Friday, October 26, 2012

Diari Aidiladha.


Bangun pagi macam biasa. Pukul 5.00.
Sakit perut. Berak sekejap.
Gosok gigi.
Cuci muka.
Mandi dan bersiap-siap.
Solat subuh.
5.50 gerak dari rumah.
Maintain 120 kilometer sejam.
Hiway Second Link sepi sikit dari semalam.
Motor Singapore tak bersepah.


Panel tingkap sebelah kanan. 

Setelah sampah sarap dan habuk rokok dibersihkan. Nampak kemas sikit. 

Kokpit yang tak berapa selesa untuk tujuan tidur.

Ranking B.
First half 7.00 - 10.00 = Hanjung R18
Buruk. Kotor. Spreader jatuh sebelah. Trolley sangkut-sangkut.
Tapi aircond memang cemerlang. Siap dengan kipas.
Bersihkan kabin dulu. 
Habuk rokok, plastik gula-gula dan jajan bersepah. 
Sapu semua serpihan habuk dan puntung rokok pasal yang bawak RTG sebelum ni adalah jin.
Suka makan asap.


Emm dapnya dapnya. Sotong ni liat rupanya. 

Kawan-kawan yang sama rangking dengan aku. Tapi aku tak ada dalam gambar.

10.00 - 11.30 Rehat.
Nasik kosong lauk sotong masak lemak.
Rendang daging bawak dari rumah.
Makan setengah jam. Selebihnya baring dalam surau.


Nampak kemas dan bersih sikit la kokpit ni. Nak buat tido memang selesa. 

Palang kat cermin tu digunakan untuk letak kaki. Bila kaki dah lurus baru sedap tido. Lagi satu aku tak gemar buat kerja pakai jersey. Rimas.

Second Half 11.30 - 4.30 = Impsa R90
Baru. Bersih. Hoisting senguk-senguk dan bersifat seperti ketam.
Tak boleh crossing. Cuma boleh ke kanan kiri je. Itu pasal dipanggil ketam.
Baru setengah jam kerja dah rosak.
Pukul 2.00. Masih lagi rosak.
Teknikal kata ada skru patah dan masalah agak serius juga.
Hoisting problem. Tak boleh naik dan turun.
Cari lokasi selamat untuk repair.
Aku tidur dulu.

4.00 - 5.30 Rehat.
Masuk surau aku terus tido sekejap.
Lepas solat asar pergi kantin pekena mihun.
Hujan sangat lebat berserta dengan ribut.

Final 5.30 - 7.00 = Impsa R92
Alhamdulilah, naik untuk bawak pergi parking.

5.45 dah ada kat bawah.
6.30 dah ada kat rumah dan terus sapu sampah.

Eh apa jenis entri yang aku buat hari ni pun aku tak tahu. Kesimpulannya aku cuma nak kasi tahu yang hari ni hari raya Aidiladha aku bekerja seperti tahun-tahun yang sudah.
Alhamdulilah dapat tripple. 
Aku dah berkorban untuk semua orang pada hari ini.
Kalau aku tak angkat kontena tadi, mungkin ramai yang tak merasa pakai seluar jeans Levis, baju Polo, henpon pintar, halfcut Evo 3 dan buah apel.
Apahal pun selamat menyambut Aidiladha buat semua kawan-kawan yang beragama Islam.

Okey ni aku ada selit sikit gambar-gambar sekitar tempat kerja aku. Bukan senang korang semua nak tengok permandangan dalam pelabuhan. Nasib baik aku ada henpon yang kameranya power. Dapat la snap mana yang patut. Terima kasih pada Sony Erickson K800i.



Inilah kawasan tempat aku kerja. Namanya yard atau lapangan kontena. 

Kapal Evergreen yang dah siap dan sedang belayar untuk keluar dari pelabuhan. 

Kalau dah sampai tiga RTG dalam satu blok, itu maksudnya memang solid! 

Nampak agak tenang sikit blok tengah hari ni.

Blok satu. Blok paling awal dibuka. Sekarang dah macam tempat peranginan pun ada juga. Kapal tak masuk sampai sini. Tempat ni agak popular dengan makhluk halus.

Kalau kren banyak yang boom up, itu maksudnya kapal tak banyak. Bila kapal tak banyak kebarangkalian untuk untung adalah tinggi. Tapi malangnya aku dah dua bulan tak dapat standby. Alhamdulilah.

Ini tempat untuk parking ekor Prime Mover.


5 comments:

  1. Macam ketagih pulak baca blok ni. Rasanya inilah satu-satunya blog di Malaysia; atau di dunia mungkin yang cerita pasal kerja kontena.

    Kalau dalam sastera Jepun, ada satu genre dipanggil sebagai 'jibunsyi'. Khusus menceritakan tentang kerja sehari-hari yang tak ditulis sasterawan biasa.

    Kudos, bang. Rasa terharu pun ada menengok kegigihan abang ni.

    Inilah kata orang, kelebihan takde awek. Ye dok?

    ReplyDelete
  2. din sorang je buat benda mcm nih..terbaik

    ReplyDelete
  3. hang dah pakai yg e-rtg ke rtg biasa je?

    ReplyDelete