Tuesday, January 31, 2012

Bonus lima bulan tapi banyak yang kena potong!

Siapa kutuk gua rejam!

Diam tak diam dah hampir lima tahun juga henpon Sony Erickson K800i ni berkhidmat dengan gua. Banyak peristiwa pahit dan manis sepanjang dia berkhidmat dengan gua. Jatuh bangun henpon ni memang bagai menjadi lumrah. Untungnya sampai sekarang pun masih boleh digunapakai lagi. Cuma skrinnya sahaja yang dah timbul satu bulatan besar. Tertindih sebab tido terlupa nak keluarkan henpon dari poket. Hanya gua sahaja yang tahu macam mana nak baca sms dengan skrin yang dah tak berapa jelas ni. Asalkan masih boleh sms, masih boleh jawab dan buat panggilan dan kadang-kadang gua buat update status di Facebook dan Twitter kira okey la.

Ahh sebenarnya gua beli dan pakai henpon ni sebab terpengaruh dengan makwe lama. Dia pakai henpon ni jadi gua pun beria beli henpon yang sama. Dia juga yang beria mencadangkan agar gua beli henpon ni. Sekarang ni gua pun tak tahu samada dia masih pakai henpon ni atau dah tukar lain. Dan jujurnya inilah henpon pertama yang gua beli baru dikedai. Sebelum-sebelum ni semua gua beli seken jer. Itu pasal tak bertahan lama. Yang palatnya apahal semua gua punya entri semenjak dua menjak ni mesti ada mention pasal makwe lama?

Tapi gua rasa sekarang ni gua macam dah kena tukar henpon baru. Gua tengok dah semakin uzur henpon ni. Semua pergerakkan dah kena ikat pakai getah. Gua pula jadi rimas. Nak sumbat charger pun dah longgar, nak sumbar ear phone pun longgar. Hadoiii lemah betul. Kalau boleh memang gua nak pakai henpon ni sampai dia betul-betul hancur. Sampai dah tak boleh berfungsi lagi. Tengoklah nanti macam mana. Gua kena buat kira-kira dulu. Duit bukan banyak sangat nak beli henpon baru.

Ahhh gua tengok kawan-kawan yang punk, hardcore, krasti, anti kapitalis, anti kompeni multinasional, anti teknologi, vegan, straight edge pun ramai yang dah pakai henpon canggih. Henpon yang guna touch skrin. Henpon yang ada wifi, android la apa ke benda la. Gua tak reti nak sebut satu-satu. Takkan gua yang animal lover ni tak boleh nak guna henpon canggih? Senang cerita kalau gua jalan kat Kolumpo atau City Square sambil memegang henpon Sony Erickson ni memang orang akan nampak pelik. Dan memang selalu orang kata gua pelik. 

Gua harap bila gua dah pakai henpon canggih nanti ada la makwe-makwe metropolitan yang sudi-sudi mengorat gua. Sebab sekarang ni henpon gua lebih banyak diam dari berbunyi. Itu pasal gua tak berapa taksub untuk beli henpon baru. Apalah gunanya pakai henpon canggih tapi lebih banyak senyap dari berdering. Kredit pun madang kering saja. Rugi gua rasa. Memang ada pesen manusia yang pakai henpon mahal sekadar untuk bergaya. Tapi kredit kedekut dan selalu kering. Kesian gua tengok manusia pesen macam ni.

Masalahnya sekarang ni nak beli henpon baru ke nak tukar sportrim baru? aduhhh...




3 comments:

  1. haha... ade lg charger ni ea... wa punya dah jhnam, nak bli kat kdai x de jual lg... susah dpt...

    ReplyDelete
  2. I like the ѵaluаble informаtion you ѕupplу to your articles.
    I'll bookmark your weblog and test once more here frequently. I am quite certain I'll
    leaгn a lοt of new ѕtuff pгoper heгe!
    Good luck fοг the following!

    My wеb sіte; unlock iphone 4

    ReplyDelete