat. Tempah sendiri dengan kawan-kawan. Keluar duit sendiri. Tak ada sponsor, tak main hadiah-hadiah. Aku bukan budak umur lima belas tahun yang masih mengharap hadiah dari kawan-kawan. Aku pun tak tahu macam mana boleh datang idea nak tempah kek. Ini kali pertama. Biasa aku beli kek biasa je. Tak pelik dan tak ada bentuk yang bukan-bukan.

Banyak sangat pejam celik pejam celiknya. Entah bila agaknya nak pejam tak celik-celik. Itulah, mati itu pasti, mendirikan rumahtangga itu Insyallah.

Sebenarnya aku dah tak ada idea nak teruskan entri ni pasal perut aku sakit dan yang sebenarnya aku update entri ni cuma menggunakan telefon bimbit. Itulah dia teman baru aku yang lebih rapat dari seorang makwe. Bukan nak riak tapi sesekali nak juga gunakan teknologi dihujung jari. Hehehe



SSR Mesh 15x10 dengan tayar 205 / 50 / 15. Nampak tak dia punya stretch?

Sebenarnya aku memang ada masalah fobia potong kek. Setiap tahun, setiap kek yang aku beli semua mak aku yang tolong potong. Sebab apa? sebab dia yang melahirkan aku.

Inilah hasilnya bila rim SSR Mesh tadi selepas dipotong. Tak tahulah masih boleh direpair lagi atau pun tidak.

P/s. Terima kasih pada http://mamanur-bakery.blogspot.com/ untuk kek yang ohsem ni!




Friday, January 25, 2013

Bila aku marah.


Walaupun aku masih belum kawen-kawen lagi sampai sekarang, tapi ketahuilah aku sedikit pun tak penah menyusahkan hidup orang lain. Jauh sekali hidup engko. Makwe engko pun aku tak pernah tegur dan tak berminat nak amik tahu. Pegi jahanam la dengan engko dan masyarakat engko punya persepsi. Makan pakai aku, susah senang hidup aku bukan makwe engko yang tanggung. Bukan masyarakat yang tentukan. 

Kalau baru ada makwe sekangkang kera tak payah la nak sombong-sombong dan pandai-pandai jatuh hukum pada orang yang belum kawen macam aku. Orang lain ada makwe, ada bini berhektar-hektar tapi jalan masih menunduk ke bumi.

Apahal? hina sangat ke orang umur 30an masih tak kawen-kawen lagi? kalau engko percaya pada jodoh dan takdir tuhan, engko tak akan pandang rendah pada orang yang belum kawen walaupun engko ada lapan ratus juta orang makwe dan empat orang bini. Sepatutnya engko doakan dia supaya cepat temu jodoh dan bahagia. Bukan menjadikan nasib dan perjananan hidupnya sebagai bahan jenaka.

Apahal? Engko ingat engko sorang je dalam dunia ni yang ada makwe dan naluri untuk berkahwin punya waris dan hidup bahagia? masyarakat macam aku tak ada keinginan dan kesungguhan macam yang engko ada? iblis pun ada nafsu, ada kesungguhan dan bekerja keras. Inikan pula aku manusia biasa yang tidak ada kuasa untuk menentukan segalanya berjalan dengan lancar melainkan dengan usaha dan doa.

Kalau engko masih lagi tak merasa perkara-perkara paling palat sepanjang masa engko bercinta, tak mustahil engko akan merasainya bila engko dah berumahtangga nanti. Dan aku menantikan saat itu. Apa? perkara paling palat sepanjang masa engko bercinta adalah kerana makwe engko tak balas sms? tak angkat panggilan? Jika itu perkara paling palat yang engko pernah lalui, maka engko adalah manusia paling rugi. Engko mungkin bahagia, tapi engko tak jumpa lagi penawar untuk mengatasi kesulitan.

Itulah, yang aku sangat kesalkan. Masyarakat sekarang ni kalau baru ada makwe tak sampai berapa semester dah mula pandai-pandai nak jatuh hukum pada orang yang masih mencari sinar bahagia. Susah senang dan usaha orang kita tak nampak, kita tak pernah nak tanya. Bila tengah bahagia, kehidupan orang lain semua dipandang tidak betul. Engko sorang yang betul, lurus dan bahagia. Pendek kata dah nak sampai target sebagai seorang manusia yang berjaya.

Tuhan baru anugerahkan engko satu makwe comel engko dah mula buat perangai lupa diri, lupa kehidupan engko diawal masa tak ada makwe dulu. Kalau tuhan kurniakan engko lapan ratus juta orang makwe? tak mustahil engko akan terbalikkan dunia ini bersama-sama angan-angan dan cinta-cita engko untuk hidup bahagia.

Kalau macam ginilah perangai engko sebagai seorang masyarakat yang konon perihatin tentang susah senang hidup orang lain, engko tak jauh beza dengan UMNO.

Thursday, December 13, 2012

Makwe lama dan Dagu Yuna


Bila aku sebut hal makwe lama.
Ramai yang ingat aku hanya ada satu makwe lama.
Bila aku sebut hal makwe lama.
Semua orang ingat ia merujuk pada Norhuda.
Bila makwe lama je Norhuda.
Bila makwe lama je Norhuda.

Kepala hotak engko!

