Thursday, March 31, 2011

Fool.

April Fool kepala hanguk dia!

Perlu dan pasti.

Setiap kali...



Setiap kali gua memerlukan pasti tiada yang menghulur...
Setiap kali gua memerlukan pasti lu semakin menjauh...
Setiap kali gua memerlukan gua pasti akan kecewa...
Setiap kali gua memerlukan pasti tubuh ini tidak selesa...
Setiap kali gua memerlukan pasti lu pun diperlukan...
Setiap kali gua memerlukan pasti tiada jawapan...
Setiap kali gua memerlukan pasti tidak bersambut...
Setiap kali gua memerlukan pasti tiada nada dering...
Setiap kali gua memerlukan pasti gua seolah-olah tidak wujud...
Setiap kali gua memerlukan pasti lu punya banyak alasan...
Setiap kali gua memerlukan pasti lu kata lu belum makan...
Setiap kali gua memerlukan pasti lu akan ubah topik perbualan...
Setiap kali gua memerlukan pasti lu akan ungkit kisah semalam...
Setiap kali gua memerlukan pasti lu kata jangan macam-macam...
Setiap kali gua memerlukan pasti lu tidak mahu bertemu...
Setiap kali gua memerlukan pasti lu kata terima sajalah kenyataan...
Setiap kali gua memerlukan pasti lu akan ucap selamat tinggal...
Setiap kali gua memerlukan pasti gua dapat model gran-chan!




Entah, semuanya berpasti-pasti sahaja dan terimalah kenyataan.

Kisah Cinta Klasik

Masa bercinta memang indah. Pijak semut pun tak mati. Jangan kata semut, terpijak kaki sendiri pun masih boleh senyum lagi. Kena maki dengan kawan-kawan pun masih boleh tersenyum dan menyanyi-nyanyi kecil. Duit dalam poket tinggal dua ringgit pun bukan masalah. Masih boleh berdating lagi. Masih boleh ke sana sini lagi dengan senang hati. Kereta rosak tepi jalan pun masih boleh goyang kaki sambil makan Pringles. Memang aneh. Tapi ini kenyataan. Kalau tak percaya tanyalah mereka-mereka yang tengah hangat bercinta. Tak payah tanya pun tak apa, gunakan teknik 'Nekad sesaat memasuki bilik mayat' datang dekat terus tunjal jer kepala dia, gua berani jamin dia pasti tidak akan melawan. Malah sambil tersenyum dia berlalu pergi. Hebat tak hebat la penangan cinta. Budak sekolah rendah sekarang ni pun ramai yang dah pandai bercinta.

Gua berani cakap sebab gua pernah lalui benda-benda mengghairahkan berkenaan dengan cinta satu ketika dulu. Mungkin gua agak terlambat sikit la dalam mengenal cinta. Maklum sajalah, umur dah mencecah dua puluh tahun baru diberi peluang mengenal cinta. Memang agak terlewatlah masa tu bagi kategori remaja periang macam gua. Inilah akibatnya bila bersekolah tak campur gender. Semua lelaki. Semua belalai. Takkan gua nak bercinta dengan cikgu perempuan pula. Lagi pun masa zaman sekolah, nafsu nak bercinta tak berapa memuncak. Dalam kepala hotak lebih banyak memikirkan benda-benda yang berkaitan dengan rebel dan matematik. Semua benda pun nak direbelkan. Banyak hal matematik yang memeningkan kepala. Ahh, tak keterlaluan kalau gua kata masa zaman sekolah dulu gua pernah jadi anti makwe. Sebab tu masa kat sekolah agama dulu gua pernah terajang satu makwe. Gua tak berapa ingat apa punca dia, tapi memang kena sedas la makwe tu dengan gua. Makwe cantik pula tu. Keh keh keh. Sumpah, kalau gua ingat dan kenal makwe tu sekarang ni, pasti gua dah mintak maaf dan belanja dia makan cendol.

Gua mula menceburi arena bercinta lepas habis sekolah, lepas tamat SPM dan bila gua sudah berkerja. Tapi masa ni gua masih belum mampu beli telefon bimbit sendiri lagi. Masa ni orang kebanyakkan macam gua bercinta hanya dengan menggunakan telefon rumah dan telefon awam. Scene bergayut berjam-jam kat telefon awam memang sinonim dengan remaja bercinta pada masa tu. Stok duit syiling memang sentiasa penuh dalam kocek. Kalau tak pun, sekeping duit syiling dua puluh sen dan sekeping kad telefon. Buat standby nak hack telefon awam. Masa ni, scene hack telefon awam pun kira meriah juga. Nasib baik ada skills ni. Kalau tak bengkok juga nak pakai duit syiling bergayut lama-lama dan habiskan kebanyakkan duit gaji sekadar untuk bergayut. Tak masuk akal langsung. Ada satu kisah, gua pernah hack telefon awam dan bergayut sampai lima jam. Masa kejadian adalah pada waktu malam. Line memang clear untuk mencuri line. Sampai panas telinga bergayut. Itu pun masih ada rasa tak puas lagi. Mengenangkan esok kerja dan si dia pula ada kuliah, maka terpaksa juga letak telefon. Ini baru penangan cinta. Senyum juga walau tak cukup tido.

Tidak cukup dengan sekadar berbual ditelefon, bercinta atas kertas pun penting juga. Sebab tu zaman gua bercinta dulu, ramai orang-orang macam gua ( orang-orang seni ) yang pandai menulis dan stail tulisan pun cantik saja. Apa yang gua belajar kat sekolah tentang teknik menulis dan mengarang, gua praktikkan dalam scene tulis surat cinta. Itu satu hal. Sekarang ni berapa kerat sangat pasangan yang bercinta pernah tengok tulisan tangan pasangan dia? gua jamin hampir tak ada kot. Sekarang ni email, Facebook, Twitter, Myspace, Blog dan entah apa benda lagi pun gua tak tau. Mengarang pun sekarang ni atas komputer riba. Mana musim pakai kertas dengan pen lagi. Silap-silap nak beli setem pun tak reti. Jangan kata nak beli setem, silap hari bulan mengarang pun tak pandai. Mana taknya sekarang ni telefon bimbit dah berlambak, demam pesanan ringkas dengan gaya bahasa kontot-kontot yang kadang-kadang gua sendiri pun tak paham. Secara tak langsung budaya pesanan ringkas dengan gaya bahasa yang kontot-kontot ni telah membunuh skills mengarang dan penggunaan bahasa yang betul. Ceh, macamlah gua betul sangat. Takpe, yang penting masih tersenyum sebab ada cinta.

Masa tengah sedap bercinta ni, apa pun kehendak pasangan, tak kiralah yang masuk akal atau yang sipi-sipi baru nak masuk akal, memang sebolehnya hendak ditunaikan. Kadang-kadang pasangan tak mintak pun, tapi disebabkan perasaan sayang yang mendalam dan ingin membuktikan kesungguhan, duit tinggal lima puluh ringgit dalam poket untuk tahan sampai hujung bulan pun, kita sanggup gunakan. Asalkan pasangan kita gembira dan kita pula dapat menunjukkan kesungguhan. Lepas tu pandai-pandailah nak hidup macam mana. Pinjam kawan ker, jual tin aluminium ker. Asal dapat bertahan hidup. Sengsara dalam gembira namanya.

Dulu masa gua bercinta, gua bercinta dengan budak tengah belajar. Baru lepas SPM dan dapat pula sambung belajar kat universiti tempatan. Dugaan memang banyaklah. Tapi gua berjaya atasi dengan rasa ghairah dan seronok. Cabaran jangan cakaplah, sampai satu tahap gua dah rasa yang diri gua ni macam Indiana Jones. Sebab tu kawan-kawan yang rapat dengan gua dulu panggil gua Indiana Din. Setakat JB ke Kolumpo tu celah gigi jer gua buat. Pegi balik hari selama dua hari berturut-turut, memandu seorang diri dan duit cukup makan. Itu tak masuk lagi bawak kereta yang tengah rosak. Selalu ada masalah tempreature naik, masalah gear box dan sebagainya. Sebab tu sampai sekarang gua sayang pada Cik Corona. Dia memang banyak berjasa sepanjang gua bercinta dulu. Rosak tepi jalan, itu perkara biasa. Nasib baik makwe gua jenis yang faham dan tak kisah. Dia pun sayang Cik Corona juga. Masa dululah. Sekarang gua tak tau. Rekod terpantas yang gua pernah buat antara JB ke Kolumpo pada masa tu adalah dua jam. Semata-mata nak mengejar tahun baru dan meraikan bersama yang tersayang. Jenis keluar tol Skudai terus pijak pendikit sampai cecah lantai. Saman belakang kira, yang penting semangat bercinta.

