Saturday, November 10, 2012

Selamat hari lahir Linda Denyut ( 11.11 )


Aku dan Linda Denyut. Ini gambar sekitar awal tahun 2000 masa gig kat Senai.

Linda Denyut.
Entah macam mana nama Denyut tu boleh melekat kat dia.
Mungkin kerana aku tengok dia berdenyut.
Automatik semua kawan-kawan panggil dia Linda Denyut.
Ya, sampai sekarang.
Walaupun mungkin sekarang dah tak berdenyut lagi.
Lama dah tak berhubung dengan dia sejak aku putus tunang.
Orangnya biasa-biasa.
Tidak tinggi.
Tidak pula rendah.
Berkulit hitam manis dan berambut seksi.
Anak bongsu dan agak manja.
Susah juga sebenarnya nak mendiskripsi Linda Denyut ni ya.
Dia bukan siapa-siapa. Cuma kawan biasa-biasa.
Aku mula kenal dia sekitar akhir tahun 98.
Masa tu dia baru lepas SPM dan aku sudah bekerja.
Dia makin berdenyut selepas mula bekerja.
Dan semakin pandai bergaya.
Berbaju kurung dan berkasut tumit tinggi.
Rambut ikal mayang buat semua orang macam nak pengsan.
Ya, dia kawan baik makwe lama aku.
Mereka berjiran sebenarnya.
Mungkin kerana itu aku jadi rapat dengan dia.
Sangat rapat.
Selalu datang rumah dia.
Makan dirumah dia.
Menonton television dirumah dia.
Banyak juga berkongsi pahit manis bersama.
Selalu juga pergi gig bersama.
Hampir kemana saja jika punya masa.
Diantara kami. Linda dulu yang punya teman lelaki.
Kami masih berkawan. Tapi tidak terlalu rapat.
Risau nanti pakwe dia cemburu.
Sedangkan aku masih berusaha untuk mendapatkan kawan baiknya itu.
Ahh itu dulu.
Setelah lima enam kali putus cinta akhirnya Linda bahagia.
Sekarang Linda sudah berumahtangga.
Pemuda peminat Honda menjadi pilihannya.
Mekanik kerjaya suaminya.
Khabarnya bakal menimang cahaya mata pertama.
Semoga Linda kekal Denyut dan bahagia.


11.11.12


Apa celaka susah sangat nak buat entri pasal Linda Denyut ni. Padahal aku cuma nak wish selamat hari lahir je pun. Hari lahir dia memang senang sangat nak ingat. Aku tak pernah lupa walaupun tak pernah wish sejak aku tak kawan lagi dengan kawan baik dia. Entah apa khabar agaknya dia sekarang. Tak, maksud aku apa khabar agaknya Linda sekarang.


1 comment:

  1. ehh bday cik linda same ngan saye ..

    ps:x sangke sungguh encik anda mengunjungi blog jiwang saye .. maluuu dan terharu .. thanks tinggalkan jejak =)

    ReplyDelete