Tuesday, May 31, 2011

Ustazah dan Tiga T


Masa gua sekolah agama dulu, ustazah gua pernah berpesan, dia kata orang-orang yang penyabar, penyayang dan baik hati jer yang berani bermain dengan 3T ni...

Lagi dia pesan, kalau nak tau macam mana hebatnya tahap kesabaran seseorang tu, tengok lah pada enjen keretanya. Kalau jenis yang pakai enjen 3T, memang dia la orangnya. Dia lah pilihan terbaik dan sesuai.

Ustazah tu pesan lagi, kalau nak cari calun suami yang sesuai, yang pandai kemas rumah, yang penyabar, yang pembersih, tidak panas baran carilah mereka yang pakai ejen 3T.

Ini bukan cerita tipu. Ini cerita dari ustazah gua sendiri. Kalau dia tipu maknanya dia tipu anak murid dia la.

Contoh enjen 3T dengan twin side draft

Ok, ni ada sikit fakta-fakta kenapa gua gila pada 3T. Dan gua rasa ustazah gua pun suka juga.

  • Block dengan crankshaft standard dia boleh tahan sampai 900WHP ( terbukti kat Puerto Rico )

  • 3T boleh boost sampai 50PSI ( 5 BAR ) pun tak meletup lagi ( guna Alcohol atau Methanol, billet head + Piston & Conrod sesuai )

  • Block boleh rebore sampai 89mm tanpa sleeve ( stendet 85mm ) - jadi 1941CC ( 2.0L )

  • Cam ada satu je - tak banyak Toyota boleh guna lift tinggi sampai 16mm ( gila ke apa )

  • Valve ada 8 je - boleh oversize kaw-kaw sampai 45mm Intake / 38mm exhaust

  • Combustion chamber dia jenis HEMI ( dome bulat ) - sama macam Ford Hotrod engine

  • Nak port and polish senang nak mampus, sebab intake shape dia bulat je, exaust pulak segiempat

  • Kalu dah gila kuasa sangat, boleh bubuh Toyota HIACE van punya crankshaft - stroke tinggi CC besar lebih 2.0L

  • Enjin klasik Toyota yang pertama guna Crossflow design - very efficient

  • Enjin pertama Toyota yang betul-betul Bulletproof

..........................

Cuma problem dia performance parts tak ada jual kat Malaysia.

Gua harap makwe-makwe kat luar sana akan berebut, berpusu-pusu suka kat gua selepas mereka baca fakta-fakta tadi.

Jadi kebarangkalian dari apa yang telah gua kaji, bakal bini gua mungkin juga bukan orang Malaysia. Mungkin Kanada, Afrika Selatan, New Zeland, Ireland atau mungkin juga Jepun.

Ini semua hanya sekadar kemungkinan, makwe Malaysia masih boleh terus mencuba sekiranya mereka berminat. Tapi kena usaha lebih sikit la.

Jadi bersabarlah ye...


P/s. Terima kasih pada Wandy atas tipsnya!

Monday, May 30, 2011

Tak sempat nak reply sampai sekarang dan memori henpon dah penuh.



Roots Zine, akan tidur lena panjang ke? - Man Melaka.

Din, Cd Social Crime to ada lagi ke? RM6 yang cover besar to? Aku nak beli ni. Depan duduk sini depan duduk sana, kemana saja asal tak merbahaya... mari... mari...waahooyy - Zafran.

Bang Din, address? - Nini Skudai.

Esok Ulang tahun pertama The Wall. 1 Mei 2011, The Wall. Tiket RM15 + Free Stiker. Start 3pm. Menampilkan band-band DIY hardcore punk kesukaan ramai. DEWATA, TOXICTOY, DEAD IN PROTEST, RAHSIA, FACED OWN, JOHN THE MORON, LOW PROFILE and CHAOS BOMB. Penampilan istimewa bacaan puisi oleh JOHN D MADMAN and SENOPATI ZAREP. Juga terdapat jualan stuff-stuff DIY lokal ( cd / tape / vinyl / zine / t-shirt ). Jangan ketinggalan untuk sama-sama and merangsang perkembangan scene DIY tempatan. Kami sayang anda! Jumpa di sana. - 017- 7637935 ( entah siapa gua tak save no ni pulak )

Salam. Din stuff Wormrot dan Magnicide ada jual tak? cd / vinyl. - Man Melaka.