Mana taknya, Cik Corona dulu pernah bawak makwe gua satu keluarga masuk ITM Shah Alam sebab makwe gua ada majlis konvo. Tenang jer Cik Corona melayan kerenah mereka. Penat gua polish dan kasi kilat apa semua. Akhirnya penuh juga cap jari pada seluruh badan Cik Corona. Gua senyum juga. Kalau sekarang ni, mau tak gua jeling mata jer, mesti orang yang berniat nak pegang Cik Corona dah takut. Seperkara lagi, makwe gua sangat faham yang gua tak suka orang tinggalkan bekas cap jari pada badan Cik Corona. Inilah masalahnya kalau bawak satu famili, kemudian ditambah dengan kehadiran budak-budak kecik. Takkan pula gua nak tegur dan marah depan emak dan bapa dia? simpan sajalah dalam hati. Sayang makwe punya pasal.

Masa gua bercinta dulu, gua beruntung kerana dikurniakan makwe yang sama minat dengan gua. Tak kiralah dari segi aspek apa pun. Baik dalam hal-hal motorsport, scene punk hardcore, kereta kecik dan entah apa lagi gua dah lupa. Kalau dalam hal motorsport terutamanya dalam kategori kereta lama dan enjen performance, memang dia faham sangat dan berminat pula nak tahu selok belok tentang kereta lama, barang performance, drift, scene kedai potong dan sebagainya. Ada satu masa gua pernah bawak dia pergi kedai potong sebab nak cari barang Cik Corona. Sebagai penghargaan dan rasa kasih pada Cik Corona, makwe gua pernah hadiahkan stereng Nardi, nombor plet ribet dan knob gear Impul. Kesemua barang-barang ni masih lagi digunakan oleh Cik Corona sampai sekarang. Cuma nombor plet gua dah kasi tukar sikit. Tak tahan! bukan Cik Corona, tapi gua yang tak tahan. Makwe gua ni kalau berbual pasal 4AGE, Rotary dan Webber pun dia handal. Benda-benda yang berkaitan dengan LSD pun dia tau! Kalau tak percaya lu boleh cuba berbual dengan dia. Sebab dia ada minatlah gua pun dengan berbesar hati mengajar dia apa-apa yang patut. Sayang makwe la katakan...

Kalau dari aspek scene punk hardcore pula, rasanya lebih tak ada masalah. Sebab gua kenal dengan makwe gua pun atas dasar punk hardcore juga. Kalau tak kerana scene punk hardcore ni, tak mungkin gua kenal dengan dia dan tak mungkin juga gua keparit seperti sekarang ni. Jadi tak pelik la kalau gua pergi gig celah mana pun pasti berdua dengan dia. Kalau beramai-ramai pun pasti ada dia. Berkongsi beli stuff, berkongsi info terbaru dan apa benda lagi gua tak ingat. Sebab tu tak pelik kalau ramai kawan-kawan gua kat luar sana kenal dengan makwe gua ni. Sampai kawan-kawan gua yang kat Jepun pun kenal dengan dia. Jenis semua kawan gua dia kenal, dan semua kawan-kawan dia gua kenal. Apa yang gua ada, tentu dia ada juga. Kalau gua dapat baju atau stuff yang rare, mesti dia akan dapat juga. 

Hadiah pertama yang gua beri pada makwe gua sebagai tanda perkenalan ialah kasut Converse kulit terbalik warna hitam hi cut. Asli Made in USA! sekarang ni nak jumpa Converse Made in USA gua rasa memang dah tak jumpa kot. Itulah hadiah pertama yang gua kasi. Kebetulan saiz pula ngam. Memang gua syak dah jodoh sangatlah pada masa tu. Gua ingat lagi masa tu gua kasi pada malam hari Krismas kot. Gua pun tak tau kenapa boleh kasi dia kasut tu. Gua pun tak pasti samada dia akan suka atau sebaliknya. Mungkin pada masa tu, inilah skills yang gua ada untuk mengurat makwe yang gua minat. Dan hadiah pertama yang gua terima dari dia kebetulan pula sempena hari lahir gua ialah kereta kecik Volvo BTCC 850. Skala dia gua tak ingat. Tapi harga dia memang gua ingat sampai sekarang. Tak mahal, RM180 sahaja. Masa ni gua dah fikir yang indah-indah saja. Takkanlah, kalau setakat kawan biasa makwe nak kasi hadiah semahal ni. Lu boleh fikir sendiri apa... Lagi pula berstatus pelajar macam dia. Atau gua ni memang pesen cepat perasan? atau makwe memang jenis suka bagi harapan? Entah. Yang pasti, sampai sekarang gua masih simpan lagi Volvo tu dan dijaga dengan baik. Benda dah lebih dari sepuluh tahun woi! itu tak termasuk lagi kereta kecik lain yang gua dapat.

Pehhh, ini bab paling seronok sekali gua nak kongsi. Pengalaman lepas confirm jadi kapel dan pertama kali dapat berpimpin tangan. Dia punya pergi memang lain macam. Susah gua nak cerita kat sini. Takut nanti lu orang semua tak percaya dan ketawa. Setiap kali gua berpegangan tangan dengan dia, gua pasti akan merasa senak. Gua pun tak tau kenapa. Rangsangan dia tu lain macamlah. Gua tak pasti orang yang berkapel dan pertama kali dapat pegang tangan makwe rasa seperti yang gua rasa. Dia punya ghairah tu lain macam. Ghairah atau sayang, gua pun tak tau mana satu yang betul. Kalau lima jam jalan dengan dia, lima jam jugalah gua menahan senak dan ghairah. Gua ada juga cerita dengan kawan-kawan masalah ni, rupa-rupanya gua berkongsi 'masalah' yang sama dengan mereka. Kah kah kah. Bukan nafsu, tapi lebih kepada perasaan ghairah berkasih sayang kot. Ahhh, macam palat pula ayat gua ni. Bila dah senak tu, tentulah nak jalan pun dah tak syok. Banyak benda nak kena cover. Makwe gua selalu tanya kenapa. Untuk cover line gua kata la sakit perut, sakit kaki dan yang paling senang adalah kasi alasan penat. Tapi lama kelamaan dia dapat tahu juga...

Seronokkan masa bercinta? gua amik masa setahun juga nak merasa berpegangan tangan. Sebelum merasa berpegangan tangan, gua terpaksa melalui scene pegang tali beg tangan dan beg galas sahaja. Lebih dari itu tidak diizinkan sama sekali. Memang aneh bunyinya, tapi gua tetap gembira juga. Makwe gua ni bukan jenis yang senang-senang nak bagi pegang tangan. Jangan fikir perempuan yang pergi gig, pakai tshirt Parkinson dengar musick berat dan berpakaian rock mudah diperkotak-katikkan. Seperkara lagi makwe gua ni jenis yang bertudung. Jadi apa pun perbuatan kena jaga jugalah.

Kah kah kah, gua rasa gua dah lari jauh dari tajuk sebenar ni. Dipendekkan cerita, apa benda pun yang gua buat dalam cerita gua tadi, kesungguhan yang gua tunjukkan, rasa sayang yang mendalam, pengorbanan, menjadi Indiana Jones dan apa kejadah yang lainnya, akhirnya gua keparit juga. Ya! keparit! lu tau parit tu apa? kalau tak tau pergi tanya abah lu sana! Kah kah kah!

Monday, March 28, 2011

Minggu tidak produktif.

Malas.

Nak buat apa pun sekarang ni jadi malas. Tak tahu kenapa. Tepuk dada tanya selera.

Nak makan malas.
Nak mandi malas.
Nak kerja malas.
Nak berak malas.
Nak sikat rambut malas.
Nak sampu sampah malas.
Nak buat kereta kecik malas.
Nak tengok tivi malas.
Nak gosok gigi malas.
Nak berfacebook malas.
Nak kemaskini blog malas.
Nak bersms malas.
Nak menelefon lagilah gua malas.

Semua benda gua jadi malas.
Tutup henpon. Tutup lampu.
Tidur. Itu sahaja yang gua rajin buat minggu ini. Sekian.

Monday, March 21, 2011

Diari Mat Despatch edisi Lelaki Baik




Ironinya setiap kali saya ke Jusco, pasti akan bersama Farid Awaludin. Tidak kiralah Jusco mana sekalipun. Pasti bersama beliau. Tidak adakah orang lain yang sudi menemani saya bersiar-siar atau membeli belah selain dari Farid Awaludin? Saya teringin juga sebenarnya merasa untuk keluar bedua bersama makwe. Atau sekurang-kurangnya berempat, lima atau lebih, tetapi diselang selikan dengan kehadiran makwe. Entah bilalah agaknya saya mempunyai peluang untuk berbuat demikian. Dan yang lebih ironinya bila setiap kali saya ingin mencari majalah Kereta pasti saya akan dipertemukan dengan karya Bahruddin Bekri. Mungkin jiwa saya sekarang ini sudah melekat dengan karya-karya dari beliau. Tanpa membuang masa, saya terus membelinya walaupun pada ketika ini wang didalam saku saya cuma tinggal RM50 untuk bertahan selama dua minggu. Memikirkan teknik 'Nekad sesaat untuk memasuki bilik mayat' saya beli juga tanpa segan silu. Semoga ianya berbaloi.