Tapi engko mana tahu.
Bila aku ungkit hal makwe lama.
Engko tak tahu.
Engko mana tahu yang sebenarnya aku ada lapan belas ribu makwe lama.
Engko sendiri pun tak tahu yang mana satu makwe lama yang aku maksudkan.

Jadi kalau engko tak tahu apa-apa pasal makwe lama.
Engko jangan pandai-pandai nak cakap itu ini pasal makwe lama.
Aku memang ada beribu makwe lama.
Dan salah satunya adalah Yuna.
Kalau tak Yuna pun tapi sikit-sikit muka dia macam Yuna.
Memang bukan Yuna.
Tapi maksud aku macam Yuna.

Memang muka dia tak macam Yuna.
Jauh sekali.
Tapi kalau engko tengok dagu dia.
Memang sebiji macam Yuna.
Itulah makwe lama aku.
Dagu Yuna tulah makwe lama aku yang sebenarnya.

Engko kenal Yuna?
Kalau tak kenal cuba engko Google.
Engko Googel "Dagu Yuna".
Tengok apa yang keluar.
Hah, itulah makwe lama aku yang sebenar-benarnya.

Sekian terima kasih.



Thursday, November 29, 2012

Syair untuk Gaza.



Kesian dengan orang-orang Palestin dan penduduk Gaza.
Hari-hari bermandi peluru dan bom.
Sedangkan orang Malaysia hari-hari bermandi hujan, fitnah dan janji.
Kesian orang-orang Palestin hari-hari kena bom.
Setiap hari ada yang mati.
Setiap hari ada air mata yang mengalir.
Sedangkan orang Malaysia masih belum bangun tidur lagi.
Marahkan zionis.
Perangi zionis.
Tapi matahari dah tegak melangit masih tak bangun tidur lagi.

Kita marahkan zionis.
Kita boikot mana yang termampu.
Tapi dalam masa yang sama kita masih lagi sempat berhibur.
Bayar tiket.
Kita masih sempat luangkan masa menonton Sigur Ros.
Hehehe.
Kanak-kanak Palestin nak main guli pun masih fikir sampai esok pagi.
Mereka menangis kerana ketakutan, kesengsaraan dan keperitan.
Kita menangis kerana gembira dan kelalaian.

Untungnya orang Malaysia tidak diserang dengan bom dan peluru.
Untungnya orang Malaysia diserang dengan benda yang sedap.
Benda yang boleh buat kita ketawa dan leka.
Untungnya orang Malaysia diserang dengan Facebook dan juga Twiter.
Untungnya kita tidak mati kerana kesedapan dan kelalaian.
Tapi kita tidak sedar hati kita mati kerana lalai.
Perut kita kenyang kerana kesengsaraan orang lain.

Kita risaukan Al Agsa.
Kita takutkan hari kiamat.
Kita takut akan kemusnahan dunia.
Sangat takut.
Tapi sebenarnya kita lebih takutkan kemusnahan Al Aqsa.
Bila Al Aqsa musnah itu tandanya kiamat sudah dekat.
Itu kata mereka.
Itu kata kita.
Tapi kita tidak sedar.
Ada Al Aqsa dalam diri kita.
Al Aqsa yang tidak nampak dimata mereka.
Kalau Al Aqsa dalam diri kita musnah.
Maka yang lain juga akan musnah.
Mereka dah lama menyerang Al Aqsa dalam diri kita.
Cuma kita tidak sedar.
Al Aqsa itu adalah lambang keimanan kita.
Risaukan masjid, tapi iman dalam diri kita terbakar hangus.

P/s. Aku mana reti nak menyair-nyair ni. Kalau engko power cuba engko baca entri aku ni dalam bentuk syair. Kalau sedap aku belanja makan nasik campur sampai RM10. Hah, cuba la.


Saturday, November 24, 2012

Sepi seorang pelontar batu.


Semua tentera kau,
Semua pejuang kau,
Semua kereta kebal kau,
dan semua askar kau.

Seorang lelaki mengengam batu,
Berdiri disana sendirian,
Dimatannya aku lihat matahari,
Dalam senyumnya aku lihat bulan,

Dan aku tertanya-tanya,
Masih tertanya-tanya,
Siapa yang lemah?
Siapa yang kuat?
Siapa yang betul?
dan siapa pula yang salah.

Dan aku berharap,
Aku cuma berharap,
Semoga kebenaran mempunyai lidah,
Untuk berkata-kata.



Thursday, November 15, 2012

Tribute to Aten.




Remote Astro.   Remote tivi.   Asthray.   Rokok.   Tebongkang.

Like a boss!


Sunday, November 11, 2012

Jalan sana, jalan sini terjumpa SMS lama.


Jalan sana, jalan sini.
Klik sana, klik sini.
Baca sana, baca sini.


Tiba-tiba terjumpa satu sms lama.

"Saya baca yang awak tulis jer. Yang Timmi tulis banyak sangat caci maki. Bosan saya nak teruskan membaca. Tak apalah, siapa pun dia, saya tetap rasa malu wak. Kalau saya yang baca pun malu, inikan pulak dia sendiri. Malu wak, dia tak sesetia old school awak, tapi awak pun kekadang tak setia pada old school jugak. Susah nak bagi perhatian yang sama rata untuk perkara yang kita suka wak. Perasaan manusia tak sama dengan perasaan kereta wak" ( Selasa 29 Januari 2008 / 11.48 malam )


Dulu tahun 2008. Sekarang dah tahun 2012. 
Dah dekat dua puluh tahun juga cerita sms tu.
Dia dah ada anak satu.
Dan aku dah ada anak lima.