Salam Din. Nak tanya sikit, kau ada tak tape band Protest dan Descreate atau band Battle Of Disarm dalam koleksi kau yang nak tolak. Ada budak nak ni. - Amad Kulai.

Salam Din, tolong carikan buyer siapa nak Volvo 240 1JZ manual, absober baru, RSM, blow off Apexi, air filter HKS, rim 17". RM15k. - Remy 929.

Bro, nanti tolong tanyakan budak-budak. Aku nak jual Solex carb = RM750, Extractor Cusco 4-1 = RM750, clutch Exedy 3 kaki 95% = RM950. - Chaplin.

Assalamulaikum Din, Roots zine apa cerita sekarang? Tak keluar isu baru ke? - Razi Temerloh.

Hi bro, are you going to take the Aristo model kit on this week? i will be available for COD on this Sunday. - Lee Scale Projects.

Alarm saya berbunyi wak... You are most welcome. Hope this year lagi meaningful tuk awak... - AwakSaya Norhuda.

RM12 termasuk pos. But cdr siap lagi tiga, empat hari. Thanx you boss. - Borhan Bullwhip.

Ada pulak. Salah tu. 28 / 7 la. 7 / 8 / 10 pulak awak dapat cari saya. Haa, cepat-cepat save dalam memori. Jangan lupa lagi sudah la. Henpon ni bukan boleh percaya sangat. Mana tau hilang or rosak. Habis semua. - Norsyuhada SMKJ.



Alamat.


No 53, Kampung Kuala Kerpan,
Ayer Hitam 06150,
Alor Setar,
Kedah.




Sekian terima kasih.

Thursday, May 26, 2011

Despatch

Dah lama gua tak rasa scene hantar makwe pergi kerja. Dulu masa zaman-zaman gua kerja despatch dan zaman gua berhati rebel selalu juga gua hantar makwe gua pergi kerja.

Pukul lapan pagi gua dah bersiap-siap nak pergi pikap dia kat rumah. Sentiasa berdebar dan berkobar-kobar. Rasa macam orang nak pergi perang pun ada. 

Bau wangi makwe nak masuk pejabat memang buat gua rasa semangat.

Padahal naik motosikal buruk jer. Dia tak kisah pun. Memang buruk sangat motosikal tu. Makgad depan pun siap berlumut lagi. Cermin sisi belah kanan dah patah. Cukai jalan pun tak ada. 

Kalau hujan lebat kita orang akan berteduh dulu kat mana-mana bus stop. Kalau tak sempat berteduh jawabnya memang basah bersama-sama. Lencun seluar slack, kemeja dan baju kurung dia.

Tapi kita orang tak mengeluh pun. Tak bergaduh pun. Sentiasa senyum walau dalam keadaan basah kuyup. 

Tapi itu dulu...

Sekarang ni bila gua dah ada motosikal baru dan lengkap dengan cukai jalan, tak ada pula makwe yang gua perlu hantar ke tempat kerja. Tak ada pula makwe yang gua perlu pikap dari pejabat. Kalau tak nak naik motosikal, gua boleh hantar / pikap naik kereta. Gua sanggup. Maaf, tapi bukan dengan Cik Corona. Macam manapun gua masih juga tak berpeluang nak hantar makwe pergi kerja.

Setiap hari bila gua balik dari kerja malam, pagi-pagi tu bila gua singgah stesen minyak, terasa rebel pulak bila tengok pakwe hantar makwe pergi kerja. Yang makwe pulak lengkap dengan pakaian pejabat.