Setelah membaca karya beliau yang bertajuk Diari Mat Rempit, saya menjadi ketagih untuk memiliki dan membaca karya beliau yang seterusnya. Tidak mustahil jika selepas ini saya menjadi kolektor dari setiap karya beliau. Anehnya karya beliau yang terbaru saya beli ini ditempatkan disudut bacaan kanak-kanak. Farid Awaluddin yang menemuinya dan menunjukkan kepada saya. Saya tidak rasa yang Diari Mat Rempit edisi Lelaki Baik ini satu bahan bacaan untuk kanak-kanak. Aneh sungguh. Oh ya, mungkin juga kerana ada lukisan-lukisan yang sepertinya dilukis oleh kanak-kanak untuk edisi yang terbaru ini.

Setelah selesai membaca Diari Mat Despatch edisi Lelaki Baik ini, sekali lagi Bahruddin Bekri telah berjaya membuat saya ketawa dan terkesima. Gaya bahasa yang selamba dan terdapat banyak 'ayat-ayat power' yang boleh saya buat rujukkan serta panduan untuk berhadapan dengan masalah dalam hidup. Antara ayat beliau yang paling terkesan dalam diri saya dan cuba saya praktikkan di dalam diari kehidupan saya ialah teknik 'Nekad sesaat memasuki bilik mayat'. Memang agak aneh bunyinya. Tetapi bila saya renung dan fikir sedalamnya, memang ada benar juga teknik tersebut. Dan sebenarnya sudah juga acapkali saya praktikkan di dalam kehidupan saya, cuma tidak pernah terfikir sebegitu sekali nama teknik tersebut. Tidak perlulah saya ceritakan apakah definisi dan cara-cara teknik tersebut, jika ingin tahu, elok dapatkan sendiri buku kecil ini.

Untuk edisi Lelaki Baik ini, Rayyan sebenarnya di dalam delima bagi mencari definisi sebenar apa yang dikatakkan 'Lelaki Baik'. Sebenarnya bukanlah suatu delima, tetapi lebih kepada mencari jawapan yang Rayyan sendiri peningkan kepala. Saya pun hairan. Ada juga manusia seperti Rayyan di atas muka bumi ini. Di penghuung cerita, setelah Rayyan pulih dari demam denggi berdarah, barulah Rayyan ketemu jawapan apa yang di katakan 'Lelaki Baik'. Dan jawapannya itu juga benar bagi saya. Sila dapatkan buku kecil ini jika hendak tahu apakah jawapannya.

Banyak watak-watak baru di dalam edisi Lelaki Baik ini. Antaranya Citra Indah Qalisa, Tuan Pangkah, Ibu Rayyan, Puan Musalmah merangkap Editor Belimbing Besi, Ahmad Zuhri selaku pembantu bilik mayat dan Mahmud si pekerja kilang. Setiap watak yang terdapat didalam cerita ini memainkan peranan yang berbeza dengan motto hidup yang berbeza. Masing-masing punya 'ayat power' dan identiti yang tersendiri untuk di adaptasikan didalam kehidupan mereka sendiri atau mungkin juga boleh diguna pakai untuk kehidupan saya sendiri.

Banyak juga konnflik yang terpaksa di lalui dan di selesaikan oleh Rayyan, walaupun kebanyakkan masalah dan konflik itu bukanlah datang dari dirinya sendiri. Oleh kerana Rayyan ini seorang kawan dan mempunyai ciri Lelaki Baik, maka dengan rasa berat hati dan sifat lurus yang beliau miliki, beliau cuba juga menolong mereka-mereka yang terlibat. Terutama masalah kawan-kawan serumah beliau. Ada yang mahu meminjam RM30 000 bagi wang perkahwinan, ada yang di dalam delima kerana hendak di pinang oleh wanita yang tidak di kenali ada juga masalah bagaimana hendak menyatukan dua hati dan bermacam masalah lagi yang memerlukan pertolongan Rayyan. Dalam masa yang sama, Rayyan juga punya masalah dengan perasaannya sendiri. Tetapi tiada siapa yang mahu menolongnya. Antara Zatul anak Pak Murad muka garang, Wan Syarmila gadis bertudung dan Suzy. Mereka-mereka ini sering bermain di dalam kepala Rayyan.

Bila saya fikir balik, rasanya watak Rayyan ini memang tak banyak beza dengan personaliti saya. Saya dapat memahami masalah-masalah yang ada dalam diri Rayyan. Walaupun ianya sekadar watak, tapi cukup terkesan.

Seperti edisi yang sebelumnya iaitu Diari Mat Despatch, Bahruddin Bekri tetap juga memasukkan ilmu bagaimana hendak menulis dengan gaya Bahasa Melayu Tinggi ( B.M.T ). Tetapi untuk kali ini beliau menggunakan dengan cara yang lebih formal dan lebih skema. Maka wujudlah watak Tuan Pangkah si pengirim surat misteri yang sehingga akhir cerita pun saya masih tidak tahu siapa itu Tuan Pangkah dan bagaimana dia boleh menghantar surat-surat misteri bagi mengajar B.M.T kepada Rayyan. Ada yang di selit ke bawah pintu biliknya, ada juga yang di masukkan ke dalam peti surat rumahnya. Siapa yang mengirimnya, masih menjadi misteri. Harap Bahruddin Bekri dapat menyambung cerita ini untuk edisi seterusnya dan sekaligus membongkar rahsia siapa sebenarnya Tuan Pangkah. 

Saya rasa memang patut Tuan Bahruddin Bekri menyambung cerita ini untuk peringkat yang seterusnya. Kerana banyak watak didalam cerita ini membuatkan saya ternanti dan tertanya-tanya. Terutamanya watak Wan Syarmila dan juga Citra Indah Qalisa gadis Indonesia yang seakan membenci Rayyan tanpa sebab yang munasabah. Oh ya, watak Mahmuud juga berjaya buat saya geram. Pekerja kilang yang bersifat 'judgemental'. Watak-watak seperti mereka memang wujud di dalam realiti kehidupan saya.Banyak lagi sebenarnya teladan-teladan yang saya perolehi apabila selesai membaca Diari Mat Despatch edisi Lelaki Baik ini. Apa yang paling penting gaya bahasa dan penyampaian bersahaja yang sangat mudah untuk di fahami. Tidaklah terlalu tinggi, ringkas seperti gaya orang menulis diari. Sesuailah dengan tajuk buku ini.

Sekali lagi saya sifatkan buku ini sebagai antara yang terbaik untuk di miliki! memang tak rugi. Harganya pun tidaklah mahal. Masih sama iaitu RM9.90. Jangan berlengah lagi, dapatkan sekarang selagi stok masih ada. Jangan nanti sudah habis baru terhegeh-hegeh mahu mencari. Biasanya memang begitulah perangai orang melayu. 




Baiklah, saya akan menunggu dengan ketidaksabaran untuk edisi yang seterusnya...


Saturday, March 19, 2011

Buat mata yang sedang menangis...


Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka. Apa pun situasimu, air yang menggenangi kelopakmu dan mengalir ke pipi ialah anugerah Allah s.w.t yang tidak terhingga. Ia mampu membuang racun di tubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah kepada-Nya kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis.

Aduh!

Sungguh hairan kumelihat orang yang merasakan tangisan itu satu kelemahan. Malah menganggapnya satu lambang ketidakmatangan. Sedangkan Allah s.w.t merakam mulia sebuah tangisan dalam firman-Nya, "Dan mereka menyungkur ( sujud ) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." ( Surah al-Isra' 17:109 )

"Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis." ( surah Maryam 19:58 )



Duhai mata yang sedang menangis...



Tahukah dikau, jika dikaji dari perspektif sains, tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahya. Tatkala dirimu dalam ketakutan, unsur-unsur berbahaya dijana oleh tubuh. Air mata secara semula jadi boleh membuangnya. Otak pula berkerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada air mata. Bukan itu sahaja, tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu dan urat-urat dada. Setelah tangisanmu reda, kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa. Subhanallah, hebat sungguh penciptaan air mata!



Duhai mata yang sedang menangis...



Tangisan bukan satu keaiban tetapi satu keperluan. Sama ada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia meringankan ketegangan jiwa. Ia mengungapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.

Jika kau lelaki, kenapa perlu malu pada tangisan? mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam. Apa pun, tidak siapa dapat menafikan kau juga insan yang punyai hati dan perasaan. Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit. Usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat.

Jika kau wanita, kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki. Tahukah dikau, penyanyang-Nya Allah s.w.t padamu hingga Dia menciptakan kelenjar-kelenjar air matamu lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali lebih banyak daripada lelaki.

Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki. Masakan tidak, air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil.



Duhai mata yang sedang menangis...



Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Benar, tangisanmu itu tidak mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu. Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup. Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan kalam Yang Esa, "Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah." ( Riwayat Ahmad dan al-Nasa'i )

Benda pertama.