Saturday, November 10, 2012

Selamat hari lahir Linda Denyut ( 11.11 )


Aku dan Linda Denyut. Ini gambar sekitar awal tahun 2000 masa gig kat Senai.

Linda Denyut.
Entah macam mana nama Denyut tu boleh melekat kat dia.
Mungkin kerana aku tengok dia berdenyut.
Automatik semua kawan-kawan panggil dia Linda Denyut.
Ya, sampai sekarang.
Walaupun mungkin sekarang dah tak berdenyut lagi.
Lama dah tak berhubung dengan dia sejak aku putus tunang.
Orangnya biasa-biasa.
Tidak tinggi.
Tidak pula rendah.
Berkulit hitam manis dan berambut seksi.
Anak bongsu dan agak manja.
Susah juga sebenarnya nak mendiskripsi Linda Denyut ni ya.
Dia bukan siapa-siapa. Cuma kawan biasa-biasa.
Aku mula kenal dia sekitar akhir tahun 98.
Masa tu dia baru lepas SPM dan aku sudah bekerja.
Dia makin berdenyut selepas mula bekerja.
Dan semakin pandai bergaya.
Berbaju kurung dan berkasut tumit tinggi.
Rambut ikal mayang buat semua orang macam nak pengsan.
Ya, dia kawan baik makwe lama aku.
Mereka berjiran sebenarnya.
Mungkin kerana itu aku jadi rapat dengan dia.
Sangat rapat.
Selalu datang rumah dia.
Makan dirumah dia.
Menonton television dirumah dia.
Banyak juga berkongsi pahit manis bersama.
Selalu juga pergi gig bersama.
Hampir kemana saja jika punya masa.
Diantara kami. Linda dulu yang punya teman lelaki.
Kami masih berkawan. Tapi tidak terlalu rapat.
Risau nanti pakwe dia cemburu.
Sedangkan aku masih berusaha untuk mendapatkan kawan baiknya itu.
Ahh itu dulu.
Setelah lima enam kali putus cinta akhirnya Linda bahagia.
Sekarang Linda sudah berumahtangga.
Pemuda peminat Honda menjadi pilihannya.
Mekanik kerjaya suaminya.
Khabarnya bakal menimang cahaya mata pertama.
Semoga Linda kekal Denyut dan bahagia.


11.11.12


Apa celaka susah sangat nak buat entri pasal Linda Denyut ni. Padahal aku cuma nak wish selamat hari lahir je pun. Hari lahir dia memang senang sangat nak ingat. Aku tak pernah lupa walaupun tak pernah wish sejak aku tak kawan lagi dengan kawan baik dia. Entah apa khabar agaknya dia sekarang. Tak, maksud aku apa khabar agaknya Linda sekarang.


Wednesday, November 7, 2012

Cemburu itu anjing dari neraka.


Dulu aku ada seorang kawan perempuan.
Cantik.
Putih.
Tinggi lampai.
Bergaya.
Suka kucing.
Ada PHD.
Persis seorang model
Dan berdenyut.

Kami berkawan. Berhubung dan berjumpa.
Sekarang.
Dia dah pun bergelar isteri orang.
Aku okey.
Dia okey.
Kami tiada jodoh dan tidak lagi berhubung.

Dengar cerita suaminya cemburu kami berkawan.
Sangat cemburu.
Aku faham.
Aku okey.
Aku senyum.
Aku tumpang gembira dia bahagia.

Aku?
Kereta buruk.
Rupa tiada.
Rumah pun tiada.
Gaji pun bawah dua K.
Kerja pun tak pakai kasut kilat, seluar slack, kemeja dan bertali leher.
Maksu pun kata muka aku semak penuh dengan bulu.
Aku okey.
Dia pun okey.

Suaminya ada stesen minyak.
Persis orang senang.
Rumah besar ada banyak bilik.
Kereta besar dan mampu memberikan keselesaan 
dan kebahagiaan.
Aku okey.
Dia pun okey.
Dia bahagia aku pun bahagia.

Aku senyum panjang.
Aku tersengih gembira.
Aku bangga.
Aku tidak pernah cemburu.
Rupanya aku masih berada "diatas" 
bagi sesetengah orang yang sudah "Berjaya"


Tuesday, October 30, 2012

Kawan aku pernah kata yang cinta itu anjing dari neraka. Tapi sekarang dia dah ada anak dua.


