Showing posts with label Papan Tanda. Show all posts
Showing posts with label Papan Tanda. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

Manusia hidup didunia lipas atau lipas hidup didunia manusia?


Aku ni memang jarang mengadu nasib pasal kerja dalam blog. Sejak aku mula meng'blog'kan diri pada awal tahun 1990 dulu, tak pernah ada satu entri pun aku cerita hal-hal yang berkaitan dengan masalah tempat kerja. Aku tak minat sangat sebenarnya nak cerita pasal kerja aku pada masyarakat. Terutamanya cerita yang tak sedap. Maklum sajalah, kerja aku ni merbahaya dan berat. Aku risau bila masyarakat baca nanti boleh jadi gayat. Tapi kali ni aku terpaksa luahkan juga. Dah tak boleh tahan sampai siang malam tido lengan letak atas dahi. Mujurlah aku ni ada blog. Kalau tidak tak tahulah aku nak mengadu dengan siapa.

Kita semua sedar, masyarakat pun sedar, lipas bukanlah satu haiwan yang comel, yang boleh diusap kepala dan lehernya. Apatah lagi untuk dimanja-manjakan dan diberi nama timangan. Lipas bukanlah haiwan yang boleh digendong kehulur hilir ditengah bandar seperti kucing. Dalam kepala masyarakat, lipas adalah satu haiwan yang kalau jumpa perlu dipijak-pijak sampai lumat, sampai hancur. Pendek kata, lipas adalah haiwan yang tidak patut hidup didunia ini bersama-sama manusia. Lipas perlu hidup diplanet lain, jauh dari manusia.

Tapi bagi aku, seorang lelaki yang belum berumahtangga, lipas adalah satu makhluk ciptaan Allah yang unik dan perlu juga dilindungi bila perlu. Tidak semua kejadian lipas itu buruk dan keji bagi mereka yang mahu berfikir. Setiap makhluk dalam dunia ini dicipta dengan bersebab dan ada tanggungjawabnya sendiri. Tak ada satu ciptaan pun didalam dunia ini yang sia-sia melainkan ada hikmah dan kerjanya yang tersendiri.

Sebenarnya masyarakat masih tak sedar dan malas pula untuk berfikir. Tuhan jadikan lipas dalam kehidupan manusia adalah untuk memberi kesedaran pada manusia itu sendiri untuk menjaga kebersihan. Jika satu-satu tempat itu bersih, In Sya Allah lipas pun tak hingin hidup bersama manusia. Tapi masyarakat selalu ambil tindakkan mudah. Nampak lipas bunuh, nampak lipas pijak. Tak pernah terfikir pun cara untuk membenteras lipas dengan lebih efisyen. Lipas ni kalau engko bunuh hari-hari pun dia tetap tidak akan pupus. Lipas dah wujud sejak zaman dulu kala lagi. Sebelum mak bapak engko lahir, lipas dah ada berjuta-juta keturunan.

Aku ni bukan apa, kadang-kadang heran dengan perangai manusia-manusia yang hari-hari bawak kren kat tempat kerja aku ni. Siang, malam, pagi dan petang mengeluh kesah kren banyak lipas. Tindakkan paling mudah adalah dengan membunuh lipas-lipas tersebut. Kalau sejuta kali bawak kren yang ada lipas, sejuta kali jugalah engko terpaksa bunuh lipas. Dalam dalam kren tu ada lapan juta lipas, lapan juga lipas la engko kena bunuh. Tapi sisa makanan, minuman, plastik, habuk rokok tak pernah pun engko terfikir untuk buang dan bersihkan. Naik kren terus angkat kontena. Paling tidak pun kasi bersih dululah kabin kren biar selesa sikit buat kerja. Bila kabin bersih, lipas pun segan nak hidup dalam tu. Bila lipas segan, lama kelamaan, lipas pun berpindah dari situ. Sekaligus kabin menjadi bersih dan bebas dari belenggu lipas. Bukankah kebersihan itu sebahagian dari iman, walaupun kekotoran itu bukan kita yang buat. Tuhan nak kasi pahala ni kadang-kadang dengan kerja yang cukup mudah. Kutip sampah dan buang pada tempat yang betul. Mudah kan?

Yang hisap rokok, yang minum air kotak, yang makan jajan, yang buat kek kat kren tu pun manusia juga. Bukan lipas, bukan lalat malahan bukan juga gajah. Lipas kalau hisap rokok, puntung rokok tu pun dia makan. Kalau lipas minum air kotak, dengan kotak tu pun sekali dia makan. Lipas bukan macam manusia suka tinggal-tinggal sisa makanan. Tapi masyarakat ni bengap sikit. Kalau minum air kotak, airnya sahaja diminum dan kotaknya dibuang merata-rata. Begitu juga dengan rokok. Habuk dan puntungnya dibuang, asap dan penyakitnya sahaja disedut. Kemudian dengan bangga dan konfidennya menyalahkan lipas. Sehina-hina lipas, lipas tak pernah memudaratkan kesihatan diri sendiri dengan menghisap rokok.

Benda-benda macam ni pun masyarakat tak boleh nak fikir. Kalaulah tuhan jadikan lipas ni dengan mempunyai ibu jari tengah, aku fikir dah lama manusia kena fuck dengan lipas hari-hari. Lipas ni walaupun masyarakat pandang hina, tapi bilik tidur dia, rumah dia tak bersepah pun. Yang suka buat sepah dan suka tengok tempat bersepah ni manusia je. Sebenarnya bukan lipas yang hidup didalam alam manusia, tapi manusia itu sendiri yang hidup didalam dunia lipas. Pengotor dan pemalas. Macam Timmi. 



Monday, January 14, 2013

Jakarta menyerang!




Kalau menjadi tahun 2013 hujung bulan Januari ni aku tawakal pergi Jakarta. Kalau menjadi bermakna inilah kali pertama aku naik kapal terbang setelah 33 tahun hidup didunia. Kalau menjadi bermakna inilah kali pertama pasport aku kena cop dengan imigresen. Kali terakhir aku masuk Singapura dulu pun masa tingkatan tiga pada tahun 1994. Ketika itu aku pakai pasport terhad untuk  Johor Bahru ke Singapura sahaja. Masuk negara lain tak boleh. Pasport tu pun dah hilang entah kemana.

Cuti kerja aku dah pohon sebulan awal. Maksudnya dari tahun lepas lagi. Lepas tak lepas, lulus tak lulus belakang cerita. Tiket kapal terbang aku dah beli. Kalau tak lulus juga cuti aku, memang aku nekad berhenti kerja. Selama 33 tahun aku hidup, jarang aku mintak cuti untuk ke luar negara. Paling jauh tempat aku pergi sampai amik cuti seminggu pun ke Kedah je. Tak ganas langsung.

Seluar baru aku dah beli, baju baru aku dah beli, minyak rambut, ubat gigi, deodorent, stokin dan boxer baru semua aku dah beli. Jambang pun aku dah bukak. Dengar cerita nak masuk Singapura jambang kena bukak. Gampang betul kerajaan Singapura ni. Rasis tak sudah-sudah. Semuanya kerana nak ke Jakarta dan aku naik kapal terbang dari Singapura. 