Benda pertama yang gua buat bila gua sampai di rumah pada hari ini ialah menyapu dedaun kering yang berguguran di laman rumah. Mujur hari ini tidak banyak daun yang berguguran. Mungkin kerana tiupan angin tidak berapa kencang hari ini, atau mungkin juga kerana hujan renyai turun di kawasan perumahan ini. Atau juga mungkin kerana tidak ada tangan-tangan gatal yang mahu memetik daun kemudian membuangnya di merata tempat.

Selesai menyapu sampah, bila gua membuka pintu utama, secara tiba-tiba kucing-kucing yang gua tinggalkan di luar rumah sejak awal pagi tadi datang menyapa dengan suara-suara garau mintak makan. Gua sendiri pun kurang pasti dari mana mereka muncul. Maklum sahajalah, ketika ini lampu utama belum dihidupkan. Sudah menjadi kebiasaan, naluri seekor kucing yang tahu tuannya sudah pulang ke rumah. Maka tanpa membuang masa, gua pun seperti semalam mengaul nasi bersama ikan goreng untuk mereka. Mujur gua tidak habiskan kesemua ikan-ikan goreng semalam. Kalau tidak tentu penat gua kena goreng ikan semata-mata hendak di beri kepada kucing.

Bila semua kucing sudah kenyang dan mulut mereka menjadi senyap, kini tiba giliran kerja yang paling gua tidak gemar sekali. Iaitu membasuh baju. Memang dari sejak kecil lagi gua memang jenis yang tidak suka membasuh. Tidak kiralah membasuh apa sekalipun. Asalkan namanya membasuh, memang gua orang yang paling malas sekali. Tetapi oleh kerana tuntutan hidup membujang, maka gua lakukan juga dengan perasaan malas. Walaupun hakikatnya tidaklah sesukar mana. Campak sahaja di dalam mesin basuh, tabur sabun secukup rasa, kemudian hidupkan suis. Berputarlah ia dengan sendirinya. Gua cuma perlu menunggu. Itu sahaja.

Sementara menunggu baju siap di basuh, gua layan berak yang gua dah tahan dari siang tadi. Boleh tahan lama juga. Maklum sahajalah, pukulan menahan dari siang membawa ke malam. Kalau di biarkan lebih dari sehari mungkin boleh mengundang batu karang. Selesai berak barulah gua mandi, solat dan seterusnya menyambung kerja-kerja semalam yang gua tangguhkan. Apa lagi kalau bukan kerja-kerja yang berkaitan dengan kereta kecil. 



Ahh, sebenarnya gua tak tau nak cerita benda apa, tapi tangan ni tetap juga mahu gua bercerita...

Friday, March 18, 2011

Sendiri.

Hari ini gua bersendirian di rumah, cukup hanya di temani oleh tiga ekor kucing. Samser, Gendol-gendol dan juga Senyum. Ibu bapa serta adik-adik gua semuanya pergi Sepang dari siang tadi. Gua memang sudah biasa kena tinggal dan bersendirian. Esok adik perempuan gua akan bersanding, majlis bagi pihak lelaki. Bukan gua tidak mahu ikut, kerana tuntutan kerja membuatkan gua terpaksa berkorban. Kasihan pula tengok adik gua sanding kat tempat orang. Ahli keluarga sendiri tak semua dapat datang. Gua harap dia tabah. Ala, gua anggap dia tabah jerlah. Kan nikmat hidup dah semakin sedap. Kalau dapat cuti memang gua ikut punya. Dah, gua tak nak cerita pasal majlis adik gua. Nanti gua jadi tak keruan kat rumah ni sendirian.

Seperti biasa, bila gua bersendirian di rumah. Secara otomatik tangan, kaki dan badan gua akan jadi lebih rajin dari biasa. Jika hari biasa, gua hanya rajin menyapu sampah di luar dan sudut dapur rumah sahaja. Tetapi berlainan untuk hari ini, jangan kata luar rumah. Dalam rumah semua gua kasi setel. Pakej siap mop sekali. Bukan apa, bila kita bersendirian di rumah, semangat nak tengok rumah sentiasa kemas tu memuncak. Bila hari biasa, keadaan rumah gua ni memang agak kelam kabut sikit. Sapu sampah, kemas-kemas kemudian tak sampai lima minit dah bersepah semula. Jadi, bila gua bersendirian di rumah ni, dia punya bersih dan kemas tu lebih terjamin dan konsisten. Sekurang-kurangnya mampu bertahan untuk tempoh dua hari. Ahad mereka semua dah balik semula kasi selerak rumah ni. 

Selesai sapu dan mengemop rumah, gua akan pastikan sinki bersih dari sisa makanan dan pinggan mangkuk, cawan serta sudu. Makan masa hampir sepuluh minit juga nak basuh semua pinggan mangkuk ni. Bukan apa, gua ni memang jenis yang tak boleh tengok rumah bersepah. Sakit kepala. Lagi pun, bila rumah bersih dan semua barang berada dalam keadaan teratur, idea untuk berkreativiti tu lebih tajam. Macam-macam idea masuk dalam kepala. Baru selesa. Bila gua fikir balik, kalau sisa makanan berkumpul kat sinki, ini akan mendatangkan minat kepada pasukan lipas untuk berumah di dalam rumah gua. Semut gua tak kisah sangat, tapi kalau lipas memang gua pantang.

Bila sinki dah bersih dari pingan mangkuk dan sisa makanan, kini tiba masa untuk masak dan sekaligus kasi kucing makan. Ada tiga ekor kucing yang perlu gua kasi makan. Dan kesemuanya memang jenis sangat kuat makan. Menu ringkas sahaja. Ikan goreng di gaul dengan nasi. Tapi untuk malam ni memang gua bagi bonus dengan kasi ikan banyak-banyak untuk mereka. Sebab masa gua buka tudung saji tadi, ada banyak ikan goreng yang mak gua tinggalkan. Kalau gua tak makan, memang tak ada siapa lagi nak makan. Elok juga gua kasi lebih sikit pada kucing malam ni. Mak gua selalu pesan, biar kita tak makan, janji kucing kita kasi makan. Sebab kucing dah jadi tanggungjawab kita bila kita membelanya. Mak gua juga kata, murah rezeki kalau kasi kucing makan. Gua pun tak pasti benda ni betul ke tidak. 

Alang-alang dah panas kuali ni, gua ingat sedap juga kalau buat lempeng. Gua memang dah lama tak memasak. Malam ni entah apa semangat gua boleh buat lempeng. Lempeng antara menu sarapan pagi kegemaran gua. Ini makanan tradisi sejak gua kecil lagi. Semiskin-miskin orang, gua rasa lempeng adalah makanan yang paling murah dan senang nak buat. Gua punya stail lempeng memang suka yang nipis dan garing. Dia punya pergi memang lain macam. Kebetulan pula ada kari daging mak gua tinggalkan siang tadi. Makan sepuluh keping lempeng pun memang tak cukup kalau dah cecah dengan kuah kari. Di bilas pula dengan air oren. Fuhh... Alhamdulilah. Rezeki orang bujang dan tiga ekor kucing. Sebab tu berat badan gua maintain lima puluh lima kilogram. Selalu makan lempeng sahaja.

Bila perut dah kenyang, maka tibalah masa untuk berkarya pula. Memandangkan situasi rumah gua malam ni agak sunyi dan tenang, gua pun ambil kesempatan ini untuk menyiapkan beberapa projek berkaitan dengan kereta kecil yang dah lebih kurang seminggu lebih gua tinggalkan. Rasa tenang sikit nak buat kerja. Tak ada orang kacau, tak ada bunyi bising selain dari lagu-lagu yang berkumandang dari corong radio dan bunyi cengkerik yang gua beli siang tadi buat makanan tarantula dan juga kala jengking.. Malam ni gua cuma mampu buat kerja mengecat untuk undercoat dan mengosok badan kereta sahaja. Semua kerja gua buat di atas meja makan. Malam ni ada dua biji kereta gua buat. Volkswagen Type 2 Pick Up Truck dan juga KPGC10 edisi perlumbaan. Gua dah cuba berhenti dari buat kerete kecil. Tapi dapat bertahan selama seminggu lebih sahaja. Ini kerana, kalau gua tak buat atau tak cuit benda-benda yang berkaitan dengan kereta kecil, secara tak langsung gua jadi bosan. Bosan sebab tak ada benda nak buat. Tidur lama-lama pun bukannya seronok.

Tadi sempat juga gua bilas mata tengok cerita Taken. Cerita dah lama, tapi tak jemu tengok walaupun dah lebih dari sepuluh kali gua tengok. Cerita pasal seorang bapa yang bermati-matian nak selamatkan anak perempuannya dari jadi mangsa sindikit pelacuran antarabangsa. Bapa dah cakap berhati-hati dan jangan menipu, tapi si anak berdegil. Bekas bini pula cakap jangan risau bila nak lepaskan anak merayap jauh-jauh. Bila dah jadi malapetaka baru dia orang nak sedar. Cerita aksi dari Liam Nesson memang tak pernah menghampakan gua.