Seronok betul tengok gelagat orang yang baru kenal dengan cinta dan anatomi badan perempuan ni. Bukan setakat seronok, sebenarnya kelakar pun ada, gembira pun ada. Andai dapat undur masa, teringin juga nak ejas kesilapan masa silam. Tapi aku tahu itu semua tidak mungkin berlaku. Teringat masa zaman aku kemaruk bercinta dulu. Terasa dunia ni macam aku yang punya. Datanglah masalah sebesar mana pun kita masih mampu tersengih dan gelak. Tak ada masalah yang paling berat selain dari masalah makwe atau pakwe tak reply sms atau menjawab talifon. Masakan tidak, bila pasangan kita lambat membalas sms atau tidak menjawab panggilan kita, otomatik dahi kita jadi berpeluh-peluh dan perasaan nak terajang tong sampah tu datang membuak-buak. Kalau kredit habis, mengeletat cari kedai tengah-tengah malam nak beli topap. Kalau kedai berdekatan tutup, sanggup pulak jalan sampai berkilo-kilometer mencari topap. Yang penting sms perlu dibalas. Kalau kawan-kawan yang sms, esok lusa balas pun tak apa. Lagi celaka kalau terus tak balas.

Begitulah powernya bila kita ada cinta. Ada makwe. Ada pakwe. Kalau sebelum ni hidup kita penuh dengan keluh kesah, sekarang hidup kita penuh dengan madah dan pujangga. Masalah sekeliling bukan lagi suatu yang membebankan kepala otak. Kena maki dengan bos pun kita masih mampu melakukan aksi lompat bintang. Kereta tak laju, tak ada power stereng,  tak ada power window, absober keras macam kayu, tak ada radio, penghawa dingin tidak berfungsi siapa peduli. Janji aku ada makwe atau pakwe. Kalah berlumba kereta tak apa, janji jangan kalah dengan permintaan makwe atau pakwe. Kekasih is nombol satu! kalau kena jalan kaki pun kalau makwe ada kat sebelah, dari Pejabat Pos besar sampai Komtar pun aku selalu buat dulu.

Sedikit demi sedikit kita mula belajar sesuatu yang baru. Sesuatu yang tidak pernah kita terfikir dan buat sebelum ini. Kita mula belajar macam mana nak pos teddy bear sebesar pintu dewan raya, macam mana nak tebalkan muka beli segerombolan bunga mawar siap dengan cokelat mahal. Kita belajar macam mana nak mengawal nada marah kita ditalifon agar makwe atau pakwe kita tidak perasan yang kita sedang marah. Kita belajar teknik menipu yang paling power agar tidak ada hati yang terluka. Kita mula menabung sebanyak yang mungkin duit untuk masa depan yang lebih cerah sampai kawan-kawan ajak pekena teh pun kita bagi alasan bajet tak ada. Kita mula belajar sikat rambut mengikut pekembangan majalah dan dunia fesyen. Kita mula belajar pakai minyak wangi dan deodorant walaupun sekadar nak lepak kat bengkel temankan kawan-kawan buat kerja mengimpal. Kita belajar macam-macam perkara agar kita dapat berkongsi cerita dengan makwe kita. Bercakap ditalifon berjam-jam sampai kredit habis dan bil mula melambung. Kita belajar teknik memujuk makwe yang paling efisyen sekali tanpa mengeluarkan  jumlah wang yang terlalu banyak. Kita belajar itu dan ini. Kalau boleh kita nak semua orang tahu yang kita ada pasangan yang power, romantik, hubungan percintaan yang konsisten dan kita tidak lagi keseorangan.

Internet, komputer dan talifon pintar menjadi medium paling penting untuk kita berkomunikasi sehingga kita terlupa berapa harga setem untuk pos kad raya pada kawan-kawan. Kita terlupa tentang banyak perkara yang pernah kita buat masa kita hidup penuh berdikari tanpa makwe atau pakwe suatu waktu dahulu. Cinta itu memang power sampaikan kawan aku kata "cinta itu anjing dari neraka" walaupun hakikatnya entri ini tak ada kena mengena langsung dengan kawan aku tu. Kita tak kisah sangat kalau kawan-kawan sebulan atau berbulan-bulan tidak menghubungi kita. Kita akan jadi sawan kalau makwe atau pakwe tidak menghubungi kita lebih dari lima jam. Kita jadi gila dan dah mula rasa macam nak minum Dettol atau paint remover.

Bercinta dan belajarlah macam mana sekalipun tentang cinta, kalau setakat baru kenal cinta tak sampai dua tahun, janganlah mandai-mandai nak beri nasihat pada orang yang baru lepas berpisah dengan pasangan dengan ayat-ayat celaka seperti "move on la Joe", atau "dah lah jangan nak KLMJ sangat. Makwe kau pun dah ada pakwe baru". Sumpah. Aku kadang-kadang rasa macam nak terajang pintu peti sejuk bila nampak kawan-kawan yang bagi nasihat macam ni pada kawan-kawan yang tengah berjuang melawan emosi. Kita baru nak kenal cinta, sedangkan kawan kita yang baru berpisah tu dah bertahun-tahun menempuh pahit manis bercinta. Dah rasa macam mana seksa dan pitamnya menunggu makwe atau pakwe diperhentian bas dari terbitnya matahari sehingga terbenamnya matahari dan timbul pula bulan dan bintang. Tapi masih juga tak kunjung tiba.

