Ironinya setiap kali saya ke Jusco, pasti akan bersama Farid Awaludin. Tidak kiralah Jusco mana sekalipun. Pasti bersama beliau. Tidak adakah orang lain yang sudi menemani saya bersiar-siar atau membeli belah selain dari Farid Awaludin? Saya teringin juga sebenarnya merasa untuk keluar bedua bersama makwe. Atau sekurang-kurangnya berempat, lima atau lebih, tetapi diselang selikan dengan kehadiran makwe. Entah bilalah agaknya saya mempunyai peluang untuk berbuat demikian. Dan yang lebih ironinya bila setiap kali saya ingin mencari majalah Kereta pasti saya akan dipertemukan dengan karya Bahruddin Bekri. Mungkin jiwa saya sekarang ini sudah melekat dengan karya-karya dari beliau. Tanpa membuang masa, saya terus membelinya walaupun pada ketika ini wang didalam saku saya cuma tinggal RM50 untuk bertahan selama dua minggu. Memikirkan teknik 'Nekad sesaat untuk memasuki bilik mayat' saya beli juga tanpa segan silu. Semoga ianya berbaloi.
Setelah membaca karya beliau yang bertajuk Diari Mat Rempit, saya menjadi ketagih untuk memiliki dan membaca karya beliau yang seterusnya. Tidak mustahil jika selepas ini saya menjadi kolektor dari setiap karya beliau. Anehnya karya beliau yang terbaru saya beli ini ditempatkan disudut bacaan kanak-kanak. Farid Awaluddin yang menemuinya dan menunjukkan kepada saya. Saya tidak rasa yang Diari Mat Rempit edisi Lelaki Baik ini satu bahan bacaan untuk kanak-kanak. Aneh sungguh. Oh ya, mungkin juga kerana ada lukisan-lukisan yang sepertinya dilukis oleh kanak-kanak untuk edisi yang terbaru ini.
Setelah selesai membaca Diari Mat Despatch edisi Lelaki Baik ini, sekali lagi Bahruddin Bekri telah berjaya membuat saya ketawa dan terkesima. Gaya bahasa yang selamba dan terdapat banyak 'ayat-ayat power' yang boleh saya buat rujukkan serta panduan untuk berhadapan dengan masalah dalam hidup. Antara ayat beliau yang paling terkesan dalam diri saya dan cuba saya praktikkan di dalam diari kehidupan saya ialah teknik 'Nekad sesaat memasuki bilik mayat'. Memang agak aneh bunyinya. Tetapi bila saya renung dan fikir sedalamnya, memang ada benar juga teknik tersebut. Dan sebenarnya sudah juga acapkali saya praktikkan di dalam kehidupan saya, cuma tidak pernah terfikir sebegitu sekali nama teknik tersebut. Tidak perlulah saya ceritakan apakah definisi dan cara-cara teknik tersebut, jika ingin tahu, elok dapatkan sendiri buku kecil ini.
Untuk edisi Lelaki Baik ini, Rayyan sebenarnya di dalam delima bagi mencari definisi sebenar apa yang dikatakkan 'Lelaki Baik'. Sebenarnya bukanlah suatu delima, tetapi lebih kepada mencari jawapan yang Rayyan sendiri peningkan kepala. Saya pun hairan. Ada juga manusia seperti Rayyan di atas muka bumi ini. Di penghuung cerita, setelah Rayyan pulih dari demam denggi berdarah, barulah Rayyan ketemu jawapan apa yang di katakan 'Lelaki Baik'. Dan jawapannya itu juga benar bagi saya. Sila dapatkan buku kecil ini jika hendak tahu apakah jawapannya.
Banyak watak-watak baru di dalam edisi Lelaki Baik ini. Antaranya Citra Indah Qalisa, Tuan Pangkah, Ibu Rayyan, Puan Musalmah merangkap Editor Belimbing Besi, Ahmad Zuhri selaku pembantu bilik mayat dan Mahmud si pekerja kilang. Setiap watak yang terdapat didalam cerita ini memainkan peranan yang berbeza dengan motto hidup yang berbeza. Masing-masing punya 'ayat power' dan identiti yang tersendiri untuk di adaptasikan didalam kehidupan mereka sendiri atau mungkin juga boleh diguna pakai untuk kehidupan saya sendiri.
Banyak juga konnflik yang terpaksa di lalui dan di selesaikan oleh Rayyan, walaupun kebanyakkan masalah dan konflik itu bukanlah datang dari dirinya sendiri. Oleh kerana Rayyan ini seorang kawan dan mempunyai ciri Lelaki Baik, maka dengan rasa berat hati dan sifat lurus yang beliau miliki, beliau cuba juga menolong mereka-mereka yang terlibat. Terutama masalah kawan-kawan serumah beliau. Ada yang mahu meminjam RM30 000 bagi wang perkahwinan, ada yang di dalam delima kerana hendak di pinang oleh wanita yang tidak di kenali ada juga masalah bagaimana hendak menyatukan dua hati dan bermacam masalah lagi yang memerlukan pertolongan Rayyan. Dalam masa yang sama, Rayyan juga punya masalah dengan perasaannya sendiri. Tetapi tiada siapa yang mahu menolongnya. Antara Zatul anak Pak Murad muka garang, Wan Syarmila gadis bertudung dan Suzy. Mereka-mereka ini sering bermain di dalam kepala Rayyan.
Bila saya fikir balik, rasanya watak Rayyan ini memang tak banyak beza dengan personaliti saya. Saya dapat memahami masalah-masalah yang ada dalam diri Rayyan. Walaupun ianya sekadar watak, tapi cukup terkesan.
Seperti edisi yang sebelumnya iaitu Diari Mat Despatch, Bahruddin Bekri tetap juga memasukkan ilmu bagaimana hendak menulis dengan gaya Bahasa Melayu Tinggi ( B.M.T ). Tetapi untuk kali ini beliau menggunakan dengan cara yang lebih formal dan lebih skema. Maka wujudlah watak Tuan Pangkah si pengirim surat misteri yang sehingga akhir cerita pun saya masih tidak tahu siapa itu Tuan Pangkah dan bagaimana dia boleh menghantar surat-surat misteri bagi mengajar B.M.T kepada Rayyan. Ada yang di selit ke bawah pintu biliknya, ada juga yang di masukkan ke dalam peti surat rumahnya. Siapa yang mengirimnya, masih menjadi misteri. Harap Bahruddin Bekri dapat menyambung cerita ini untuk edisi seterusnya dan sekaligus membongkar rahsia siapa sebenarnya Tuan Pangkah.
Saya rasa memang patut Tuan Bahruddin Bekri menyambung cerita ini untuk peringkat yang seterusnya. Kerana banyak watak didalam cerita ini membuatkan saya ternanti dan tertanya-tanya. Terutamanya watak Wan Syarmila dan juga Citra Indah Qalisa gadis Indonesia yang seakan membenci Rayyan tanpa sebab yang munasabah. Oh ya, watak Mahmuud juga berjaya buat saya geram. Pekerja kilang yang bersifat 'judgemental'. Watak-watak seperti mereka memang wujud di dalam realiti kehidupan saya.Banyak lagi sebenarnya teladan-teladan yang saya perolehi apabila selesai membaca Diari Mat Despatch edisi Lelaki Baik ini. Apa yang paling penting gaya bahasa dan penyampaian bersahaja yang sangat mudah untuk di fahami. Tidaklah terlalu tinggi, ringkas seperti gaya orang menulis diari. Sesuailah dengan tajuk buku ini.
Sekali lagi saya sifatkan buku ini sebagai antara yang terbaik untuk di miliki! memang tak rugi. Harganya pun tidaklah mahal. Masih sama iaitu RM9.90. Jangan berlengah lagi, dapatkan sekarang selagi stok masih ada. Jangan nanti sudah habis baru terhegeh-hegeh mahu mencari. Biasanya memang begitulah perangai orang melayu.
Baiklah, saya akan menunggu dengan ketidaksabaran untuk edisi yang seterusnya...
assalamualaikum.. nak tanya skit brader.. beli ni kat toko buku apa ye.. MPH, Popular atau yg lain.. sebab aku nak cari kat area klang-kl..
ReplyDeleteterima kasih
kembalikan din akar !!
ReplyDeleteWalaikumusalam. Oh, saya beli buku ini di MPH Jusco, Taman Universiti, JB. Jika di Kolumpo dan area sana mungkin lagi senang nak jumpa..
ReplyDeletedilema atau delima ye encik redup pemikiran?
ReplyDeletekehkeh.
pertanyaan di atas percubaan untuk menulis setail BMT.
Dicadangkan agar Yincik Akar membaca novel-novel Bahruddin Bekri yang lain :- Dunia Ini Sederhana Kecil :: Dimana Terangnya Bulan :: Puisi Untuk Nadina :: Lelaki Berkasut Merah :: Doa Untuk Aku.
ReplyDeletep/s: Aku pun dah jadi kolektor tegar BB. "Jujur Untuk Berbeza"
tak tau pulak ade edisi lelaki baik..nak kena carik ni..
ReplyDeletesy ade yang cover buku laporan sains tu..
tengs ye..
Gut, dass es seit einiger Zeit zahlreiche sexcam M�dchen, die
ReplyDeletelive vor der sexcam so
richtig an mir austoben.
Louis became a mediator again, he learned sex chat from their Christmas vacation in Hawaii does not look at the same semi-transparent stain color spray by Rust-Oleum.
ReplyDelete