Ada orang merayap sampai ke Sabah kerana cinta, tapi aku merayap ke Jakarta kerana grindcore. Untung sabut timbul, untuk batu tenggelam. Siapa tahu entah-entah jodoh aku dengan makwe warga Indonesia, aku terima seadanya. 

Sudah-sudahlah, aku malas nak angan banyak-banyak. Kalau menjadi Alhamdulilah, balik Malaysia nanti aku updatelah apa yang patut. Tapi aku ingat sempena pertama kali aku naik kapal terbang ni, aku nak buat satu zine khas untuk cerita ke Jakarta ni. Harap-harap menjadi la rancangan awal tahun 2013 aku ni.

Okeylah, doakan cuti aku lulus dan misi aku nak naik kapal terbang ni menjadi kenyataan.

Amin.

P/s. Baru beberapa minit Jimbo twit aku tajuk untuk zine kali ni. Roots Zine Edisi Khas : Antara Senai dan Jakarta Kita Jatuh Cinta 


Sunday, November 4, 2012

Mereka lebih tahu paras rupa alat sulit pasangan mereka dari tahu rupa bentuk tulisan tangan pasangan mereka.



Untungnya masa aku power bercinta dulu benda-benda sosial network macam Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya masih belum wujud lagi. Tak. Sebenarnya mungkin dah lama wujud tapi aku yang tak into sangat dengan benda-benda internet secara serius. Internet pada masa tu aku rasa macam satu benda yang terlalu eksklusif dimana orang kaya yang rumah ada komputer je yang dapat guna internet dengan kerap. Sedangkan rumah aku pada masa tu komputer pun tak ada. Yang ada cuma kalkulater. Jauh sekali talipon pintar. Kalau terdesak nak guna internet terpaksa bayar RM4 untuk sejam di cyber cafe. Itupun setelah kena menapak berbatu-batu jauhnya. Satu-satunya ekses internet yang paling kerap aku guna pada masa tu adalah email. Lain kejadah benda memang tak ada dan tak reti nak guna. Orang kata biar buta i.t jangan buta hati.

Bercinta tanpa internet ni memang nampak lebih unik, mencabar dan art. Medium paling power dan popular pada masa itu ialah surat sekaligus merangkap pejabat pos. Benda-benda dan ayat-ayat power semuanya terluah dalam bentuk surat dan penulisan. Zaman sekarang ni berapa ramai orang yang bercinta 24 jam di Facebook, Twitter atau blog pernah tengok tulisan pasangan mereka? aku berani jamin, ada yag tak pernah tengok walaupun dah konsisten bercinta selama setahun dan kerap jalan berpimpin tangan. Silap-silap mereka lebih tahu rupa bentuk organ reproduksi pasangan mereka dari mengetahui rupa bentuk tulisan tangan pasangan mereka. Bila kita bercinta didalam surat, segala bukti dan karya-karya kita hanya kita berdua bersama pasangan sahaja yang tahu dan dapat menilai. Dunia tidak akan tahu sama sekali. Kecualilah kita dengan senang hati nak kasi orang lain baca surat-surat cinta kita tadi dan sekaligus menilai turun naik percintaan kita.

Bila zaman dah semangkin moden, banyak benda dan manusia sudah berubah. Manusia yang power bercinta dah tak guna sangat benda-benda surat ni. Harga setem untuk sekeping surat pun dah tak tahu berapa sen. Malahan tak pernah ambil tahu pun. Jalan nak ke pejabat pos pun kita tak tahu. Bila ada yang masih guna medium surat, kawan-kawan akan kata kita ketinggalan zaman, kolot dan sebagainya. Tak ada yang kasi komen membina lagsung. Dulu masa aku bercinta, setiap hari aku hantar poskad pada makwe aku. Jadi setiap hari jugalah dia akan terima poskad power dari aku dengan kata-kata semangat bergambar sepanjang dia menempuh final exam. Kalau dalam surat pulak aku akan selit bunga, gula-gula, gambar atau apa sahaja yang boleh. Memang power dan gila babi semangat aku bercinta dulu. Akhirnya dia lulus dengan cemerlang dan sekarang dah pun kawen dengan orang lain. Itulah pengorbanan dunia akhirat namanya. Power tak?

Zaman sekarang orang bercinta dan mula belajar mengenal cinta pun melalui internet. Hatta berjumpa dan kenal dengan pasangan pun dilaman sosial. Kita ada Facebook, Twitter dan sebagainya. Kita mejadi tahi internet yang tegar. Langit terasa mahu rutuh jika tidak dapat mengekses internet dalam sehari. Kalau sebulah mungkin bisa mati kering. Setiap hari kita luahkan rasa cinta dan sayang pada pasangan kita tadi dilaman sosial popular. Dari ucapan selamat pagi, sarapan apa, dah mandi ke belum, tengah buat apa, hari ni pakai baju apa, sehinggalah nak masuk tido pun semuanya dilaman sosial. Satu dunia boleh tahu yang kita sedang hangat bercinta dan gembira. Sekaligus benda-benda tadi menjadi kemas tersimpan sebagai khazanah berharga dinetwork. Bukan diatas kertas yang boleh disimpan dilipatan baju dan celahan kotang. Bila benda dah tersimpan didalam network, aku yakin siapa pun boleh korek benda tu sebagai satu bukti atau sebagainya.

Bila tengah sedap, kita berkobar-kobar nak kasi tahu semua orang yang kita tengah sedap bercinta dah berkasih. Kalau kat Twitter, kita akan Twit dan semua yang follow boleh nampak sekaligus kasi komen kita punya hal percintaan yang sedap dan romantis tu. Tetapi bila kita tengah tak sedap, tengah gaduh, tengah huru hara, tengah emosional pasal pasangan dan hubungan percintaan, otomatik pandai pulak kita letak gambar "manga" pada setiap Twit kita tadi. Dengan harapan tak akan ada orang yang retwit twit kita tadi. Tak nak kasi orang retwit, tapi tetap juga nak kasi tahu semua orang yag kita tengah ada masalah dengan pasangan. Maka bermulalah perang twit dengan pasangan. Kelakar dan celaka sebenarnya. Rasa nak terajang pintu pun ada bila nampak twit gaya macam ni. 

Kalau kat Facebook pun begitu juga. Hari-hari kalau boleh kita nak kasi tahu semua orang yang kita konsisten dan bersungguh-sungguh sayang dan setia pada pasangan kita. Manisnya semua orang nampak. Bila tiba pahitnya, datanglah guru, engineer, akauntan, kerani bank, polis, bomba, askar wataniah, mekanik sepenuh masa atau kaki pukul sekalipun tetap akan meluahkan masalah di Facebook. Gaduh dengan tunang pun update kat Facebook, gaduh dengan isteri pun kat Facebook, dapat bunga dari pasangan pun cerita kat Facebook. Kalau tengah bergaduh atau selisih pendapat otomatik bermulalah episod perang status di newsfeed. Sebelah pihak mengalah atau memujuk, dan sebelah pihak lagi tak sudah-sudah menuduh dan memaki. Kawan-kawan yang lain jadi pemerhati. Ada yang tepuk tangan dan ada yang bersimpati sambil menepuk dahi. Tapi sebenarnya benda macam ni lebih kepada kelakar dan tahi. 