Sepatutnya bila kita sedang merasa manisnya saat bercinta, kita kena ingat dan bersedia juga untuk berhadapan dengan pahit dan celakanya ketika bercinta. Jadikan pengalaman dan cerita kawan-kawan sebagai teladan. Malang tidak berbau dan palat boleh datang pada bila-bila masa. Memang, aku pun percaya kadang-kadang cinta yang singkat juga boleh membawa ke jinjang pelamin berbanding cinta yang memakan masa berkurun-kurun. Tapi bila kita sudah mampu mengenggam cinta, kita juga perlu belajar untuk bertimbang rasa pada mereka-mereka yang terlepas cintanya dari genggaman. Atau dengan bahasa yang lebih sopan, janganlah kita nak berlagak tak tentu hala. Bila dah tersadung batu, dah jatuh terjelepuk ke tanah baru terkeseng-keseng nak cari kawan. Baru sibuk nak talifon dan tanya khabar kawan-kawan. Kita kena ingat, macam mana power dan seriusnya kita merancang masa depan, esok tetap ditangan tuhan.



Thursday, October 25, 2012

Cincin celaka dan Myspace punya cerita.

 6 Julai 2008


"Cincin tu tetap harga wak".
"Memang cincin tu harga, tapi dah tak ada nilainya wak."
"Nilainya bila awak pakai cincin tu dan awak letakkan sepenuh jiwa dan kasih sayang awak pada cincin tu."
"Cincin tu adalah saya."
"Tapi cincin tu sekarang dah tak ada nilainya pada awak kan."

Sehari sebelum gua buang cicin risik dan tunang gua dalam lubang jamban. Dan gua flushkannya dalam keadaan mata tertutup. Biar dia pergi bersama segala kekotoran yang sekian lama bersarang dalam jiwa dan sanubari gua. Gua dah penat meletakkan segunung harapan pada cincin tu. Jika benar cincin tu adalah jodoh kami, gua percaya sejauh mana pun dia mengembara ke lubang dan dasar kekotoran, satu hari nanti dia akan pulang juga kepada yang berhak.


Friday, October 19, 2012

Kasi lupus kereta lama atau lupus orang lama?


Memang tengah musim gaya kereta berkarat sekarang ni. Lawa kan?

Polis pun tak boleh tahan tengok. Takkan benda macam ni punya lawa nak kasi lupus? kepala abah dia.

Dalam cerita Transformers Datsun ni nampak buruk kan? tapi kalau dah jadi macam ni makwe mana yang tak terpikat?

Okey, yang ini biasa-biasa jer. Tapi manusia dalam kereta tu yang tak biasa.

Walaupun nampak dah tua. Tapi kalau jual boleh beli Inspira cash kau tahu?

Yang ni agak radikal sikit. Selalu kita nampak kat Jepun. Tapi yang ni datang dari Johor Bahru.

Orang yang otaknya letak kat lutut sahaja yang sanggup kasi lupus kereta lawa macam ni. Gila betul.

Kalau dulu Pikap Datsun ni buat angkat pisang, tapi sekarang kalau dijual dengan pemilik kedai goreng pisang pun dia boleh beli.

Ini versi Volkswagen paling lowet sekali. Memang king. Kucing kalau kena kejar dengan anjing pun tak ada peluang nak sembunyi bawah kereta ni. Kesian.

Walaupun nampak lusuh, kalau jual ni mau cecah 10K juga. Rim je dah dekat 3K. Nampak gaya lambat lagi la nak berumahtangga.

Entah Inspira dapat kejar entah tidak kereta ni.

Pemilik yang pakai rim gaya macam ni biasanya memang kurang mampu nak pakai telefon pintar. Sebab dia memang dah cukup pintar.

Walaupun berstatus engineer, tapi tetap memilih untuk memandu kereta lama. Apa kedodol nak berhutang dengan kereta baru ye tak?

Kalau tak ada kereta ni, maka tak wujudlah RX7.

Orang dulu-dulu buat teksi, tapi orang sekarang kasi restore semula cantik-cantik lepas tu buat bawak anak bini.


Ini namanya enjen Rotary. Nampak kecik, tapi bunyinya macam gampang!

Kereta moden banyak yang guna injection, tapi kereta ni masih lagi setia dengan kaberater.

Kilang pun tak buat benda macam ni lah. Kalau terer carilah wire kat enjen kereta ni. Inilah passion pemilik kereta lama kalau nak tahu.

Inilah rupa bentuk enjen kereta yang dah lebih dari 30 tahun kalau nak tahu. Boleh buat cermin untuk sikat rambut dan sapu gincu.

Okey, yang ini biasa-biasa jer. Yang tak biasa pasal pemiliknya adalah orang yang bertanggungjawab buat entri gila ni. Kah kah kah


Ada kawan gua selalu tanya gua, kenapa kalau gua memandu kereta baru ( moden ) gua selalu cepat mengantuk dan nampak macam tidak bermaya. Memang betul. Pada dasarnya gua memang kurang minat memandu kereta moden. Memandu kereta moden ni terlalu selesa sehingga membuatkan gua kurang alert pada persekitaran dan kereta itu sendiri. Dengan penghawa dingin yang sejuk, alunan musick dari corong radio dan sistem suspensi yang sedap seperti duduk diatas tilam empuk. Kesempurnaan dan keselesaan inilah yang membuatkan gua selalu lalai lalu mengantuk. Sebab tu gua selalu tak dapat bertahan lama jika memandu kereta moden walau untuk jarak tidak sampai sepuluh kilometer.

