Thursday, March 17, 2011

Marah

Perkahwinan bukanlah pencapaian tertinggi dalam sebuah carta kehidupan. Bukan bererti juga kita sudah berada dipengakhiran dalam mengejar matlamat hidup sebagai seorang manusia. dan tidak bererti juga kita sudah memiliki kuasa dan segala-galanya. Banyak lagi perkara yang perlu difikir dan dilaksanakan untuk menjadi manusia yang cemerlang, walaupun semua dari kita sangat pasti yang erti kecemerlangan dalam kehidupan itu adalah bersifat subjektif. Ianya bergantung pada individu yang mentafsirkannya. Jika merokok itu dikira cemerlang bagi seseorang, tetapi mungkin tidak pula bagi orang lain. Dan begitulah sebaliknya. Hidup ini penuh dengan kontradiksi dan konflik. Menerima dan menolak itu lumrah kehidupan bagi manusia yang mahu berfikir. Jangan jadi pak turut yang hanya mampu mengikut telunjuk dan keputusan majoriti. Menjadi lain dari yang lain itu sebenarnya lebih baik. Kerana itulah identiti kita yang sebenar.

Sepatutnya kita harus bersyukur kerana telah dikurniakan isteri atau suami bagi menyambung dan melengkapkan perjalanan kehidupan kita yang tidak kekal ini. Dalam masa yang sama mendoakan agar yang lain juga bertemu jodoh dan cemerlang kehidupan sama seperti kita. Tetapi kita perlu ingat, tidak ada satu benda atau perkara pun didalam dunia ini yang benar-benar pasti dan konsisten perjalanannya. Siang pasti akan bertemu malam, dan kemarau walau sepanjang mana sekali pun, pasti akan bertemu hujan. Walau cuma untuk seketika. Satu hari nanti kita pasti akan menemui satu titik bagi penutup ayat. Kerana hidup ini sebenarnya adalah novel yang tidak tertulis. Kerana itu jugalah, ada sesetengah dari kita yang menulis catatan hidupnya didalam diari atau mungkin juga blog. Ya, seperti yang aku lakukan ketika ini.

Hari ini mungkin kita sudah berkahwin dan dikuriakan seorang isteri atau suami yang baik dari segi paras rupa dan budi perkerti. Disanjung dan disukai oleh kedua ibu bapa, teman-teman dan orang sekeliling dan kita rasa kita adalah orang yang paling bertuah, bernasib baik dan berjaya. Sehinggalah kita terlupa tentang nasib beberapa teman yang tidak senasib dengan kita. Ya, mungkin teman kita tidak berjaya dan cemerlang seperti kita. Belum mendirikan rumahtangga dan masih tidak mampu untuk memiliki kediaman sendiri. Perlu diingat, bukan itu yang dipinta oleh mereka. Hanya kerana "mungkin", maka dia pun dilabel sebagai tidak bernasib baik seperti kita. Tidak ada siapa pun didunia ini yang mahu hidupnya tidak berjaya. Hatta, penagih dadah sekalipun tidak mahu tidak berjaya. 

Tetapi tidak mustahil dalam masa beberapa saat kemudian kita akan kehilangan kesemuanya. Kejayaan dan kecemerlangan hidup yang kita perolehi tadi. Dan yang lebih perit, mungkin kita terpaksa kehilangan orang yang kita sayang. Isteri atau suami. Ya, hidup kita pasti boleh berubah hanya dalam beberapa saat. Ini tidak pernah mustahil. Dan aku sangat yakin. Semua yang kita bangga dan kita sanjung. Dan dalam masa yang sama kita juga kehilangan kepercayaan dari teman-teman yang menyanjungi kita tadi. Pada ketika ini baru kita sedar dan terfikir akan nasib teman-teman yang tidak senasib dengan kita pada mula-mula tadi. Sepatutnya dari mula lagi kita harus beringat kerana segala apa yang ada didalam dunia ini adalah berkemungkinan. Oleh itu janganlah terlalu sombong dengan status bersifat sementara yang tuhan kurniakan kepada kita itu. Sebaliknya bersyukur dan berdoalah untuk mereka-mereka yang tidak senasib dengan kita.





Sebenarnya gua tengah sangat marah ni. Tapi Alhamdulilah, gua berjaya juga mengawal emosi dengan tak maki-maki dalam entri ni...

4 comments:

  1. aku suka entri ini.biasa la manusia,aku tolong dia,dia berlagak dgn aku,bila ada masalah jumpa balik aku,patut ke aku tolong?

    ReplyDelete
  2. Biasala Fadzilee, manusia. Mudah lupa. Orang macam ni abaikan saja. Kasi dia pengajaran sikit..

    ReplyDelete
  3. aku dh kawen.tp aku sgt setuju dgn entri ni.aku x pernah rasa aku dh ultimate sbb kawen beranak.tlg la sume org jgn blagak dgn apa yg ko ada ye.pinjaman je sume ni.tahniah kerana bjaya mengawal perasaan.aku macam bleh agak intonasi ko kalo mbaca teks di atas:)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. U berjaya mengawal amarah u dgn menyalurkan pd entry ni. I setuju dgn u. Kdg2 manusia ni lupa yg semua yg mereka ada cuma pinjaman.Dan mereka selalu lupa yg semua kejadian adalah ketentuan Allah. Selalu bertanyakan soalan yg jwpnnya ada padaNYA. Apa2pun kita tenang jelah kan. Sabar kan diri je.

    ReplyDelete