Dulu masa aku bercinta, benda yang sedap, yang tak sedap, yang power semua aku cerita dalam zine. Bila aku cerita dalam zine, tentulah tak semua orang yang tahu pasal tak semua orang baca zine aku. Kalau ada pun, aku boleh tahu pasal semua urusan jual beli zine aku yang kawal. Bila aku cerita dalam zine, cerita tu lambat tersebar. Bila lambat tersebar, perubahan berlaku, dan semua orang ingat situasi masih tak berubah. Tapi sekarang ni, bila aku bercinta tak ada siapa pun yang tahu. Pahit dan manisnya hanya Maxis sahaja yang tahu. Gembiranya cuma K800i sahaja yang tahu. Aku dah malas nak cerita semua pada orang hal percintaan aku. Cukuplah sekadar dalam talifon bimbit walaupun bukan dari jenis talifon pintar. Orang yang pintar tidak akan sekali-kali mengkonsume talifon pintar kecuali otaknya sudah mulai kurang berfungsi dengan pitar. Dan aku rasa karangan aku dah semakin tersasar jauh pointnya. Jahanam!


Friday, November 2, 2012

Persiapkan diri untuk ke Australia.



Nampak gaya dalam masa terdekat ni Cik Corona kena masuk bengkel semula, kena buat persiapan paling power untuk gathering kali ni. Alangkah gathering kat Pasir Gudang dan Kolumpo pun aku kasi oberhol enjen, inikan pula gathering sampai ke Australia. Aku tak nak ada apa-apa masalah sepanjang perjalanan ke sana nanti. Kali ni segala kelengkapan dan keselesaan semasa memandu perlu dititik beratkan. Penghawa dingin kena ada, radio kena ada, lampu kecemasan kena ada. Dan yang paling penting sekali tayar spare pun kena ada. Ya, sepanjang penglibatan Cik Corona secara serius dalam dunia pemotoran kereta klasik, tidak pernah sekalipun ada tayar spare kat bonet belakang. Kosong. Makwe pun tak ada, apatah lagi tayar spare.

Aku tak pasti untuk rombongan atau konvoi kali ni berapa ramai yang nak ikut. Kalau tak ada orang nak pergi, aku memandu sorang-sorang pun tak kisah. Yang penting kereta aku kena sampai sana juga. Apa guna aku buat passport hari tu kalau sampai sekarang masih tak digunakan. Inilah masanya. Entah apa la agaknya reaksi orang-orang Australia bila tengok kereta aku nanti.  Mesti dia orang tak percaya yang orang Melayu kampung macam aku ada kereta power seperti Corona. Siap dengan twin kaberater lagi. Sekaligus aku bawak nama "Tuner From Hell" sampai ke sana. Entah macam mana la agaknya gaya makwe-makwe kat sana nanti bila meleset-leset kat kereta aku. Tapi aku harap benda tu tidak akan terjadi. Aku harap aku tak lupa diri bila nampak buah dada sebesar 18 inci kat sana nanti. 

Kos perjalanan pun aku kena ambik kira juga sebenarnya. Masa pergi Kolumpo hari tu pun kos minyak untuk pergi balik cuma RM200 sahaja. Itupun dari tol Skudai terus sampai ke tempat kejadian. Tak ada pusing mana-mana pun. Aku fikir kos untuk perjalanan kali ni mungkin akan jadi lebih sikit. Mungkin minyak sekitar RM300 untuk pergi dan balik. Yang sedang aku fikir dan agak risau sekarang ni ialah kos untuk tol. Hari tu pun dari Johor Bahru ke Sungai Besi dah RM90. Tapi orang kata kalau nak jimat kita masuk ikut Singapura, kemudian naik ke Batam dan seterusnya. Kalau nak ikut Kalimantang memang murah. Tapi kereta aku lowet, susah sikit nak meredah hutan belantara. Takpe, nanti aku fikirkan lagi bagaimana caranya.

Alamat lambat lagilah aku berumahtangga kalau macam ni gayanya. Okey, aku nak pergi pam tayar Corona kejap. Dah dekat dua bulan tak jalan. Tayar pun jadi kempis.


Saturday, October 27, 2012

Mana ada orang nak baca blog time hari Ahad?




Mana ada orang nak baca blog time hari Ahad?
Jangan kata hari Ahad, hari biasa pun tak ada siapa nak baca blog gila ni. 
Tapi aku peduli apa. 
Aku menulis bukan kerana nama atau kerana makwe.
Menulis memang hobi aku sejak dari sekolah.
Itu pasal aku dapat 1 untuk subjek Bahasa Malaysia masa SPM dulu.
Sementara semangat tengah ada ni, elok juga tiap-tiap hari aku update entri baru. 

Entah apa cerita agaknya Facebook dan akaun Twitter aku. 
Biarkan dulu. 
Biarkan sampai bersawang dan berhantu. 
Dah boring dengan blog nanti aku balik la ke Facebook dan Twitter.
Sebenarnya aku nak kasi tahu yang kad ATM Maybank aku kena telan semalam.
Memang celaka.
Sekarang ni duit dalam wallet cuma ada RM7.
Entah dapat survive sampai hari Isnin entahkan tidak.
Aku tawakal.
Makan kena catu untuk dua hari.
Minyak kena save untuk dua hari.
Nasib baik aku tak merokok sangat.

Aduhai. 
Celaka betul.
Mimpi makwe lama pulak malam tadi.
Aku tengah plesing bawak AE86.
Dia nampak dan tersipu-sipu malu.
Ngam-ngam alarm bunyi dah pukul 5.00 pagi.
Syaitan memang tak berjaya nak lajakkan tido aku sampai ke siang hari.
Kah kah kah.
Padan muka syaitan!

Oh ya, lupa nak kasi tahu.
10 November 2012 nanti kompeni buat famili day.
Lokasi Legoland.
Inilah masanya nak berseronok kat Legoland sampai pengsan.
Tapi malang pasal date tu time shift aku kerja.
Baru nak terajang pintu...
Nasib baik kompeni kasi tiket khas untuk yang bekerja pada hari tu.
Inilah risiko bekerja disektor perkhidmatan.
Operasi tak berhenti selama 24 jam.
Sedih aku tak ada anak bini.
Kalau ada semua sekali kasi bawak bersuka ria.


Friday, October 26, 2012

Diari Aidiladha.


Bangun pagi macam biasa. Pukul 5.00.
Sakit perut. Berak sekejap.
Gosok gigi.
Cuci muka.
Mandi dan bersiap-siap.
Solat subuh.
5.50 gerak dari rumah.
Maintain 120 kilometer sejam.
Hiway Second Link sepi sikit dari semalam.
Motor Singapore tak bersepah.


