Monday, January 14, 2013

Jakarta menyerang!




Kalau menjadi tahun 2013 hujung bulan Januari ni aku tawakal pergi Jakarta. Kalau menjadi bermakna inilah kali pertama aku naik kapal terbang setelah 33 tahun hidup didunia. Kalau menjadi bermakna inilah kali pertama pasport aku kena cop dengan imigresen. Kali terakhir aku masuk Singapura dulu pun masa tingkatan tiga pada tahun 1994. Ketika itu aku pakai pasport terhad untuk  Johor Bahru ke Singapura sahaja. Masuk negara lain tak boleh. Pasport tu pun dah hilang entah kemana.

Cuti kerja aku dah pohon sebulan awal. Maksudnya dari tahun lepas lagi. Lepas tak lepas, lulus tak lulus belakang cerita. Tiket kapal terbang aku dah beli. Kalau tak lulus juga cuti aku, memang aku nekad berhenti kerja. Selama 33 tahun aku hidup, jarang aku mintak cuti untuk ke luar negara. Paling jauh tempat aku pergi sampai amik cuti seminggu pun ke Kedah je. Tak ganas langsung.

Seluar baru aku dah beli, baju baru aku dah beli, minyak rambut, ubat gigi, deodorent, stokin dan boxer baru semua aku dah beli. Jambang pun aku dah bukak. Dengar cerita nak masuk Singapura jambang kena bukak. Gampang betul kerajaan Singapura ni. Rasis tak sudah-sudah. Semuanya kerana nak ke Jakarta dan aku naik kapal terbang dari Singapura. 

Ada orang merayap sampai ke Sabah kerana cinta, tapi aku merayap ke Jakarta kerana grindcore. Untung sabut timbul, untuk batu tenggelam. Siapa tahu entah-entah jodoh aku dengan makwe warga Indonesia, aku terima seadanya. 

Sudah-sudahlah, aku malas nak angan banyak-banyak. Kalau menjadi Alhamdulilah, balik Malaysia nanti aku updatelah apa yang patut. Tapi aku ingat sempena pertama kali aku naik kapal terbang ni, aku nak buat satu zine khas untuk cerita ke Jakarta ni. Harap-harap menjadi la rancangan awal tahun 2013 aku ni.

Okeylah, doakan cuti aku lulus dan misi aku nak naik kapal terbang ni menjadi kenyataan.

Amin.

P/s. Baru beberapa minit Jimbo twit aku tajuk untuk zine kali ni. Roots Zine Edisi Khas : Antara Senai dan Jakarta Kita Jatuh Cinta 


2 comments: