Kenapa aku suka pada kau. Entah, sampai sekarang pun aku masih tidak jumpa jawapan yang betul-betul boleh memuaskan hati aku sendiri. Puas aku mencari, tetapi tidak juga aku temui. Jiwa aku betul-betul memberontak. Setiap hari pasti aku asyik teringat pada kau yang jauh berbatu-batu. Sehingga kadang-kadang kepala aku jadi senak kerana asyik terlalu memikirkan masalah ini dan memendam rasa pada kau yang tidak pernah mengerti. Aku tidak tahu sama ada perasaan ini ada juga pada kau atau tidak. Satu yang pasti tentang kau adalah kerana kecantikkan yang kau miliki. Sekurang-kurangnya cukup bermakna bagi mata aku yang berwarna hazel ini. Aku yakin, tidak semua manusia dimuka bumi ini berjaya memiliki warna mata seperti aku.
Dan aku sedar, kecantikkan bukanlah segalanya bagi sebuah kadamaian di hati. Kecantikkan juga tidak pernah menjamin untuk kita sampai ke syurga. Kecantikkan paras rupa juga tidak pernah mengajar kita tentang bagaimana sukarnya untuk menghargai perasaan. Tetapi sebagai manusia yang sangat lemah seperti aku, pandangan pertama itu telah memberi banyak makna, impak dan sekaligus masalah sehingga hidup aku menjadi tidak keruan. Aku tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara hati ini. Jadi aku cuba luahkan apa yang terpendam diatas skrin berwarna biru laut ini.
Aku juga sedar, sejauh mana kemampuan aku untuk memiliki diri kau yang aku anggap terlalu berharga untuk semua orang. Kau terlalu canggih dan berpendidikan melebihi SPM juga. Sedangkan aku, ada SPM juga. Tetapi sekadar cukup makan sahaja. Tetapi, adakah untuk memiliki orang secantik kau memerlukan segulung ijazah yang aku sendiri tidak mampu untuk miliki?
Ahh, yang sebanrnya aku tidak tahu bagaimana hendak aku luahkan masalah aku didalam skrin berwarna biru laut ini. Kemampuan aku untuk berfikir ketika ini pun tidak selancar sebelum aku mengenali diri kau. Walaupun hakikatnya aku masih tidak mengenali diri kau yang sebenarnya. Terlalu banyak perkara yang aku fikirkan ketika ini. Dan yang sangat pasti, salah satu dari masalah aku itu ialah berkenaan dengan diri kau yang jauh berbatu-batu itu. Kadang kala aku dapat rasakan, yang kehadiran kau didalam hidup aku ini penuh dengan misteri dan persoalan. Kau akan hadir bila kau rasa perlu, kemudian kau akan menghilangkan diri ketika aku pula perlukan teman untuk bercerita. Aku tidak pasti yang kau ini jenis cantik yang bagaimana.
Akhirnya aku membuat keputusan untuk tidak lagi memikirkan masalah tentang kecantikkan yang kau miliki. Aku mengalah dan terpaksa membuat keputusan ini. Aku rasa segala usaha aku cukup sampai disini sahaja. Mengalah bukan bererti kalah. Tetapi cukup buat aku sedar dimana letaknya kemampuan aku. Akhirnya aku padamkan lampu, pasang kipas seningga ke angka tiga dan aku masuk tidur.
Selamat malam kecantikkan...
org pokok ke?jgn risau klu ade jodoh tak ke mana...
ReplyDelete