Tapi bila gua memandu kereta lama, Insyallah gua boleh memandu untuk sepanjang destinasi tanpa ada rasa mengantuk, malahan dengan penuh bersemangat sekali. Sebenarnya bukan sekadar semangat, malah dengan penuh perasaan bangga dan kembang hidung. Memandu kereta lama membuatkan gua tak punya banyak masa untuk berasa selesa. Terlalu banyak benda untuk dialert. Dari bunyi enjen, suspensi yang keras, tiada penghawa dingin dan mungkin juga lagu dari corong radio. Kadang-kadang nak korek hidung pun susah apatah lagi nak menyikat rambut atau repair anak tudung semasa memandu. Mungkin benda-benda macam ni yang membuatkan kurangnya kemalangan membabitkan kereta lama.

Itulah, gua pun hairan, apa pasal ada orang-orang cerdik pandai yang mandai-mandai kasi cadangan nak lupuskan kereta lama. Apa dia orang ni tidak mempunyai otak ke? atau otak mereka sudah dimakan oleh anai-anai? dia orang tidak pernah berfikir tentang bertapa berharganya benda yang sudah berusia ni? melupuskan kereta lama umpama, merobohkan Tugu Negara dengan sengaja. Memang mencari nahas namanya. Banyak lagi benda lain boleh kasi lupus kenapa mesti kereta lama? kenapa tak nak lupuskan bangunan lama, makwe lama, Shiela Lama atau tandas lama. Apa pendapatan negara kita sekarang ni dah tak cukup ke? bukan tak cukup, tapi gua rasa lebih kepada tamak celaka.

Orang cerdik pandai ni tak pernah fikir ke yang pemilik-pemilik kereta lama ni dah banyak menyumbangkan pendapatan pada negara? dia orang sanggup bayar cukai jalan yang mahal dari pakai Kancil dengan sesaran 660 yang cukai jalannya hampir sepuluh kali ganda dari kereta lama yang mereka pakai sekarang ni. Ramai pemilik kereta lama ni sebenarnya tak dapat menerima kenyataan bahawa kuasa sesaran enjen mereka ni kecik, tak laju dan tak canggih. Lalu mereka pun menukar enjen dengan sesaran yang lebih besar. Contohnya dari 1.3 kepada 2.0, atau dari 1.6 kepada 2.2. Ada kawan gua dari enjen asal berkapasiti 1.2 pergi sumbat enjen dengan sesaran 2.5 twin turbo. Sekaligus pergi endorse enjen baru dan tiap-tiap tahun kasi kerajaan cukai jalan hampir RM2k. Gua sendiri pun dulu pakai 1.8 dan sekarang sudah tukar kepada 2.0. Sampai bila nak bawak kereta dengan kapasiti enjen bawah seribu cc? orang cerdik pandai patut fikir-fikirkan benda ni.

Kalau nak cerita dari aspek keselamatan, bawak kereta kebal pun kalau dah ajal, langgar penunggang basikal pun boleh mati juga. Orang yang pakai kereta lama ni, selalunya mereka tahu 100% kemampuan kereta mereka. Dari A sampai Z. Dari sekecil-kecil bearing tayar sampailah kepada sistem penghawa dingin. Habis satu kereta mereka study. Bukan setakat study di Google, tapi secara praktikal juga. Mereka restore, mereka cabut, mereka buka, mereka repair, mereka ganti dengan alat ganti yang baru hampir pada semua komponen. Dan sudah pastinya kebanyakkan pengguna-pengguna kereta lama bukanlah dari jenis yang tidak berduit. Tapi lebih kepada minat dan sifat menghargai. Gua tak fikir pengguna-pengguna kereta baru ramai yang tahu dari A sampai Z kemampuan kereta mereka. Mustahil juga kalau ada yang beli kereta baru kemudian gatal-gatal tangan pergi buka semua komponen. Apa yang kilang pasang, itulah yang mereka guna. Kalau kilang pasang salah, terkial-kial mereka menyalahkan dealer kereta.

Kalau kita fikir balik, kebanyakkan negara-negara maju kat luar sana pun tak pernah buat benda merapek nak kasi lupus kereta lama. Jepun yang power tu pun masih menghargai kereta lama. Kalau tak percaya cuba tanya berapa market harga Skyline KPGC10 kat sana. Jangan kata Skyline, Corona macam gua pakai pun haraganya boleh dapat sebiji Inspira kat sini. Orang cerdik pandai ni tak fikir ke, tak ada benda lama, mana mungkin wujud benda baru. Kalau tak ada makwe lama, jangan mimpi la nak dapat makwe baru. Gua bukan nak kata kereta baru tak bagus, tapi mentaliti orang cerdik pandai yang usulkan idea gampang ni yang tak power. Patutnya carilah resolusi lain yang lebih power selain dari lupuskan kereta lama kot ye pun kalau nak tambah duit poket kroni-kroni. Dasar pengampu betul perangai.