Ok, sebenarnya gua dah mengantuk ni. Esok kena bangun pagi, sebab gua kerja siang. Gua saja buat entri macam ni, sebab dah lama sangat rasanya gua tak menulis diari di atas buku diari. Lagi satu pesan mak gua sebelum gua pergi kerja ialah, jangan lupa kasi arnab makan. Maknanya esok pukul lima pagi arnab-arnab gua dah dapat habuan dedak. Gila apa subuh-subuh kasi makan arnab. Ahh, lantaklah. Kalau nak tunggu gua balik kerja baru nak kasi makan, memang mati kebulur la arnab-arnab gua...



Thursday, March 17, 2011

Marah

Perkahwinan bukanlah pencapaian tertinggi dalam sebuah carta kehidupan. Bukan bererti juga kita sudah berada dipengakhiran dalam mengejar matlamat hidup sebagai seorang manusia. dan tidak bererti juga kita sudah memiliki kuasa dan segala-galanya. Banyak lagi perkara yang perlu difikir dan dilaksanakan untuk menjadi manusia yang cemerlang, walaupun semua dari kita sangat pasti yang erti kecemerlangan dalam kehidupan itu adalah bersifat subjektif. Ianya bergantung pada individu yang mentafsirkannya. Jika merokok itu dikira cemerlang bagi seseorang, tetapi mungkin tidak pula bagi orang lain. Dan begitulah sebaliknya. Hidup ini penuh dengan kontradiksi dan konflik. Menerima dan menolak itu lumrah kehidupan bagi manusia yang mahu berfikir. Jangan jadi pak turut yang hanya mampu mengikut telunjuk dan keputusan majoriti. Menjadi lain dari yang lain itu sebenarnya lebih baik. Kerana itulah identiti kita yang sebenar.

Sepatutnya kita harus bersyukur kerana telah dikurniakan isteri atau suami bagi menyambung dan melengkapkan perjalanan kehidupan kita yang tidak kekal ini. Dalam masa yang sama mendoakan agar yang lain juga bertemu jodoh dan cemerlang kehidupan sama seperti kita. Tetapi kita perlu ingat, tidak ada satu benda atau perkara pun didalam dunia ini yang benar-benar pasti dan konsisten perjalanannya. Siang pasti akan bertemu malam, dan kemarau walau sepanjang mana sekali pun, pasti akan bertemu hujan. Walau cuma untuk seketika. Satu hari nanti kita pasti akan menemui satu titik bagi penutup ayat. Kerana hidup ini sebenarnya adalah novel yang tidak tertulis. Kerana itu jugalah, ada sesetengah dari kita yang menulis catatan hidupnya didalam diari atau mungkin juga blog. Ya, seperti yang aku lakukan ketika ini.

Hari ini mungkin kita sudah berkahwin dan dikuriakan seorang isteri atau suami yang baik dari segi paras rupa dan budi perkerti. Disanjung dan disukai oleh kedua ibu bapa, teman-teman dan orang sekeliling dan kita rasa kita adalah orang yang paling bertuah, bernasib baik dan berjaya. Sehinggalah kita terlupa tentang nasib beberapa teman yang tidak senasib dengan kita. Ya, mungkin teman kita tidak berjaya dan cemerlang seperti kita. Belum mendirikan rumahtangga dan masih tidak mampu untuk memiliki kediaman sendiri. Perlu diingat, bukan itu yang dipinta oleh mereka. Hanya kerana "mungkin", maka dia pun dilabel sebagai tidak bernasib baik seperti kita. Tidak ada siapa pun didunia ini yang mahu hidupnya tidak berjaya. Hatta, penagih dadah sekalipun tidak mahu tidak berjaya. 

Tetapi tidak mustahil dalam masa beberapa saat kemudian kita akan kehilangan kesemuanya. Kejayaan dan kecemerlangan hidup yang kita perolehi tadi. Dan yang lebih perit, mungkin kita terpaksa kehilangan orang yang kita sayang. Isteri atau suami. Ya, hidup kita pasti boleh berubah hanya dalam beberapa saat. Ini tidak pernah mustahil. Dan aku sangat yakin. Semua yang kita bangga dan kita sanjung. Dan dalam masa yang sama kita juga kehilangan kepercayaan dari teman-teman yang menyanjungi kita tadi. Pada ketika ini baru kita sedar dan terfikir akan nasib teman-teman yang tidak senasib dengan kita pada mula-mula tadi. Sepatutnya dari mula lagi kita harus beringat kerana segala apa yang ada didalam dunia ini adalah berkemungkinan. Oleh itu janganlah terlalu sombong dengan status bersifat sementara yang tuhan kurniakan kepada kita itu. Sebaliknya bersyukur dan berdoalah untuk mereka-mereka yang tidak senasib dengan kita.





Sebenarnya gua tengah sangat marah ni. Tapi Alhamdulilah, gua berjaya juga mengawal emosi dengan tak maki-maki dalam entri ni...

Cantik

Kenapa aku suka pada kau. Entah, sampai sekarang pun aku masih tidak jumpa jawapan yang betul-betul boleh memuaskan hati aku sendiri. Puas aku mencari, tetapi tidak juga aku temui. Jiwa aku betul-betul memberontak. Setiap hari pasti aku asyik teringat pada kau yang jauh berbatu-batu. Sehingga kadang-kadang kepala aku jadi senak kerana asyik terlalu memikirkan masalah ini dan memendam rasa pada kau yang tidak pernah mengerti. Aku tidak tahu sama ada perasaan ini ada juga pada kau atau tidak. Satu yang pasti tentang kau adalah kerana kecantikkan yang kau miliki. Sekurang-kurangnya cukup bermakna bagi mata aku yang berwarna hazel ini. Aku yakin, tidak semua manusia dimuka bumi ini berjaya memiliki warna mata seperti aku.

Dan aku sedar, kecantikkan bukanlah segalanya bagi sebuah kadamaian di hati. Kecantikkan juga tidak pernah menjamin untuk kita sampai ke syurga. Kecantikkan paras rupa juga tidak pernah mengajar kita tentang bagaimana sukarnya untuk menghargai perasaan. Tetapi sebagai manusia yang sangat lemah seperti aku, pandangan pertama itu telah memberi banyak makna, impak dan sekaligus masalah sehingga hidup aku menjadi tidak keruan. Aku tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara hati ini. Jadi aku cuba luahkan apa yang terpendam diatas skrin berwarna biru laut ini.

Aku juga sedar, sejauh mana kemampuan aku untuk memiliki diri kau yang aku anggap terlalu berharga untuk semua orang. Kau terlalu canggih dan berpendidikan melebihi SPM juga. Sedangkan aku, ada SPM juga. Tetapi sekadar cukup makan sahaja. Tetapi, adakah untuk memiliki orang secantik kau memerlukan segulung ijazah yang aku sendiri tidak mampu untuk miliki?

Ahh, yang sebanrnya aku tidak tahu bagaimana hendak aku luahkan masalah aku didalam skrin berwarna biru laut ini. Kemampuan aku untuk berfikir ketika ini pun tidak selancar sebelum aku mengenali diri kau. Walaupun hakikatnya aku masih tidak mengenali diri kau yang sebenarnya. Terlalu banyak perkara yang aku fikirkan ketika ini. Dan yang sangat pasti, salah satu dari masalah aku itu ialah berkenaan dengan diri kau yang jauh berbatu-batu itu. Kadang kala aku dapat rasakan, yang kehadiran kau didalam hidup aku ini penuh dengan misteri dan persoalan. Kau akan hadir bila kau rasa perlu, kemudian kau akan menghilangkan diri ketika aku pula perlukan teman untuk bercerita. Aku tidak pasti yang kau ini jenis cantik yang bagaimana.

Akhirnya aku membuat keputusan untuk tidak lagi memikirkan masalah tentang kecantikkan yang kau miliki. Aku mengalah dan terpaksa membuat keputusan ini. Aku rasa segala usaha aku cukup sampai disini sahaja. Mengalah bukan bererti kalah. Tetapi cukup buat aku sedar dimana letaknya kemampuan aku. Akhirnya aku padamkan lampu, pasang kipas seningga ke angka tiga dan aku masuk tidur. 




Selamat malam kecantikkan...



Saturday, March 12, 2011

Jusco Tebrau dan Diari Mat Despatch



Kelmarin ketika bumi Johor Bahru hampir sepanjang hari dibasahi dengan air hujan, aku dan Farid Awaludin telah menghabiskan hampir separuh hari berkunjung ke Jusco Tebrau. Lawatan yang tidak disengajakan ini berpunca apabila Farid Awaludin memutuskan untuk tidak berkerja pada hari tersebut kerana lewat bangun tidur. Dah besar-besar pun masih mengalami masalah kelewatan bangun tidur. Kebetulan pula aku terpaksa menghantar kereta ke bengkel untuk dibaiki kerana mengalami sedikit masalah berkenaan kebocoran kecil pada bahagian enjen. Selesai menghantar kereta, kami berdua telah memutuskan untuk ke Jusco Tebrau bagi mencari perkakasan untuk projek kereta kecil. Sebenarnya kewujudan Farid Awaludin ke Jusco Tebrau ini adalah lebih kepada menemani aku dan aku pula terpaksa menumpang keretanya kerana kereta aku tidak dapat disiapkan dalam masa yang singkat.