Panel tingkap sebelah kanan. 

Setelah sampah sarap dan habuk rokok dibersihkan. Nampak kemas sikit. 

Kokpit yang tak berapa selesa untuk tujuan tidur.

Ranking B.
First half 7.00 - 10.00 = Hanjung R18
Buruk. Kotor. Spreader jatuh sebelah. Trolley sangkut-sangkut.
Tapi aircond memang cemerlang. Siap dengan kipas.
Bersihkan kabin dulu. 
Habuk rokok, plastik gula-gula dan jajan bersepah. 
Sapu semua serpihan habuk dan puntung rokok pasal yang bawak RTG sebelum ni adalah jin.
Suka makan asap.


Emm dapnya dapnya. Sotong ni liat rupanya. 

Kawan-kawan yang sama rangking dengan aku. Tapi aku tak ada dalam gambar.

10.00 - 11.30 Rehat.
Nasik kosong lauk sotong masak lemak.
Rendang daging bawak dari rumah.
Makan setengah jam. Selebihnya baring dalam surau.


Nampak kemas dan bersih sikit la kokpit ni. Nak buat tido memang selesa. 

Palang kat cermin tu digunakan untuk letak kaki. Bila kaki dah lurus baru sedap tido. Lagi satu aku tak gemar buat kerja pakai jersey. Rimas.

Second Half 11.30 - 4.30 = Impsa R90
Baru. Bersih. Hoisting senguk-senguk dan bersifat seperti ketam.
Tak boleh crossing. Cuma boleh ke kanan kiri je. Itu pasal dipanggil ketam.
Baru setengah jam kerja dah rosak.
Pukul 2.00. Masih lagi rosak.
Teknikal kata ada skru patah dan masalah agak serius juga.
Hoisting problem. Tak boleh naik dan turun.
Cari lokasi selamat untuk repair.
Aku tidur dulu.

4.00 - 5.30 Rehat.
Masuk surau aku terus tido sekejap.
Lepas solat asar pergi kantin pekena mihun.
Hujan sangat lebat berserta dengan ribut.

Final 5.30 - 7.00 = Impsa R92
Alhamdulilah, naik untuk bawak pergi parking.

5.45 dah ada kat bawah.
6.30 dah ada kat rumah dan terus sapu sampah.

Eh apa jenis entri yang aku buat hari ni pun aku tak tahu. Kesimpulannya aku cuma nak kasi tahu yang hari ni hari raya Aidiladha aku bekerja seperti tahun-tahun yang sudah.
Alhamdulilah dapat tripple. 
Aku dah berkorban untuk semua orang pada hari ini.
Kalau aku tak angkat kontena tadi, mungkin ramai yang tak merasa pakai seluar jeans Levis, baju Polo, henpon pintar, halfcut Evo 3 dan buah apel.
Apahal pun selamat menyambut Aidiladha buat semua kawan-kawan yang beragama Islam.

Okey ni aku ada selit sikit gambar-gambar sekitar tempat kerja aku. Bukan senang korang semua nak tengok permandangan dalam pelabuhan. Nasib baik aku ada henpon yang kameranya power. Dapat la snap mana yang patut. Terima kasih pada Sony Erickson K800i.



Inilah kawasan tempat aku kerja. Namanya yard atau lapangan kontena. 

Kapal Evergreen yang dah siap dan sedang belayar untuk keluar dari pelabuhan. 

Kalau dah sampai tiga RTG dalam satu blok, itu maksudnya memang solid! 

Nampak agak tenang sikit blok tengah hari ni.

Blok satu. Blok paling awal dibuka. Sekarang dah macam tempat peranginan pun ada juga. Kapal tak masuk sampai sini. Tempat ni agak popular dengan makhluk halus.

Kalau kren banyak yang boom up, itu maksudnya kapal tak banyak. Bila kapal tak banyak kebarangkalian untuk untung adalah tinggi. Tapi malangnya aku dah dua bulan tak dapat standby. Alhamdulilah.

Ini tempat untuk parking ekor Prime Mover.


Tuesday, October 16, 2012

Pergi Dan Balik Kehidupan vesi Zine.


Ini gambar versi flyers.

Yang ini gambar versi dah siap. Rugi juga kalau tak beli benda-benda koleksi macam ni. Belilah sementara masih ada lagi. Esok lusa kalau penulisnya dah arwah, otomatik benda ni jadi bahan sejarah.


Okey ni ada barang baru untuk dijual. Benda ni bukan aku yang buat. Aku memang dah lama tak buat benda macam ni. Last dulu Roots isu 9 pada tahun 2008. Zine ni Fikri yang buat. Artikel dan penulisan dalam zine ni Fikri ceduk dari dalam blog dan twitter aku. Maksudnya tak adalah fresh mana pun benda yang ada dalam zine ni. Tapi kira seronok jugalah boleh baca sambil baring, berak, potong bawang, baca bawah pokok atau ketika sedang diijab kabul. Kalau baca dalam komputer kan boleh sakit mata.

Zine ni tak mahal sangat pun. RM5 jer kalau beli empat mata. Kalau nak guna pos express boleh tambah RM3, kalau nak pos biasa boleh tambah RM1. Bagi yang lemah kira-kira kalau bankin RM8 maksudnya siap dengan pos express la, kalau yang bankin RM6 aku pos dengan pos biasa je la. Kalau ada makwe yang nak percuma, tak susah. Jadi je isteri aku nombol tiga. Satu dozen aku kasi.

Bagi sesiapa yang serius nak beli benda ni boleh terus sms aku ditalian 017-7581692. Inbox, email aku malas sikit pasal lambat dan aku ni bukan jenis internet 24 jam punya manusia.

Okey. Aku nak sambung tido.





Monday, March 26, 2012

Kalau jumpa sila pulangkan.

Last timbang berat badan.

Dah tiga minggu kucing gua ni tak balik rumah. Satu rumah dah risau. Biasa paling lambat dia merayap pun sehari jer. Keluar pagi dekat maghrib nanti dia balik. Tapi la ni dah tiga minggu tak balik. Entahkan mati kena makan anjing, entahkan sesat, entahkan kena culik dengan Cik Habsah Harun. Macam-macam kebarangkalian boleh terjadi. Benda kalau dah comel dan bijak memang ada saja yang cemburu. penat gua train kucing ni.

Walaupun kucing gua ni sekadar kucing kampung yang kita boleh jumpa bersepah-sepah dipasar malam atau dibengkel kereta, tapi dia tetap menjadi kucing kesayangan keluarga. Ahhh, sebenarnya apa benda pun kalau kita dah bela dari kecik akan jadi benda kesayangan juga. Semut pun kalaukita bela dari dalam telur, lama kelamaan kita jadi sayang. Apatah lagi kucing. Kucing gua ni bijak. Antara kebijaksanaan dia ialah sejauh mana pun dia keluar, bila dia rasa nak terkencing atau terberak dia tetap akan berlari masuk ke bilik air rumah untuk melepaskan hajat. Mungkin juga antara satu-satunya kucing didunia yang pandai menyapu sampah. Ya, gua tipu.