Kalau gua dapat undurkan masa, dah tentulah hari-hari gua akan hantar makwe gua dulu pergi kerja. Oh, ya, balik kerja pun kalau boleh gua nak  pikap juga.

Kalau boleh setiap kali masa gua pikap gua nak hadiahkan sekuntum bunga juga. Eh, dengan cokelat sekali.

Tapi semua tu sampai sekarang pun tak terjadi.

Semoga satu hari nanti Allah makbulkan doa gua untuk hantar makwe pergi kerja macam dulu-dulu...


Tuesday, May 24, 2011

SMS

Disatu malam masa gua tengah bosan tahap super selepas sehari suntuk terperap di rumah.

Gua : Hai, tengah buat apa? sibuk? dah makan?

Farid : Tak la, i free ni, you nak belanja ke?

Gua : Ok. I otw pikap you. Mana? The Zone? ke NY?

Farid : Ikut you la memana pun, i ikut je.

Sudahnya gua dengan Farid ke bengkel untuk melihat perkembangan Cik Corona. Ada belen masa sikit sebelum pukul dua belas gua singgah pula ke rumah bos Pohon Minda.

Dapat juga pekena teh o panas nipis kurang manis dan kueh sarang semut.

Bila jam dah hampir pukul satu pagi, gua pun berganjak balik.

................................

Itu sahajalah aktiviti gua untuk satu hari ini selain dari tido dari pagi membawa ke petang.

Dan sekarang gua nak sambung tido semula.


Monday, May 23, 2011

Mimpi ngeri.

Berpeluh-peluh juga sebenarnya mimpi kena paksa kawen dengan mak sendiri.

Gua pun tak tau apa aneh sampai boleh mimpi macam tu sekali. Dan yang paling tak bestnya bila mimpi tu melibatkan kawan baik makwe lama gua.

Ada ke patut mak gua paksa gua kawen dengan kawan gua tu sendiri. Sikit pun gua tak ada hati dan perasaan kat makwe tu.

Facebook makwe tu pun gua dah block. Kah kah kah.

Tapi dari sumber yang boleh dipercayai, gua dengar cerita makwe tu dah berkahwin. Alhamdulilah, dah selamat...

Sebenarnya gua lebih rela mimpi kena kejar dengan pontianak ke, jembalang ke, raksaksa ke, penangal ke. Mimpi eksiden pun gua boleh terima lagi.

Tapi jangan mimpi yang melibatkan hal kawen-kawen. Memang sangat menakutkan dan gua akan berpeluh-peluh!


Sunday, May 22, 2011

Tumbang.

Lu tau tak kenapa kalau time tengah kerja gua jarang korek hidung atau menggunakan sikat rambut? Risiko dia memang besar. Sekali kalau terkucil, jadilah macam gambar kat bawah ni.

Benda ni bukan main-main. Benda ni baru jer dua hari lepas berlaku. Punca sebenar masih belum diketahui. Tapi kejadian tumbang-tumbang macam ni memang sangat berpotensi untuk berlaku bila lu tak berapa nak alert dengan situasi dan fizikal sekeliling.

Benda-benda yang berkaitan dengan mengantuk, badan sengal-sengal, pening kepala, hidung tersumbat, gatal pada bahagian kaki dan sakit tekak pun sebenarnya boleh menjadi faktor berlakunya benda-benda macam ni.

Sebab tu kalau gua mengantuk, gua akan tidur sekejap. Dua, tiga jam pun jadilah. Kalau dah jadi benda macam ni, memang semua orang akan salahkan lu. Itu sudah pasti. Selain dari menjadi anggota polis dan bomba, sebenarnya menjadi pemandu kren pun berisiko tinggi juga.

Ok. Gua harap dalam konten tu tak berisi barang-barang half cut dari Jepun.



Kalau kontena Row Alfa yang jatuh, lepas tu hempap pulak driver PM, mesti lebih thrill kot.