Orang macam gua ni bukan tak minat dengan kereta baru. Tapi dia orang ni tak fikir ke, sampai bila gua nak hidup dengan berhutang? cukup-cukuplah dengan hutang yang dah sedia ada ni. Beli peti ais pun orang berhutang sekarang ni sampai tiga tahun. Inikan pula beli kereta. Lagipun, gaji gua ni bukan mantap sangat macam orang kerja kerajaan yang boleh suka-suka buat pinjaman peribadi, atau orang kerja bank yang senang nak lulus dokumen berhutang. Lagipun kebanyakkan kereta buatan Malaysia yang sedia ada tak memenuhi citarasa gua sebagai seorang pemandu yang radikal. Dari segi kualiti satu hal, dari segi harga pulak lain hal. Senang cerita memang macam-macam hal la.

Dari dia orang ni sibuk-sibuk nak lupuskan kereta lama, gua fikir ada baik juga kalau dia orang ni pergi usulkan kasi lupus Majalah Mangga ke, kelab malam ke, mesin judi, nombol ekor ke, kilang arak pun ada betul juga..

Eh, pakcik-pakcik yang dah lama duduk kat kerusi paling empuk pun gua fikir elok dilupuskan juga.





Tuesday, April 3, 2012

RON 97 dan makwe lama.


Walaupun dah banyak kali RON97 naik harga, tapi gua sebagai manusia lemah dan kurang berkesan dari segi paras rupa, sekali-kali gua tidak pernah menyalahkan makwe lama dalam hal ini. Yang selalu gua salahkan kalau minyak naik harga atau gula hilang bila tiba musim perayaan adalah kerjaan dan mereka yang menyokong dasar pemerintahan kerajaan.

RON97 ni kalau kerajaan kasi percuma pun pada seluruh umat manusia, makwe lama tetaplah makwe lama yang bahagia bersama anak dan suami tercinta. RON97 tidak akan mengubah apa-apa antara gua dengan makwe lama.

Jadi lu anggap jerlah makwe lama tu sebagai kerajaan UMNO dan bakal makwe baru sebagai kerajaan pembangkang. Kalau lu masih mengharap pada makwe lama, ini bermakna hidup lu akan sentiasa ditindas!



Monday, March 26, 2012

Kalau jumpa sila pulangkan.

Last timbang berat badan.

Dah tiga minggu kucing gua ni tak balik rumah. Satu rumah dah risau. Biasa paling lambat dia merayap pun sehari jer. Keluar pagi dekat maghrib nanti dia balik. Tapi la ni dah tiga minggu tak balik. Entahkan mati kena makan anjing, entahkan sesat, entahkan kena culik dengan Cik Habsah Harun. Macam-macam kebarangkalian boleh terjadi. Benda kalau dah comel dan bijak memang ada saja yang cemburu. penat gua train kucing ni.

Walaupun kucing gua ni sekadar kucing kampung yang kita boleh jumpa bersepah-sepah dipasar malam atau dibengkel kereta, tapi dia tetap menjadi kucing kesayangan keluarga. Ahhh, sebenarnya apa benda pun kalau kita dah bela dari kecik akan jadi benda kesayangan juga. Semut pun kalaukita bela dari dalam telur, lama kelamaan kita jadi sayang. Apatah lagi kucing. Kucing gua ni bijak. Antara kebijaksanaan dia ialah sejauh mana pun dia keluar, bila dia rasa nak terkencing atau terberak dia tetap akan berlari masuk ke bilik air rumah untuk melepaskan hajat. Mungkin juga antara satu-satunya kucing didunia yang pandai menyapu sampah. Ya, gua tipu.

Jadi kepada sesiapa yang ada terjumpa atau tercuri, harap dapat pulangkan semula kepada gua. Sekarang ni ular sawa dan labah-labah peliharaan gua dah tak berteman. Kepada Cik Habsah awak jangan nak gelak sangat! Kalau saya tahu awak yang kebas, memang tak teragak-agak saya saman awak!!



Sunday, March 25, 2012

Sebelas tahun dulu.


Sebelas tahun dulu gua pernah jadi vokalis untuk satu band krasti / punk. Walaupun tak lama dalam band tu sempat juga gua merakamkan suara growl untuk EP pertama. Kira hebat juga gua masa dulu. Malangnya tak dapat bertahan lama pasal gua memang semula jadi tak reti jadi penyanyi dan tak reti nak menyanyi depan khalayak ramai. Peluh kat dahi mula membanjir macam pesalah yang nak dijatuhi hukuman mati. Lagi satu gua selalu kena marah dengan line up lain pasal setiap kali menyanyi biji mata rasa macam nak tekeluar dan vokal selalu tak masuk dengan musick. 

Sebelas tahun dulu, inilah gig pertama yang gua perform. Huru hara juga gua menyanyi masa ni. Yang gua ingat dalam keadaan huru hara tu sempat juga la gua menyanyi sambil lompat tanda menghayati bunyi gitar chuga-chuga dan catchy. Partner vokal gua pada masa tu adalah Wan Jalu. Gua tak tahu kat mana dia sekarang dan apa dia buat sekarang ni. Oh ya, tangan gua berdarah juga masa gig ni pasal tersangkut kat tingkap pasal kena angkat dengan crowd. 

Sebelas tahun dulu, kalau rujuk pada flyers diatas sebenarnya gua dah boleh buat satu novel yang panjang tentang perjalanan gua untuk perform gig tu. Tapi nanti orang semua marah-marah kalau gua banyak selit cerita pasal makwe lama pasal makwe lama pun ada juga masa gig tu. Keh keh keh. Itu belum lagi gua cerita terpaksa tido beramai-ramai kat rumah Hafis Final Doom. Chaos sekali masa tu. Tapi malangnya gua tak simpan pun flyers legend ni. Nasib baik ada kawan upload kat Facebook. Terus gua cilok.