Jadi kepada sesiapa yang ada terjumpa atau tercuri, harap dapat pulangkan semula kepada gua. Sekarang ni ular sawa dan labah-labah peliharaan gua dah tak berteman. Kepada Cik Habsah awak jangan nak gelak sangat! Kalau saya tahu awak yang kebas, memang tak teragak-agak saya saman awak!!



Sunday, February 5, 2012

Kek yang tertangguh.


Baru ada masa nak makan kek. Dari hari tu sibuk sampai tak sempat nak jamah kek hari lahir. Entah, gua dari dulu sampai sekarang memang tak pernah jemu dengan kek. Jangan tak percaya, gua boleh habiskan kek ni sorang-sorang!



Saturday, February 4, 2012

Bikes For Life


Ingat senang nak jumpa benda ni? jarang-jarang ada masuk PTP. Biasa yang gua nampak dia orang buat kat kontena reffer jer. Maknanya benda ni rare kepala bana juga la.


Thursday, February 2, 2012

Punk dan Kereta Kecik

Wolfpack tu ramai juga yang ngecek, tapi gua tak jual pasal benda tu dah tak ada. Dulu masa banyak semua tak nak beli. Rasakan! 

Detestation tu pun sama juga. Dulu gua beli masa baru keluar. Kent Brockman tu pun dah susah nak dapat sekarang ni.

Ada satu orang tanya gua, apa kaitannya punk rock dengan kereta kecik. Gua pun tak tahu apahal dia boleh tanya gua soalan serius macam ini. Gua bukannya punk rock sangat, risau juga kalau-kalau jawapan yang gua kasi nanti lari dari tajuk atau fakta sebenar. Tapi bila gua fikir-fikir semula, ada elok juga gua cuba jawab soalan kawan gua ini berdasarkan pengalaman dan apa yang gua tahu serta gua praktikkan. Bukan secara bersemuka, tapi cukup sekadar disini. Mungkin kawan-kawan lain boleh tahu juga kaitannya nanti.

Sebenarnya kalau nak diikutkan memang terlalu banyak persamaan dan kaitan antara kereta kecik dan juga punk rock. Kereta kecik itu sendiri pada gua sangatlah punk rock. Bagi yang masih belum tahu, kereta kecik ni sebenarnya merupakan satu hobi. Hobi mengumpul dan membina kit kereta mainan berskala. Kenapa perlu membina? kenapa tidak beli sahaja yang sudah siap? eh, memanglah! punk rock itu sendiri perlu dibina asasnya. Mana ada kedai menjual "punk rock". Punk rock tidak boleh dibeli tetapi mungkin boleh dijual. Bagi sesetengah orang mungkin tertanya-tanya jadah apa kereta mainan boleh dikaitkan dengan punk rock. Itulah, ramai orang tak tahu betapa istimewa dan punk rocknya hobi kereta kecik ni.

Gua dah into hobi scene kereta kecik ni sejak tahun 1997 lagi. Masa tu gua baru lepas SPM dan dah bekerja secara kecil-kecilan. Bila dah ada duit sendiri baru ada kemampuan untuk membeli apa yang kita hajati. Masa sekolah dulu cukup hanya sekadar minat, tapi nak beli masih tak mampu. Maklumlah budak sekolah, bukan banyak duit. Kalau ada pun duit banyak digunakan untuk benda-benda yang penting berkaitan dengan sekolah. Bermula dari detik itulah sampai sekarang gua masih ketagih dengan kereta kecik. Tak pernah "quit" malahan makin bersemangat. Gua ni memang pesen dari kecik suka pada kereta mainan. Dulu masa kecik kalau pergi gedung membeli belah, kemudian masuk department mainan kalau bapak gua tak belikan kereta mainan yang gua nak, memang gua nangis guling-guling kat situ jugak. Sampai sekarang pun bila umur dah beranjak dua puluh lima tahun kalau gua pergi ke mana-mana gedung membeli belah, tempat paling wajib gua singgahi adalah bahagian mainan.

Alahai sebelum gua makin melalut jauh elok juga gua terus kepada persoalan kawan gua itu tadi. Seperti yang kebanyakkan kawan-kawan punk rock gua tahu bahawasanya punk rock itu asasnya adalah bersifat D.I.Y ( do it yourself atau dalam bahasa Melayunya buat sendri ). Jadi punk rock kalau masih bergantung pada masyarakat dan sistem arus perdana adalah sangat tidak punk rock bagi gua. Banyak benda dan perkara dalam punk rock kita boleh lakukan sendiri sebenarnya. Dari urusan pencetakkan, rakaman, urusan distribusi, pengiklanan, acara gig dan banyak lagi sampai gua tak ingat nak listkan kat sini. Maksud buat sendiri kat sini bukanlah kita buat kertas atau gitar sendiri. Tetapi urusan-urusan yang berkaitan dengannya. Jadah apa punk rock ada pengurus? ada bos? dalam punk rock tak perlu wujud dua elemen tadi ( pengurus dan bos ). Begitu jugalah halnya dengan kereta kecik. Setiap kereta kecik yang gua beli, gua perlu bina sendiri untuk melengkapkannya menjadi sebuah kereta yang cukup sifat mengikut kehendak dan selera gua walaupun ada sesetengah orang gemar juga membina dan melengkapkannya mengikut spesikasi yang telah ditetapkan ( spesikasi asal mengikut kotak ). Bergantung pada minat dan skills masing-masing. Mana part yang terlalu susah dan gua tak mahir tentangnya gua akan minta tolong pada kawan-kawan yang mahir. Begitulah sebaliknya.

Jentera perlumbaan Nissan Skyline

Toyota Celica TA28. Budak-budak yang main Celica real pun belum tentu ada benda ni. 

Datsun Skyline mengikut spesikasi suka hati gua. 

Toyota Celica TA22 dengan dua tone warna ikut suka hati gua. Masaki belikan kat Jepun. Kategori rare kepala bana juga la ni.

Bermula dari teknik menyembur warna kegemaran pada badan kereta, komponen-komponen kecil bahagian dalaman hinggalah pada teknik menggilap. Semuanya dilakukan sendiri dengan menggunakan peralatan dan kelengkapan "low budjet" tetapi dengan hasil yang sama seperti menggunakan peralatan dan kelengkapan "rich budjet". Gua bukan banyak sangat duit nak gunakan barang-barang branded. Cukup sekadar menggunakan barang dan kelengkapan yang ada dijual dikedai-kedai hardware tepi jalan. Gua tak perlu masuk Harrods atau Jusco Tebrau untuk membeli kertas pasir dan cat dalam tin. Setakat ini gua berpuas hati dengan hasil binaan gua. Okey, secara ringkasnya kat sini gua nak kasi tahu yang kereta kecik pun sama juga macam punk rock yang menitik beratkan etika D.I.Y. Itu belum lagi gua cerita teknik-teknik pengubahsuaian yang ekstrim dan sampai satu tahap ada yang buat mold plastik sendiri. Rumah dah macam kilang. Tak ada beza bukan dengan punk rock yang mencetak baju sendiri dirumah? Sekurang-kurangnya bagi gua. Kawan-kawan kereta kecik yang lain gua tak pasti. Tapi memang ada juga jenis yang beli kereta kecik banyak-banyak tapi suruh orang lain buat dan siapkan dari A sampai Z. Dia cuma tahu beli dan bermegah-megah bila kereta kecik tu dah siap.