Seperti kebiasaanya, apabila aku menjejakkan kaki dimana-mana gedung membeli belah, antara tempat wajib yang biasa aku kunjungi selain dari bahagian permainan adalah kedai buku. Misi kali ini adalah untuk mencari Majalah Kereta. Usaha kami untuk mencari Majalah Kereta dikedai-kedai runcit berdekatan telah menemui kegagalan. Aku tidak tahu dimana silapnya. Mungkin pihak pengedar tidak menjalankan tugas dengan baik dan berlaku kelewatan.

Ketika sedang sibuk mencari majalah Kereta dicelah-celah himpunan majalah yang lain, mata aku telah terpandangkan sebuah buku kecil yang kulit hadapanya agak berbeza dari kebanyakkan novel yang berada dipasaran. Sebenarnya buku kecil ini aku sifatkan sebagai sebuah novel juga. Buku kecil ini bertajuk "Diari Mat Despatch". Melihat pada tajuknya sahaja aku sudah terfikir sesuatu yang negatif. Ya, mungkin penulisnya bercerita mengenai motosikal dan dunia mat despatch yang selalu disulam dengan aksi rempit.

Tetapi bila aku membaca sinopsis dari buku kecil ini, ternyata sangkaan aku meleset sama sekali. Buku ini benar-benar mengingatkan aku pada format sebuah diari dimana terdapat garis-garis pada setiap ayat dan huruf yang diguna juga seolah-olah menggunakan tulisan tangan. Ini membuatkan aku sangat teruja untuk membeli dan membaca buku kecil ini. Tanpa membuang masa aku terus membayar di kaunter. Harganya tidaklah mahal, cuma sembilan ringgit dan sembilan puluh sen sahaja. Apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan harga sekotak rokok yang dulu selalu aku beli.

Baiklah, aku tidak mahu bercerita mengenai aktiviti dan perjalanan aku selepas itu. Sekarang aku mahu bercerita tentang buku kecil dengan tajuk "Diari Mat Despatch" yang aku beli kelmarin.

Membaca buku kecil ini membuatkan aku lalai dengan suasana persekitaran aku. Aku tidak pedulikan bunyi bising mahupun perbualan orang disekeliling aku. Apa yang aku tahu, aku perlu terus membaca buku ini sehingga ke penghujungnya. Walapun tidak tebal, tetapi ia cukup membuat aku rasa terhibur. Terdapat banyak perkara dan isi didalam buku ini yang boleh membuatkan aku ketawa, terkesima, berfikir dan sebagainya. Buku ini bukan sekadarcatatan kosong untuk hiburan. Terselit juga bahan-bahan ilmuan, sindiran, keimanan,sarkastik dan sedikit elemen berkaitan dengan hati.

Walaupun tajuknya ada menyentuh tentang "Despatch", tetapi percayalah, setelah akumembacanya hingga ke penghujung, hampir tiada satu cerita pun yang menyentuh tentangmotosikal, lumba haram, aksi lagak ngeri dan perkara-perkara yang berkaitan dengan duniaremaja bermotosikal. Kecuali satu kisah dimana Rayyan ( watak utama di dalam cerita ini )kehabisan minyak motosikalnya.

Buku ini juga banyak mengupas tentang masalah Rayyan terhadap dirinya sendiri berhubung wanita-wanita sekitar yang dijumpai dan dikenalinya dimana dia sering keliru dengan hati dan perasaannya sendiri. Terdapat unsur percintaan, tetapi tidak keterlaluan sehingga pembaca hanyut dengan kata-kata pujangga, bunga-bunga, puitis dan sebagainya. Diseimbangkan dengan penceritaan keperibadian Rayyan itu sendiri. Pekerjaanya sebagai Mat Despatch yang memerlukannya menunggang motosikal untuk menghantar dokumen, berurusan dengan orang-orang pejabat, suasana dipejabatnya sendiri dan orang-orang sekeliling yang banyak membuatkan dia berfikir. Teman-teman serumah, jiran-jiran dan orang sekeliling.

Dalam masa yang sama, penulis sebenarnya menerapkan juga unsur ilmu didalam penulisan beliau. Seperti menceritakan ( sebenarnya lebih kepada mengajar ) bagaimana untuk menjadi seorang penulis yang baik iaitu dengan menjaga bahasa dengan teknik Bahasa Melayu Tinggi atau singkatannya B.M.T. Dalam diari ini Rayyan berkerja keras belajar menulis dengan penggunaan B.M.T bagi mendapatkan kerja sambilan sebagai editor di sebuah syarikat penerbitan. Secara tidak langsung dia sebenarnya mempraktikkan penggunaan B.M.T didalam diari hariannya. Motif utama dia mula menggunakan diari juga adalah kerana ingin belajar menulis dengan teknik B.M.T yang betul bagi menghadapi peperiksaan berkenaan B.M.T. Perperiksaan ini wajib bagi mereka-mereka yang ingin menjadi editor sambilan.

Apa yang lebih tertarik bagi aku sebenarnya adalah gaya dan cara penyampaian penulis. Dengan hanya menggunakan perkataan-perkataan yang ringkas dan mudah difahami. Tetapi pada aku, masih terdapat juga unsur intelektual. Pengguanaan "aku" sebagai kata pengganti diri di dalam buku cerita sebenarnya memang agak janggal, tetapi penulis telah menggunakan perkataan ini pada keseluruhan cerita didalam buku ini dengan baik sekali. Tak salah juga kalau aku katakan yang buku kecil merangkap diari ini sebenarnya mampu memberikan motivasi kecil buat diri aku tentang banyak perkara. Banyak ayat-ayat semangat terdapat di dalam diari ini.

Ah, sebenarnya aku sudah kehilangan kata-kata untuk mengulas dengan lebih terperinci tentang buku kecil ini. Yang pastinya aku tidak pernah menyesal membeli dan membaca naskah ringkas dari Bahruddin Bekr ini. Satu yang pasti tentang buku ini - best! Aku harap dengan satu ayat ini, kamu semua dapat meluangkan sedikit masa dan wang ringgit untuk membeli, memiliki dan membaca naskah ini. Buku kecil ini mula diedarkan sekitar penghujung tahun 2010. Ini bererti aku agak terlewat untuk membaca dan mengulas buku kecil ini. Biar lambat dari tidak berpeluang langsung. Ya, itu lebih baik rasanya. Dan aku rasa adalah lebih baik jika Diari Mat Despatch ini disambung lagi ceritanya kerana ada satu perasaan ingin tahu di dalam diri aku untuk mengikuti perkembangan hidup Rayyan, perkerjaannya, wanita-wanita disekelilingnya, dan yang lebih utama watak Wan Syarmila itu sendiri.

Kah kah kah, celaka! gua dah lama tak menulis dengan stail ayat-ayat skema macam ni. Macam taik pula jadinya. Gua saja nak amik feel menulis dalam gaya "Diari Mat Despatch ni. Sampai terikut-ikut pula. Tak sebenarnya dalam masa yang sama, gua sedang melatih diri gua untuk menulis dengan gaya Bahasa Melayu Tinggi pula. Betullah, bukan senang sebenarnya nak jadi seorang penulis novel ni. Sekolah kena tinggi juga. Paling-paling pun kena masuk universiti juga. Setakat gua ni lulusan SPM, mana la layak sangat. Tapi, tak boleh jadi juga. Gua rasa dah tiba masanya gua kena ada buku sendiri pula. Ya, gua maksudkan buku! bukan zine! kalau nak kata diari, gua dari tingkatan tiga dulu dah mula menulis diari, sampai la sekarang. Kalau gua tau macam ni pergi dia, memang gua jual jer diari gua tu. Keh keh keh. Dan kalau nak kata despatch, dalam sejarah kehidupan kerja gua, gua pernah jadi mat despatch selama empat tahun berturut-turut. Berhenti pun sebab kompeni jatuh bankrup. Kalau tak mungkin sampai sekarang gua masih lagi kerja sebagai mat despatch.

Dah, gua malas nak cakap banyak, gua rasa siapa-siapa yang tak beli buku ni memang poser! pandai-pandai la cari sendiri. Jangan asyik nak pinjam saja!

Wednesday, March 9, 2011

Ngompol!

Gua sebenarnya memang dah lama sangat tak balik kampung. Rindu. Kampung gua dekat Panchor, dekat dengan area Pagoh juga la. Dan Pagoh ni terletak dalam cawangan Muar. Sejak datuk dengan nenek gua dah meninggal dunia, spirit gua nak balik kampung macam dah tak ada. Padahal masa kecik gua memang banyak dihabiskan di kampung bersama sepupu-sepupu sebaya gua. Mandi parit, berkubang, tangkap ikan, main tepi sawah, cari ketam batu, jerat burung pipit "haji", ikut makcik-makcik gua menoreh dan gelek getah, menebas lalang, belajar naik basikal jantan dan macam-macam lagi la. Memang seronok bila ingat zaman kecik-kecik di kampung.