Ahhh sebelas tahun dulu gua pernah bergelar penyanyi rupanya...


Thursday, March 15, 2012

Mimpi Ngeri.

Semalam aku mimpi Cik Habsah kawen.
Bangun tidur kepala lutut aku mengigil.
Aku pun tak tahu kenapa.


Semoga berbahagian.

Monday, January 30, 2012

Hadiah hari lahir pertama dari makwe saya.

Volvo 850 BTCC dari Minichamps. 

Cermin depan tu mengelembung pasal panas cahaya matahari. Konon nak buat perhiasan dalam kereta. Peristiwa berlaku masa gua nak hantar makwe gua balik Kolumpo. Alahai, hantar sampai bus stand Larkin jer maksud gua.

Hah, kan siap ada tarikh gua terima benda ni!

Kah kah kah. Hadiah ni gua dapat dua belas tahun dulu! Sekarang ni semua dah tinggal sejarah. Tapi benda ni gua masih simpan dengan baik pasal gua memang suka benda-benda kereta mainan ni. Walaupun benda ni nampak kecik dan tak sedap pada mata lu orang, harganya agak meninggal juga iaitu RM198.00. 

Benda ni makwe gua beli kat KLCC. Kalau tak silap nama kedai tu NIKKO. Tapi sekarang ni bila gua pergi KLCC gua cari kedai tu dah tak jumpa. Mungkin dah tak wujud lagi...


Sunday, January 29, 2012

Jodoh dan Jambang


Gua teringat lagi pesanan satu pakcik yang berkerja sebagai atendan pam minyak di Petronas hiway Pasir Gudang tempohari. Waktu itu gua dalam perjalanan menuju ke bengkel Tunner From Hell, singgah sekejap kerana lampu amaran minyak telah berkelip beberapa kali menandakan tangki minyak perlu diisi.

Selesai membayar RM25 dikaunter, gua pun bingkas menuju ke kereta untuk mengisi minyak. Tetapi niat itu telah didahulukan oleh seorang pakcik merangkap pekerja disitu. Gua kira umurnya sudah agak lewat. Rambutnya lebih banyak putih dari hitam. Berjanggut nipis dan bersongkok haji transparent.

Sambil mengepam minyak, pakcik itu dengan ramah menegur. Sebenarnya memuji. Entah gua pun tak pasti. 

"Lawa jambang awak, macam Usatz Azhar Idrus"

Sambil tersengih gua berbasa basi "Alahai pakcik, mana ada lawa, biasa jer ni" Gua sambung lagi dengan muka simpati "Tapi tak semua makwe suka lelaki berjambang ni pakcik"

Dengan muka berkerut pakcik tadi menjawab dengan nada serius "Ehh, suka tak suka itu semua urusan Allah. Tak ada jambang pun kalau Allah belum temukan jodoh, umur 80 tahun pun belum tentu kawen"

Terkedu gua sekejap. Betul punya serius pakcik atendan minyak ni. Sambil dalam hati gua berbisik semoga cepatlah minyak dalam tangki tu penuh. Makin lama, takut makin berat pulak nanti topiknya.

Gua balas balik sambil tersenyum kelat dan gelak-gelak kecil "hehe betul jugak cakap pakcik tu" Sambung gua lagi "harap-harap hari ni saya bertemu jodoh la dengan makwe yang tak cerewet perihal lelaki berjambang ni"

"Klik" Picu pengepam minyak berbunyi tanda minyak yang diisi sudah cukup dengan jumlah wang yang gua bayar. Dalam hati gua "fuh selamat"

Selepas memberi salam dan mengucapkan terima kasih gua pun terus berlalu pergi. Berdecit-decit bunyi tayar meninggalkan Petronas..

Masalahnya sekarang ni dah berapa kali ulang hari lahir pun status gua masih tak berubah. Masih juga single. Masih juga complicated. Aiseh. Nampak gaya kena bersabar dan berusaha dengan lebih kuat lagi la...




Saturday, January 28, 2012

Tiga Puluh Tiga Tahun.

Selamat hari lahir yang ke tiga puluh tiga.
Semoga kau dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik selalu.
Semoga kau ditemukan dengan makwe yang baik-baik sebagai jodoh.
Semoga kau naik pangkat lagi tahun ini.
Semoga kau lebih tabah dan ceria dalam mengharungi liku-liku hidup.
Semoga kau lebih pandai menguruskan kewangan. Elakkan pembaziran.
Semoga kau dikuatkan iman dan bertambah amalan.
Semoga kau tidak lupa siapa yang melahirkan kau kedunia ini.
Semoga kau tidak lupakan Cik Corona.
Semoga kau tidak membuat orang lain menangis.
Semoga kau lupa kenangan yang membuatkan kau bersedih.
Semoga kau menjadi manusia yang lebih berguna.


Selamat hari lahir Azaruddin Paiman.
Esok lusa bila cuti kita sama-sama pergi makan kek.
Esok lusa kita sama-sama pergi beli hadiah.