Punk rock anti kepada sifat perkauman dan sell out. Benda ni sebenarnya dalam komuniti kereta kecik pun ada juga. Sekurang-kurangnya dalam Kelab Kereta Kecik Owners Club, namun ianya tidak tertakluk pada kelab kereta kecik yang lain. Setakat yang gua tahu ahli dalam KKOC ( Kereta Kecik Owners Club ) tidak mempunyai sifat rasis dan sell out walau hakikatnya semua line up dalam KKOC adalah berbangsa Melayu. Okey, kalau dalam punk rock kita ada kumpulan musick, tetapi dalam komuniti kereta kecik kita ada kelab-kelab kereta kecik. Persamaannya kalau dalam sebuah kumpulan musick punk rock ada seorang dua atau lebih ahli yang bersifat perkauman dan ingin sell out, maka otomatik kumpulan musick punk rock itu akan jadi tak sedap atau kata punk rocknya band tu jadi tak best dan potensi nak kena boikot memang cerah. Atau lebih malang lagi kumpulan itu akan berpecah dan tidak berjaya mencapai hala tujuannya. Begitulah halnya dalam Kereta Kecik Owners Club. Walaubagaimana pun kecenderungan komuniti kereta kecik untuk terjebak dengan gejala sell out sangatlah tipis. Kami tidak pernah meraih populariti dengan kereta kecik yang kami bina didunia arus perdana walaupun pada dasarnya hobi ini adalah bersifat arus perdana. Tiada kompeni gergasi atau arus perdana pun yang berminat dengan hobi kami yang bersifat kebudak-budakkan ini. Makwe tepi jalan pun tidak pernah ada yang menoleh bila kami mengusung koleksi kereta kecik kami. Syukur Alhamdulilah...

Kalau dalam scene punk rock ada istilah "Rare", begitulah sebaliknya dengan scene kereta kecik. Sebenarnya istilah "Rare" ni dalam scene apa pun ada. Baik scene kereta betul, scene kereta kebal, scene barang dapur, scene jurugambar pengantin, scene kerja sebagai wartawan, budak penghantar barang, alat solek wanita, kendarat sehinggalah kepada scene layang-layang dan biji guli. Seperti yang kita semua tahu, benda atau apa pun barang yang telah mendapat status "Rare" pasti harganya kadang-kadang tak masuk akal. Kadang-kadang harganya bagai menuntut nyawa dan darah. Kalau dalam scene punk rock satu LP rare boleh dijual pada harga mencecah ratusan ringgit, begitu jugalah halnya dengan kereta kecik. Kalau betul-betul rare dan susah nak dapat serta produksinya telah dihentikan, harganya boleh mencecah hingga RM500-600. Memang celaka juga kadang-kadang. Bagi orang berduit macam Halim Safian mungkin tidak punya masalah dalam hal ini. Tapi bagi golongan "low budget" macam gua ni, mengeluh juga la. Keinginan dan nafsu untuk selalu memiliki memang ada, tetapi kewangan pula tidak mengizinkan. Setakat ini kereta kecik yang gua beli dengan status "Rare" adalah pada harga RM200. Itupun siap kos penghantaran dari Jepun. Lebih dari harga RM200 gua konsider barang itu hanya untuk orang kaya. Macam mana pun pada gua rare ni bersifat subjektif. Apa yang lu anggap rare, belum tentu rare bagi gua. Rarenya sesuatu barang itu kerana ada minat. Dan bila ada minat maka wujud permintaan. Permintaan yang tinggi tetapi dengan kuantiti barang yang terhad, maka akan wujud situasi rebut merebut. Siapa cepat dan siapa berduit pasti akan menang. Ini palat dan ini malapetaka sebenarnya. Hobi adakalanya tidak boleh dijual beli. Hobi seharusnya lebih kepada keseronokkan, bukannya mencari keuntungan semata-mata. Hobi pada dasarnya adalah untuk mengurangkan stress, bukannya menambahkan lagi stress. Pergi jahanamlah dengan benda-benda rare. Gua dah mula stress pulak ni. Adoii...

Apahal pun status "Rare" ni dari apa yang gua tengok sebenarnya banyak merosakkan scene. Kadang-kadang kita bukan suka sangat pun dengan benda rare tu. Tapi disebabkan bila kita dapat tahu ada individu tertentu yang mencari dan sangat memerlukan barang tersebut, kita pun melabelkannya sebagai "Rare" dan sekaligus menjualnya pada harga yang tidak masuk akal. Sumpah, perangai macam ni memang palat. Lebih palat bila dapat pada harga yang murah, kemudian menjualnya pada harga berlipat kali ganda sampai tak masuk akal setelah diberi status "Rare". Harga tu memang hak individu nak letak berapa pun. Tapi terus terang gua memang tak berminat nak berkawan dan berurusan dengan manusia pesen macam ni. Apa benda yang dia into pun semua atas alasan business dan duit. Benda dah jadi tak seronok.

Bahagian enjen ni jer dah boleh buat gua demam. Dekat seminggu juga nak siapkan bahagian enjen ni. 

Kit ni memang detail sangat. Sebab tu leceh nak buat dan makan masa yang agak lama. 

Fiat Abarth 131 Rally Monte Carlo. Skala 1:20

Yang ni memang kategori rare kepala bana. Terbang RM200 beli benda ni. Oder dari Japan Auction. Minat punya pasal. Model ni dikeluarkan pada tahun gua lahir 1979.

Dalam scene kereta kecik pun sebenarnya ada juga golongan-golongan trendy dan juga poser. Macam juga rare, trendy dan poser juga ada dimana-mana hatta dalam surau dan masjid pun golongan ini wujud. Golongan-golongan ini gua label sebagai penyeri atau buat satu-satu scene tu jadi meriah atau nampak ramai. Memang tak banyak buat masalah dengan gua buat masa ni. Tapi kewujudkan golongan-golongan seperti ini pun kalau dah terlalu ramai sebenarnya boleh menjerumus kepada kerosakkan scene. Gua akui, yang kita semua pada dasarnya bermula dengan poser. Tak tahu apa-apa tetapi perlu belajar. Bukan tak tahu apa-apa tetapi buat-buat tahu dan tidak mahu belajar. Lebih sekadar ingin bermegah dan ikut-ikut. Akan tetapi bila kita mula serius pada satu-satu perkara dan kerja, Insyallah secara tidak langsung istilah poser itu akan lenyap sedikit demi sedikit dan menjadi sebati dalam diri. Gua berpegang pada "cepat kita naik, maka cepatlah kita jatuh". Jadi apa benda kita buat pun kena tenang-tenang tetapi serius. Serius dalam berseronok. Tak boleh nak terburu-buru sangat. Orang main kereta kecik dia pun nak main kereta kecik, orang sibuk dengan Fixie, dia pun sibuk dengan Fixie, orang sibuk dengan scene kereta lama dan drift, dia pun tak ketinggalan. Habis musim, dia jual kereta, jual basikal beralih pada sukan scrambler pulak. Dan begitulah seterusnya. Buat satu benda tu tak pernah kekal lama. Jenis macam ni memang kadang-kadang buat gua rasa geram juga.

