Thursday, January 26, 2012

Kecelaruan Personaliti.


Dina Din tu sebenarnya dah lama mati. Farid yang bunuh dan sebenarnya Farid tu jugaklah Dina Din. Farid bunuh Dina Din pasal dia geram, dia marah, dia cemburu tengok kejayaan Dina Din. Padahal kejayaan Dina Din banyak dibantu oleh Farid. Tapi Dina Din seolah-olah lupa dengan semua pengorbanan Farid. Akhirnya Dina Din mati dicekik oleh Farid dan mayatnya ditanam didalam apartment kediamannya. Keretanya dibakar untuk menghilangkan bukti. Sejak dari itu Dina Din hidup didalam jasad Farid.

Zonan dan Lan Lani itulah sebenarnya Irwanshah. Tiga personaliti dalam satu jasad. Irwanshah adalah mangsa kepada kekejaman orang lain. Dia bangkit menuntut bela diatas kematian kekasihnya Zarina Mustafa. Undang-undang manusia mudah dibeli dengan wang ringgit. Terutamanya mereka yang menyandang jawatan berpengaruh. Kematian Zarina Mustafa tidak dibela, pihak mahkamah tidak menyabitkan kesalahan terhadap mereka yang terlibat lantas dia bangun dengan tiga personaliti tadi untuk menuntut bela. Perancangannya sangat licik sehingga tidak terkesan selama dua puluh tahun lamanya. Dalam masa itu juga nyawa mereka yang terlibat satu persatu telah diragut atas nama pembelaan.

Farid dan beberapa orang lagi telah menjadi kambing hitam diatas perancangan Irwanshah tadi. Sekali lagi Farid menjadi seorang pembunuh. Dina Din telah membunuh Nurul rakan sekerja Farid kerana Nurul selalu memandang serong terhadap Farid. Dina Din tidak gemar ada orang marah-marah dan menyakiti Farid. Sebab itu dia dibunuh dikawasan tempat letak kereta. Rasakan!

Gua dah pening. Kalau nak tahu cerita selanjutnya elok lu beli dan baca sendiri buku ini!

Abaikan kereta kecik tu. Cari buku ni. Power sampai boleh buat gua pening.


5 comments:

  1. gua nampak Ramlee Awang Murshid tengah sain otograf tadi,tapi gua sibuk.

    ReplyDelete
  2. farid dina din macam cerita cinta 3 segi je

    ReplyDelete
  3. buku ni memang buat pening. tapi puas hati

    ReplyDelete
  4. ohhh~~ fevret writer saye jugakkk! pening tapi seronok. baru rasa neuron dlm otak nih bergerak.


    p/s: nama ayah kite same. jarang jumpa. hehe.

    ReplyDelete
  5. perlu katam 14 kali bru faham... tp Ramlee Awang Murshid mmg hebat..

    ReplyDelete