Friday, January 25, 2013

Bila aku marah.


Walaupun aku masih belum kawen-kawen lagi sampai sekarang, tapi ketahuilah aku sedikit pun tak penah menyusahkan hidup orang lain. Jauh sekali hidup engko. Makwe engko pun aku tak pernah tegur dan tak berminat nak amik tahu. Pegi jahanam la dengan engko dan masyarakat engko punya persepsi. Makan pakai aku, susah senang hidup aku bukan makwe engko yang tanggung. Bukan masyarakat yang tentukan. 

Kalau baru ada makwe sekangkang kera tak payah la nak sombong-sombong dan pandai-pandai jatuh hukum pada orang yang belum kawen macam aku. Orang lain ada makwe, ada bini berhektar-hektar tapi jalan masih menunduk ke bumi.

Apahal? hina sangat ke orang umur 30an masih tak kawen-kawen lagi? kalau engko percaya pada jodoh dan takdir tuhan, engko tak akan pandang rendah pada orang yang belum kawen walaupun engko ada lapan ratus juta orang makwe dan empat orang bini. Sepatutnya engko doakan dia supaya cepat temu jodoh dan bahagia. Bukan menjadikan nasib dan perjananan hidupnya sebagai bahan jenaka.

Apahal? Engko ingat engko sorang je dalam dunia ni yang ada makwe dan naluri untuk berkahwin punya waris dan hidup bahagia? masyarakat macam aku tak ada keinginan dan kesungguhan macam yang engko ada? iblis pun ada nafsu, ada kesungguhan dan bekerja keras. Inikan pula aku manusia biasa yang tidak ada kuasa untuk menentukan segalanya berjalan dengan lancar melainkan dengan usaha dan doa.

Kalau engko masih lagi tak merasa perkara-perkara paling palat sepanjang masa engko bercinta, tak mustahil engko akan merasainya bila engko dah berumahtangga nanti. Dan aku menantikan saat itu. Apa? perkara paling palat sepanjang masa engko bercinta adalah kerana makwe engko tak balas sms? tak angkat panggilan? Jika itu perkara paling palat yang engko pernah lalui, maka engko adalah manusia paling rugi. Engko mungkin bahagia, tapi engko tak jumpa lagi penawar untuk mengatasi kesulitan.

Itulah, yang aku sangat kesalkan. Masyarakat sekarang ni kalau baru ada makwe tak sampai berapa semester dah mula pandai-pandai nak jatuh hukum pada orang yang masih mencari sinar bahagia. Susah senang dan usaha orang kita tak nampak, kita tak pernah nak tanya. Bila tengah bahagia, kehidupan orang lain semua dipandang tidak betul. Engko sorang yang betul, lurus dan bahagia. Pendek kata dah nak sampai target sebagai seorang manusia yang berjaya.

Tuhan baru anugerahkan engko satu makwe comel engko dah mula buat perangai lupa diri, lupa kehidupan engko diawal masa tak ada makwe dulu. Kalau tuhan kurniakan engko lapan ratus juta orang makwe? tak mustahil engko akan terbalikkan dunia ini bersama-sama angan-angan dan cinta-cita engko untuk hidup bahagia.

Kalau macam ginilah perangai engko sebagai seorang masyarakat yang konon perihatin tentang susah senang hidup orang lain, engko tak jauh beza dengan UMNO.

11 comments:

  1. Esok mati bukan makwe yang tolong usung ke liang lahat...

    ReplyDelete
  2. ahh bukan semua yg taken tu happy in that relationship.kesiann. kita relaxxx je

    ReplyDelete
  3. Sabar lah :) Allah bersama orang2 yang sabar.

    ReplyDelete
  4. Din aku punya zine dah pos ke belum? azmi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmi! ni yang dul Layang-Layang tu ke? kalau betul kasi sms balik alamat! aduhhh nasib baik kau komen. Aku terdelete sms kau hari tu! Maaf bebanyak!

      Delete
    2. Takpe bro. Dah nak terdelete nak buat mcm mane. Alamat aku dah sent by sms.

      Delete
  5. sabar din. ingat kau punya percutian. eh? dah balik dr jakarta ke nih..?

    ReplyDelete
  6. takpe din..
    ada jodoh nanti dapat la awek jakarta serupa dian sastro..
    aku nak cari pembantu rumah serupa wulan..

    ReplyDelete
  7. Dengar citer dah pakai ipon lima sekarang?hehehe

    ReplyDelete
  8. Kan. Ada byk cara untuk bahagia. Tak semestinya nak bahagia kena kawin. Ada org dah kawin pun tak bahagia²...

    ReplyDelete