Jika dalam scene punk rock ada etika vegan, straight edge, anarkis, pro-life, pro-choice dan bermacam etika lagi, tetapi dalam Kelab Kereta Kecik Owners Club cuma ada straight edge sahaja. Memang, gua tak temberang. Dalam kumpulan ni semua line up tak hisap rokok, minum arak, hisap dadah dan mengamalkan gaya hidup seks bebas. Elemen-elemen arus perdana ni semua memang tak wujud sama sekali. Bezanya kami semua tak pernah dan tak perlu memangkah tangan atau melabelkan diri kami untuk menunjukkan yang kami ini straight edge atau terlalu positif dalam mengharungi kehidupan seharian kerana kami percaya etika-etika ini adalah bersifat peribadi. Ya, semua line up dalam Kelab Kereta Kecil Owners Club pemakan daging tegar.

Kereta Kecik pun ada flyers juga! ada gig juga! jangan ingat benda ni main-main! 

Ini flyers gig yang gua tak dapat pergi. 

Aduhai, gua rasa gua dah mula melalut terlalu jauh ni. Rasanya banyak juga yang dah lari dari tajuk. Bukan gua tak nak teruskan bercerita pasal tajuk ni, tapi gua rasa gua perlu berhenti kat sini pasal benda ni dah jadi terlalu panjang. Mana ada orang nak baca entri panjang-panjang. Buat sakit kepala jer nanti kena scroll banyak-banyak kali. Tapi sebagai seorang punk rock gua memang jenis tak pandai nak buat entri panjang-panjang. Okey, gua berhenti sini dulu, kalau ada apa yang tak puas hati jangan segan-segan untuk berkomunikasi dengan gua. Sekian terima kasih. Majulah punk rock untuk kereta kecik!


Wednesday, February 1, 2012

Rezeki, Jodoh dan Lesen Memandu

Alhamdulilah...

Rezeki yang cemerlang biasanya dimulakan dengan kesengsaraan dan keperitan yang berpanjangan dan asasnya adalah kesabaran.

Setelah bersabar dan melalui pelbagai dugaan dan rintangan, akhirnya hari ini gua mampu tersenyum lebar walaupun kita semua tahu yang senyum itu sifatnya juga sementara. Sekurang-kurangnya gua mampu tersenyum untuk hari ini.

Alhamdulilah...
Pakai baju cantik-cantik, sarung jeans lusuh, kasut bandel dan kaca mata. Siap-siap keluar rumah. Gua menyanyi riang sambil memutar suis untuk menghidupkan enjen kereta. Gua ada satu misi yang perlu gua selesaikan hari ini. Penting dan bersifat masa depan.

Gua menuju Jabatan Pengangkutan Jalan dengan hati yang berdebar. Lima bulan punya bonus akan gua gunakan cukup-cukup untuk membayar saman tertunggak tahun 2000. Selama enam bulan gua memandu kereta dan motosikal dengan lesen memandu tamat tempoh. Cukai jalan BLM kena blok dan nak hidupkan lesen memandu pun kena blok. Selama beberapa bulan ini memang gua memandu dengan berlesenkan tawakal sahaja. Dan hari ini semuanya akan selesai.

Alhamdulilah, gua akan kembali menjadi manusia normal. Menjadi lelaki yang cukup sifatnya dengan lesen memandu yang sah. Bagaimanapun mempunyai lesen memandu bukanlah tiket mudah untuk kita memperolehi makwe sekaligus jodoh. Wallahhualam...


Tuesday, January 31, 2012

Bonus lima bulan tapi banyak yang kena potong!

Siapa kutuk gua rejam!

Diam tak diam dah hampir lima tahun juga henpon Sony Erickson K800i ni berkhidmat dengan gua. Banyak peristiwa pahit dan manis sepanjang dia berkhidmat dengan gua. Jatuh bangun henpon ni memang bagai menjadi lumrah. Untungnya sampai sekarang pun masih boleh digunapakai lagi. Cuma skrinnya sahaja yang dah timbul satu bulatan besar. Tertindih sebab tido terlupa nak keluarkan henpon dari poket. Hanya gua sahaja yang tahu macam mana nak baca sms dengan skrin yang dah tak berapa jelas ni. Asalkan masih boleh sms, masih boleh jawab dan buat panggilan dan kadang-kadang gua buat update status di Facebook dan Twitter kira okey la.

Ahh sebenarnya gua beli dan pakai henpon ni sebab terpengaruh dengan makwe lama. Dia pakai henpon ni jadi gua pun beria beli henpon yang sama. Dia juga yang beria mencadangkan agar gua beli henpon ni. Sekarang ni gua pun tak tahu samada dia masih pakai henpon ni atau dah tukar lain. Dan jujurnya inilah henpon pertama yang gua beli baru dikedai. Sebelum-sebelum ni semua gua beli seken jer. Itu pasal tak bertahan lama. Yang palatnya apahal semua gua punya entri semenjak dua menjak ni mesti ada mention pasal makwe lama?

Tapi gua rasa sekarang ni gua macam dah kena tukar henpon baru. Gua tengok dah semakin uzur henpon ni. Semua pergerakkan dah kena ikat pakai getah. Gua pula jadi rimas. Nak sumbat charger pun dah longgar, nak sumbar ear phone pun longgar. Hadoiii lemah betul. Kalau boleh memang gua nak pakai henpon ni sampai dia betul-betul hancur. Sampai dah tak boleh berfungsi lagi. Tengoklah nanti macam mana. Gua kena buat kira-kira dulu. Duit bukan banyak sangat nak beli henpon baru.

Ahhh gua tengok kawan-kawan yang punk, hardcore, krasti, anti kapitalis, anti kompeni multinasional, anti teknologi, vegan, straight edge pun ramai yang dah pakai henpon canggih. Henpon yang guna touch skrin. Henpon yang ada wifi, android la apa ke benda la. Gua tak reti nak sebut satu-satu. Takkan gua yang animal lover ni tak boleh nak guna henpon canggih? Senang cerita kalau gua jalan kat Kolumpo atau City Square sambil memegang henpon Sony Erickson ni memang orang akan nampak pelik. Dan memang selalu orang kata gua pelik. 

Gua harap bila gua dah pakai henpon canggih nanti ada la makwe-makwe metropolitan yang sudi-sudi mengorat gua. Sebab sekarang ni henpon gua lebih banyak diam dari berbunyi. Itu pasal gua tak berapa taksub untuk beli henpon baru. Apalah gunanya pakai henpon canggih tapi lebih banyak senyap dari berdering. Kredit pun madang kering saja. Rugi gua rasa. Memang ada pesen manusia yang pakai henpon mahal sekadar untuk bergaya. Tapi kredit kedekut dan selalu kering. Kesian gua tengok manusia pesen macam ni.