Kampung gua ni memang betul-betul stail kampung la. Bukan stail macam Kampung Baru atau Kampung Melayu Majidee. Status kampung, tapi tak ada sawah padi, pada gua masih belum cukup "kampung" lagi. Setakat ada internet, tapi tak ada sawah padi, memang gua anggap poser. Keliling rumah atok gua ni dipenuhi dengan pokok getah, durian, jambu, kuini, manggis, rambutan dan apa lagi gua tak ingat. Belakang rumah memang stail hutan. Cina selalu keluar masuk sebab nak tembak babi. Ada sekali masa gua kecik, tengah malam masa kencing kat luar rumah gua perasan ada harimau belang kat belakang rumah. Kalau nak berak, jamban memang jauh ke belakang. Hanya mereka-mereka yang berjiwa kental saja berani berak tengah malam.

Rumah atok gua pun gua rasa sekarang ni dah ada hantu tumpang duduk kot Sebab dah lama sangat tak balik dan tak berpenghuni. Ada juga la gua dengar cerita dari jiran-jiran kat kampung. Tiap-tiap hari ada orang jual aiskrim datang rumah. Padahal rumah tu bukan ada budak kecik pun. Jangan kata budak, orang pun tak ada. Makwe taik lalat kat dagu, jauh sekali la. Bila jiran-jiran tanya penjual aiskrim tu, dia kata ada orang panggil dan nak beli aiskrim. Bila jiran-jiran kasi tau hal sebenar, terus orang jual aiskrim tu tak datang dah. Rumah atok belah mak gua pun sama. Dah tak ada orang balik pun. Tapi bapak gua memang ada upah orang untuk kasi bersih halaman rumah tu. 

Dipendekkan cerita, malam tadi gua boleh pulak bermimpi balik kampung. Yang stailnya gua siap pakai kasut Dokmat sepuluh lubang lagi. Dalam scene mimpi tu, gua asyik la sibuk ikat tali kasut Dokmat. Gua pun tak tau apa hal. Leceh pakai Dokmat ni kalau buat beraya sebenarnya. Nak bukak jer dah setengah jam, nak sarung balik pun dekat setengah jam juga.

Dalam mimpi gua ni, gua cuma nampak makcik gua jer. Maksu gua yang sekarang ni dah kawen dan duduk kat Seri Kembangan. Yang lain gua tak tau kemana. Gua pun tak tau apahal makcik gua ni asik marah-marah saja dalam mimpi ni. Padahal biasa dulu sebelum kawen dia memang rapat dengan gua. Kemana gua pergi kalau balik kampung mesti ajak dia. Maklum la, jarak umur pun tak jauh. Kalau jalan berdua orang ingat jalan dengan kapel.

Gua pendekkan lagi cerita, masa gua tengah sedap borak dengan makcik gua dalam mimpi, tiba-tiba gua rasa nak terkencing dan terus meluru lari ke bilik air sebab dah tak tahan sangat. Sampai bilik air, tanpa membuang masa gua pun terus londeh seluar kasi pancut. Ngam-ngam gua hala kat satu lubang kecik dalam bilik air tu. Dan gua ingat dalam lubang tu selalu ada katak. Dia punya tekanan air memang laju. Macam air dari pili bomber. Memang rasa lega. Fuhhhh... Tapi gua rasa pelik bila dah dekat lima minit air masih juga tak reda. Tak habis-habis. Tekanan masih juga kuat. Gua relek lagi. Bila dah masuk setengah jam, gua dah jadi kelam kabut dan panik. Ni dah kira macam ada masalah juga ni.

Tiba-tiba gua tersedar dalam keadaan rimas dan tak sedap badan. Bila gua periksa, pehhh dah penuh toto gua dengan air kencing gua sendiri. Hadoi. Tak pasal-pasal pagi ni gua kena bangun awal sebab kena basuh toto dan mak gua pulak dah mula bising-bising tapi ketawa-ketawa!



Babi! apahal gua langsung tak sedar ada rasa nak terkencing ni!

Sunday, March 6, 2011

Hitam Putih

Lu jangan nak bangga sangat la dengan baju lu yang konon cantik dan mahal tu, gua sikit pun tak heran kerana lu kena ingat, baju terakhir lu nanti adalah kain kapan saja.

Lu jangan nak kerek sangat dengan kereta mewah lu tu, sebab nanti kereta terakhir yang lu naik adalah van jenazah dan papan keranda saja.

Lu kena ingat, lu jangan terlalu seronok sangat dengan tempat tido lu yang konon empuk dan nyaman dengan sistem penghawa dingin tu, sebab tempat tido terakhir lu nanti adalah diliang lahad. Tak ada alat penghawa dingin pun.

Lu jangan pula nak ego dan bongkak sangat dengan gua sebab lu mampu beli rumah mewah dan besar macam istana, lu kena ingat yang rumah terakhir lu nanti hanyalah kubur yang cuma ada dua tiang saja.

Lu jangan terlalu megah sangat la dengan pangkat dan darjat yang lu miliki sekarang ni, sebab bila lu dah mati nanti, lu cuma dapat gelaran al-marhum saja. Dato-dato, datin-datin, menteri-menteri apa semua tu dah tak pakai dah.

Last sekali gua nak pesan, lu jangan terlalu bangga dan berlagak pula dengan muka lu yang hensem atau jelita tu, sebab bila lu mati nanti muka lu yang hensem dan cantik nanti akan berubah menjadi tengkorak sama macam gua juga! Kah kah kah!




Sebenarnya gua cuma nak ingatkan untuk diri gua saja, supaya jangan berlagak dan sombong dengan apa pun yang gua buat dan miliki. Sekian terima kasih.

Katak episod 2

Celaka!

Pagi tadi gua terlambat bangun tido. Ngam-ngam dengar azan subuh kat corong radio baru gua tersedar. Padahal semalam pukul sebelas gua dah baring-baring masuk tido. Sakit kepala yang teramat sangat punya pasal. Sedar-sedar jer, apa lagi dengan pantas gua bingkas bangun. Tempat tido pun tak sempat nak kemas. Baju pun main campak tepi saja. Dah tak ada masa nak berkemas. Azan subuh sekarang ni pukul enam. Maknanya gua cuma ada beberapa minit saja untuk bersiap-siap ke tempat kerja sebelum pukul tujuh. Dalam sejarah kerja, inilah kali pertama gua terbangun lambat.

Gosok gigi lebih kurang, mandi ala kadar, sarung seluar dan baju laju-laju, bentang sejadah, pekena solat dulu. Doa pun tak sempat. Minum air seteguk pun dah tak sempat juga. Inilah akibatnya kalau sorang-sorang duduk rumah lepas tu alarm pulak tak berfungsi. Apa jadah alarm kat henpon gua boleh tak berfungsi pun gua tak tau. Padahal sebelum ni ngam pukul lima pagi dia bunyi. Yang gua perasan pukul empat setengah gua dah sedar lepas tu sambung tido sikit. Tak tau pula yang dia punya sikit tu sampai membawa ke pukul enam. Kalau gua tau memang sumpah gua terus bangun jer tak tido balik.

Dipendekkan cerita, masa gua nak pakai kasut, dengan konfidennya gua amik stokin dalam kasut yang semalam gua dah sumbat cun-cun sampai ke depan muncung kasi sendat, tengok katak tak ada. Ok, line clear. Gua lega. Dengan pantas gua terus sarung kaki kanan dalam kasut. Selesa walaupun stokin dah tiga hari tak basuh. Bila masuk kaki kiri, gua ada rasa lain macam sikit. Gua suspek mungkin kertas agaknya. Sial! apa benda dalam kasut gua ni? tak sedap hati pulak. Masa ni baru gua terbayang katak semalam! Dengan aksi spontan ditambah dengan aksi geli geleman gua terus campak kasut kiri gua jauh-jauh dan maki-maki.

Babi! Ada katak! kaki kiri gua terpijak katak dalam kasut!

Sepanjang naik moto pagi tadi badan gua asyik mengigil dan tune geli geleman tu sampai sekarang ni pun masih tak hilang lagi walaupun gua dah angkat sepuluh biji kontena. Tolonglah, gua kalau kerengga ker, ular tedung ker, beruang ker, lipan bara, badak sumbu, tenggiling, mengkarung ker gua tak kisah. Tapi tolonglah, jangan bergurau dengan gua benda-benda katak ni. Fobia! Nasib baik ngam-ngam pukul enam lima puluh lapan gua sempat swap. Maknanya gua tak lambat dua minit sampai ke tempat jerja.





Celaka punya katak!!

