Wednesday, January 18, 2012

Punk Rock - Disebalik fesyen dan musick bising.

 Oder terus seperti yang tertera pada flyers diatas pun sebenarnya lagi bagus. Dia orang ada banyak stok.

Nak oder dari gua pun boleh juga, tapi gua cuma ada lapan copy sahaja.

Aduhai, sebenarnya dah berapa kali gua delete dan kemudian mengarang balik semata-mata nak ceritakan tentang buku ini. Gua sebenarnya tak tahu macam mana nak mengarang tentang buku ini. Bila lihat pada tajuk buku ini rasanya pasti ramai dah tahu apa kemungkinan isi didalamnya. Memang punk rock habis! gua rasa ini dokumentari punk pertama di Malaysia yang diterbitkan dengan format buku. Buku woi! buku! mungkin kosnya menelan belanja ribuan ringgit. Dengan ketebalan 130 muka surat, kulit muka keras serta berwarna warni. Punk rock di Malaysia sekali lagi telah melalui satu revolusi dalam dunia pencetakkannya. Tahniah bagi yang terlibat.

Benda-benda macam ni lah yang buat gua rasa nak sambung semula buat Roots. Palat betul.

Idea dan penerbit buku pasal punk rock ni datangnya dari dua orang individu berbeza fizikal tetapi mungkin sama ideaogi. Seorang kurus dan seorang lagi tegap. Ironinya kedua mereka menggunakan kaca mata kerana mungkin rabun. Ya, kebanyakkan orang-orang yang pernah masuk universiti dan berkerjaya pasti berkaca mata sebab terlalu banyak masanya dihabiskan melihat dan membaca huruf-huruf kecil.

Tolonglah, tolong gua betul-betul tak ada idea ni, tapi gua perlu juga cerita pasal buku ini! tak selalu kat Malaysia kita boleh jumpa bahan-bahan bacaan alternatif macam ni. Ada sepuluh orang penulis telah berkongsi segala macam cerita suka duka, idea, pengetahuan, pengenalan, pencarian, keseronokkan, jodoh dan apa sahaya berkaitan dengan punk. Sedikit sebanyak persoalan punk dibenak masyarakat yang bukan punk pasti akan terjawab walaupun hakikatnya punk itu sangat subjektif bagi gua. Tapi sekurang-kurangnya ada gambaran bagaimana yang dikatakan punk dan sejauh mana kita tahu tentang punk, kerana punk bukan sekadar musick dan juga fesyen. Itu sebenarnya objektif buku ini diterbitkan.

Walaupun buku ini merujuk kepada punk, dan mungkin kebanyakkan masyarakat sendiri menilai punk itu suatu yang negatif dan bersifat keruntuhan moral, percaya atau tidak hampir semua penulis didalam ini berjawatan sebagai tenaga pengajar. Dari guru hinggalah kepada pensyarah universiti, peguam dan tukang angkat kontena. Ini menunjukkan yang punk bukanlah benda main-main dan meruntuhkan akhlak. Sebenarnya kalau nak ikutkan PEKIDA dan PERKASA tu lebih rosak akhlak orang-orangnya. Tapi masyarakat buat tak tahu sahaja. Palat betul.

Setiap penulis ada cerita dan pengalaman tersendiri untuk dikongsi. Gua dah malas nak cerita panjang lebar. Sementara benda masih ada lagi ni elok beli la. Jadah apa benda baru keluar nak pinjam-pinjam. Perangai pesen macam ni memang dari dulu lagi gua tak berkenan. Mungkin memang adat punk melayu pesen suka meminjam dan bila benda dah habis baru sibuk nak beli. Gua yakin sepuluh tahun akan datang benda ni akan menjadi RARE! itu jam harga dia tak mustahil boleh jadi seratus ringgit.

Okey, buku ni boleh di oder terus mengikut maklumat pada flyers kat atas tu. Tapi kalau lu orang beli dengan gua, Insyallah gua kasi siap-siap dengan otograf sekali. Kalau pandai pujuk Insyallah jugak gua selit la apa-apa benda yang sedap. Kalau pandai pujuk lagi, Insyallah gua kasi free. Ada lapan keping jer yang tinggal dengan gua. Kalau nak elok cepat sikit. Gua dah lari tajuk. Okey jumpa lagi nanti.


5 comments:

  1. buat rasa nak menulis balik tu cukup tepat!

    ReplyDelete
  2. apa perkaitan kereta kecik tuh dengan punk?

    ReplyDelete
  3. nak buku ni bro.boleh guna baucar 1 malaysia tuh?

    ReplyDelete