Masalahnya sekarang ni nak beli henpon baru ke nak tukar sportrim baru? aduhhh...




Thursday, January 26, 2012

Kecelaruan Personaliti.


Dina Din tu sebenarnya dah lama mati. Farid yang bunuh dan sebenarnya Farid tu jugaklah Dina Din. Farid bunuh Dina Din pasal dia geram, dia marah, dia cemburu tengok kejayaan Dina Din. Padahal kejayaan Dina Din banyak dibantu oleh Farid. Tapi Dina Din seolah-olah lupa dengan semua pengorbanan Farid. Akhirnya Dina Din mati dicekik oleh Farid dan mayatnya ditanam didalam apartment kediamannya. Keretanya dibakar untuk menghilangkan bukti. Sejak dari itu Dina Din hidup didalam jasad Farid.

Zonan dan Lan Lani itulah sebenarnya Irwanshah. Tiga personaliti dalam satu jasad. Irwanshah adalah mangsa kepada kekejaman orang lain. Dia bangkit menuntut bela diatas kematian kekasihnya Zarina Mustafa. Undang-undang manusia mudah dibeli dengan wang ringgit. Terutamanya mereka yang menyandang jawatan berpengaruh. Kematian Zarina Mustafa tidak dibela, pihak mahkamah tidak menyabitkan kesalahan terhadap mereka yang terlibat lantas dia bangun dengan tiga personaliti tadi untuk menuntut bela. Perancangannya sangat licik sehingga tidak terkesan selama dua puluh tahun lamanya. Dalam masa itu juga nyawa mereka yang terlibat satu persatu telah diragut atas nama pembelaan.

Farid dan beberapa orang lagi telah menjadi kambing hitam diatas perancangan Irwanshah tadi. Sekali lagi Farid menjadi seorang pembunuh. Dina Din telah membunuh Nurul rakan sekerja Farid kerana Nurul selalu memandang serong terhadap Farid. Dina Din tidak gemar ada orang marah-marah dan menyakiti Farid. Sebab itu dia dibunuh dikawasan tempat letak kereta. Rasakan!

Gua dah pening. Kalau nak tahu cerita selanjutnya elok lu beli dan baca sendiri buku ini!

Abaikan kereta kecik tu. Cari buku ni. Power sampai boleh buat gua pening.


Friday, January 20, 2012

Lemah


Satu perkara yang gua paling lemah bila rumah dah ada internet semula.
Sampai rumah campak beg, campak stokin, campak baju terus switch on note book.
Sampaikan nak berak pun gua tangguh sampai sejam.

Eh, adik ipar gua ada kat rumah rupanya.

Wednesday, January 18, 2012

Punk Rock - Disebalik fesyen dan musick bising.

 Oder terus seperti yang tertera pada flyers diatas pun sebenarnya lagi bagus. Dia orang ada banyak stok.

Nak oder dari gua pun boleh juga, tapi gua cuma ada lapan copy sahaja.

Aduhai, sebenarnya dah berapa kali gua delete dan kemudian mengarang balik semata-mata nak ceritakan tentang buku ini. Gua sebenarnya tak tahu macam mana nak mengarang tentang buku ini. Bila lihat pada tajuk buku ini rasanya pasti ramai dah tahu apa kemungkinan isi didalamnya. Memang punk rock habis! gua rasa ini dokumentari punk pertama di Malaysia yang diterbitkan dengan format buku. Buku woi! buku! mungkin kosnya menelan belanja ribuan ringgit. Dengan ketebalan 130 muka surat, kulit muka keras serta berwarna warni. Punk rock di Malaysia sekali lagi telah melalui satu revolusi dalam dunia pencetakkannya. Tahniah bagi yang terlibat.

Benda-benda macam ni lah yang buat gua rasa nak sambung semula buat Roots. Palat betul.

Idea dan penerbit buku pasal punk rock ni datangnya dari dua orang individu berbeza fizikal tetapi mungkin sama ideaogi. Seorang kurus dan seorang lagi tegap. Ironinya kedua mereka menggunakan kaca mata kerana mungkin rabun. Ya, kebanyakkan orang-orang yang pernah masuk universiti dan berkerjaya pasti berkaca mata sebab terlalu banyak masanya dihabiskan melihat dan membaca huruf-huruf kecil.

Tolonglah, tolong gua betul-betul tak ada idea ni, tapi gua perlu juga cerita pasal buku ini! tak selalu kat Malaysia kita boleh jumpa bahan-bahan bacaan alternatif macam ni. Ada sepuluh orang penulis telah berkongsi segala macam cerita suka duka, idea, pengetahuan, pengenalan, pencarian, keseronokkan, jodoh dan apa sahaya berkaitan dengan punk. Sedikit sebanyak persoalan punk dibenak masyarakat yang bukan punk pasti akan terjawab walaupun hakikatnya punk itu sangat subjektif bagi gua. Tapi sekurang-kurangnya ada gambaran bagaimana yang dikatakan punk dan sejauh mana kita tahu tentang punk, kerana punk bukan sekadar musick dan juga fesyen. Itu sebenarnya objektif buku ini diterbitkan.

Walaupun buku ini merujuk kepada punk, dan mungkin kebanyakkan masyarakat sendiri menilai punk itu suatu yang negatif dan bersifat keruntuhan moral, percaya atau tidak hampir semua penulis didalam ini berjawatan sebagai tenaga pengajar. Dari guru hinggalah kepada pensyarah universiti, peguam dan tukang angkat kontena. Ini menunjukkan yang punk bukanlah benda main-main dan meruntuhkan akhlak. Sebenarnya kalau nak ikutkan PEKIDA dan PERKASA tu lebih rosak akhlak orang-orangnya. Tapi masyarakat buat tak tahu sahaja. Palat betul.

Setiap penulis ada cerita dan pengalaman tersendiri untuk dikongsi. Gua dah malas nak cerita panjang lebar. Sementara benda masih ada lagi ni elok beli la. Jadah apa benda baru keluar nak pinjam-pinjam. Perangai pesen macam ni memang dari dulu lagi gua tak berkenan. Mungkin memang adat punk melayu pesen suka meminjam dan bila benda dah habis baru sibuk nak beli. Gua yakin sepuluh tahun akan datang benda ni akan menjadi RARE! itu jam harga dia tak mustahil boleh jadi seratus ringgit.

Okey, buku ni boleh di oder terus mengikut maklumat pada flyers kat atas tu. Tapi kalau lu orang beli dengan gua, Insyallah gua kasi siap-siap dengan otograf sekali. Kalau pandai pujuk Insyallah jugak gua selit la apa-apa benda yang sedap. Kalau pandai pujuk lagi, Insyallah gua kasi free. Ada lapan keping jer yang tinggal dengan gua. Kalau nak elok cepat sikit. Gua dah lari tajuk. Okey jumpa lagi nanti.