Saturday, March 5, 2011

14

Kat PTP ni ada 150 RTG dan 44 biji Q Kren. Entah apa nasib hari ni gua boleh kena bawak RTG yang ke 14 terawal berada di PTP. Maknanya RTG yang 14 tertua di pelabuhan ni. Biasanya kalau kena bawak benda-benda yang dah bersifat klasik ni memang agak tak seronok. Maklum saja la benda dah usang dan lusuh. Teknologinya tidak sama dengan kebanyakkan RTG serba canggih yang lain yang selalu gua bawak walaupun hakikatnya basic penggunaannya tetap sama. Dari segi paras rupa memang sama, cuma warnanya saja yang dah lusuh sebab berhujan dan berpanas. Gua rasa pihak pengurusan dah patut bukak satu garage untuk basuh dan polish RTG. Tayar semua kasi polish sampai kilat. Baru semangat gua nak bawak.

Bukan gua mintak pun bawak RTG yang ke 14 ni. Tapi apakan daya, nasib selalu tak menyebelahi gua. Nak merungut sangat pun tak sedap juga. Semalam Allah dah bagi gua twin banyak-banyak. Nak tak nak gua kena juga layan dengan hati yang tenang. Gua anggap saja benda ni sebagai satu cabaran. Cabaran macam mana nak mengendalikan benda-benda pra sejarah. Hanya orang-orang yang tabah, hebat dan power saja yang diberi peluang untuk mengendalikan benda-benda klasik. Setakat jiwa lembut dan cepat mengalah, jangan harap la. Bila gua fikir balik, rezeki Allah ni tak datang dengan mudah. Adakala memang kena lalui detik cemas juga.

Masuk saja ke dalam kabin R14 ni, gua rasa macam dah tak sedap nak kerja. Bersepah sekali. Sampah sana sini. Puntung rokok jangan cakap la, memang ada di mana-mana. Celah tingkap pun boleh ada puntung rokok. Kotok rokok bersepah, kertas surat khabar bersepah, plastik jajan, bekas air kotak dan apa benda lagi pun gua tak tau. Silap-silap kalau gua geledah, kondom pun ada agaknya. Sistem penghawa dingin memenag cemerlang. Tapi malangnya semuanya dah togel dan tinggal isi dalam saja. Tapi nasib baik masih boleh berfungsi. Siap nampak cooling coil lagi. Kipas angin pun ada juga membantu kalau rasa masih tak cukup sejuk. Gua cuba juga cari tune untuk bertenang dengan situasi tak sedap ni. Amik masa sikit kasi kemas-kemas apa yang patut. Kumpul sampah dan bungkus dalam plastik. Rimas bawak benda kotor-kotor ni.

Yang lebih buat gua tak selesa sekarang ni ialah posisi tempat duduk dia yang membuatkan gua terpaksa membongkok secara maksimum untuk berkerja. Joystik rendah dan tempat duduk tinggi. Nak ejas dah tak boleh. Kalau jenis budak yang katik memang tak ada masalah. Tapi sebagai pemuda yang mempunyai ketinggian 195 sentimeter, memang suatu yang menyeksakan. Macam nak patah pinggang gua. Kena pulak kalau job banyak dan PM kat bawah pulak marking macam palat. Senget sana sini. Lagi lama gua membongkok ke bawah, maka lagi perit la pinggang gua. Lagi bengap PM kat bawah marking, maka secara otomatik lagi lama la gua kena membongkok. Benda-benda macam ni la sebenarnya yang boleh mengundang kemarahan. Maki hamun jangan cakap la, memang dah biasa. Bergaduh dan tunjuk isyarat jari tengah pada pemandu PM pun gua dah pernah buat. Gua kalau dah ada kat atas RTG, secara otomatik memang jadi garang dan panas baran. Tak tau apasal.

Cermin disekeliling kabin pula hampir semuanya dah kusam. Bekas cap jari jangan cakap la, memang merata-rata. Kalau nak suruh gua lap semua, alamat tak buat kerja la gua. Lagi pun bukan ada kain basah kat atas ni. Masalahnya hal-hal yang berkaitan dengan mentenen RTG ni bukan kerja gua. Keja gua cuma jaga setakat yang termampu. Nasib baik walkie talkie dan VMT masih berfungsi dengan baik. Kalau tak berfungsi dah lama gua mintak parking. Siapa nak bawak kalau dua benda penting ni tak boleh pakai. 

Kerja pula makin lama makin berdedai. Gua paling tak sedap bila kena layan kerja-kerja house keeping. Time-time genting macam ni la dia sibuk nak buat house keeping. Kalau dapat kerja macam ni, dia punya pesen bukan boleh duduk diam. Sikit-sikit nak kena gantry pergi slot lain, lepas tu patah balik. Silap-silap macam tu jer la sampai ke sudah. Sakit pinggang woi! Sekali kerja, dapat lebih dari lima slot. Memang mandi sekali. Nasib baik tak berpeluh-peluh. Mengenangkan empat puluh sen, maka gua layan juga dengan hati yang sabar dan sedikit diselang selikan dengan maki hamun. Kemudian gua Istighfar semula sambil dalam hati berkata "rezeki Allah, rezeki Allah, sabar Din, sabar..."

Bawak benda-benda yang sama taraf dengan bahan artifak ni memang selalunya kurang selesa kalau tidak dijaga dengan baik. Sama juga macam memandu kereta lama. Kalau tak dimenten dengan baik, mesti tak sedap juga nak bawak. Dia punya gegar jangan cakap la. Macam nak runtuh kabin. Kalau yang jenis gayat macam Jimbo, mesti dah muntah-muntah kat atas ni. Kalau kereta lama kita boleh juga nak ubah suai kasi laju, kasi lebih sedap bawak. Tapi kalau RTG ni gua tak tau la celah mana nak ubah suai nak kasi laju dan sedap. Ahh, gua ni pandai merungut saja... 

Dari satu sudut lain, pergerakkan R14 ni sebenarnya lebih lembut berbanding RTG lain yang selalu gua bawak. Tak ada sangkut-sangkut. Kecuali pada bahagian gantry. Kalau full throtle memang boleh trip.

Dipendekkan cerita masa gua tengah meradang sebab terlalu banyak PM yang menunggu, dan gua pulak tengah angkat sebiji kontena untuk diletakkan di row gamma, tiba-tiba spreader tak boleh nak angkat naik pulak. Stuck tak boleh gerak. Macam-macam baten gua dah tekan. Tapi satu haram apa pun tak bergerak. Sedangkan masa ni gua dah nak turun rehat. Gua paling tak gemar hal-hal macam ni la. Gua bukan cemas pasal rosak. Tapi cemas pasal takut terlepas bas. Time gua nak turun rehat, time tu la dia buat hal. Time awal-awal naik tadi tak nak pulak rosak. Dah la gua panggil teknikal payah nak jawab. Bila gua fikir balik, rezeki gua cukup untuk setakar ini sahaja. Alhamdulilah juga...

Selang beberapa minit gua dah ada kat bawah. Dan ketika cerita ini sedang direka, gua baru lepas menunaikan solat asar. Sedap juga sebenarnya tido kat surau ketika cuaca diluar sangat panas dari zohor membawa ke asar. Keh keh keh...

Friday, March 4, 2011

Alhamdulilah

Dalam hati yang gundah selalunya pasti ada manisnya. Tak gua nafikan, baru masuk bulan baru dalam minggu pertama gua berkerja dah dapat twin. Memang sedap. Pembukaan hari yang penuh ceria dan semangat. Baru la sedap nak kerja. Sebenarnya dah dekat lima bulan juga gua tak merasa angkat twin. Termakbul rupanya doa gua pada hari Jumaat ni. Alhamdulilah...

Berdebar juga sebenarnya jantung gua masa nak masuk kerja hari ni. Maklum saja lah, minggu lepas jer dah tiga hari gua kena naik kapal. Fobia tu masih tak hilang lagi. Nak pergi kerja pun masih ada rasa takut dan gusar. Padahal nak cari rezeki ni. Bila tengok nama kat booking kena bawak RTG, dia punya spirit nak kerja terus menaik. Senyum sampai ke telinga. Bulan baru dengan azam dan semangat yang baru. Solid pun gua tak kisah, janji jangan kasi gua naik kapal lagi!

Satu kontena sekarang ni dah empat puluh sen. Kalau sekali angkat dua kontena? lepas tu penuh lima tinggi sebanyak tujuh baris? kira sendiri la. Alhamdlilah, ini semua rezeki Allah bagi, bagi mereka yang gundah hatinya. Dalam gundah ada nikmat. Rezeki selalu murah bagi mereka yang tak ada makwe. Betul ker? Allah tak kasi gua makwe, tapi dia bagi gua rezeki. Mana lagi baik? semalam hasil kerja tangan gua cemerlang, hari ni dapat pula rezeki berkembar. Alhamdulilah... 

Sebenarnya dua-dua pun baik juga. Dua-dua saling memerlukan. Ada makwe, dan murah rezeki. Barulah sedap nak belanja makwe makan nasi goreng udang depan Esso Kampung Melayu. Ni balik-balik asik makan berdua dengan Farid Awaludin saja...




Alhamdulilah juga la...dari gua makan sorang-sorang...