Thursday, May 19, 2011

Kek Coklat

1. Satu cawan koko.
2. Dua cawan gula kasar.
3. Dua cawan tepung.
4. Satu cawan air suam-suam kuku.
5. Satu cawan susu cair.
6. Satu cawan butter ( kasi cair dulu )
7. Dua biji telur masin.
8. Satu sudu bicarbonat
9. Satu sudu baking powder atau bedak sejuk.

* Kalau nak lebih realistik dan sedap, boleh tambah dua batang gigi Timmi dan segengam ikan bilis.


Cara-cara.

Campurkan koko, tepung, gula kasar, baking powder atau bedak sejuk dan bicarbonat. Lepas tu godak semua bahan-bahan tadi sampai rata dan sebati.

Lepas tu masukkan air suam-suam kuku, susu cair, telur masin, butter didalam adunan tadi. Ulang langkah pertama tadi iaitu godak sehingga rata. Selagi tak rata jangan berhenti.

Boleh dikukus atau dibakar atau digoreng. Jika dibakar pastikan suhu pada 120 atau 130 darjah selsius. Tapi mungkin akan mengambil masa yang lama sedikitlah.

Suhu tu ikut sukalah. Untuk memastikan kek tadi dah masak ataupun belum, boleh jenguk setengah jam sekali. Kalau tak berapa konfiden boleh tenung kek tu lama-lama sampai ada perubahan. Jangan sesekali berganjak.

Kalau masih tak puas hati boleh cuba cucuk kek tu dibahagian tengah. Kalau dah masak biasanya dia tak melekat.

Kalau melekat maknanya dia belum masak, dan teruskan usaha untuk menunggu dan mencucuk. Ada sesetengah kes dua hari menunggu pun masih juga melekat. Dalam kes ni mungkin ada bahan yang terlepas pandang.

Nasihat gua, kalau nak buat kek coklat pastikan tidak ada sebarang gangguan. Tidak digalakkan buat kek coklat sambil overhaul enjen kereta atau menjahit baju.

Ok. Selamat mencuba.


Contoh kek coklat yang menjadi. Penat gua buat semalam!



Monday, May 16, 2011

Realistik

Gua kalau nak lari dari seseorang, gua tak gunakan alasan sibuk.

Gua akan gunakan alasan macam tengah gosok gigi ker, basuh jamban ker, sampu sampah ker, buat kereta kecik ker, tengah korek hidung ker, tengah bersin ker, demam campak, buat kek, menganyam ketupat, betulkan reban ayam, kasi ular makan, gaduh dengan raksaksa, tengah solat Jumaat, bancuh kopi, gali lubang kubur, mandikan jenazah jiran, kena sengat tebuan, tengah gaduh dengan pakwe / makwe, tengah mandi wajib, potong kuku, kena fire dengan otromen, tengah mandi, tengah update blog pun boleh jugak sebenarnya.

Alasan-alasan ni nampak lebih realistik sikit kan? kan?


Lettew de Langkawi

Dia suka lettew!
Amboiii, kemain!
Dia merajuk lettew!
Amboii, kemain!
Tayar dia pancit lettew!
Amboiii, kemain!
Dia marah lettew!
Amboii, kemain!
Dia pergi kerja naik basikal lettew!
Amboii, kemain!
Penat lettew!
Dia dapat banyak hadiah lettew!
Amboii, kemain!
Dia cemburu lettew!
Amboii, kemain!
Dia tak sayang kita lettew!
Amboii, kemain!
Dia baru bangun tido lettew!
Amboiii, kemain!
Dia suka kucing lettew!
Amboiii, kemain!
Nak kena cepuk lettew!

Pergi Terenganu beli selipar.

Gua pun tak tau entah macam mana gua dengan Farid Awaluddin boleh ada kat Terengganu hari tu. Minggu lepas gua cuma main-main jer cakap nak ke Terengganu, sekali boleh jadi betul-betul pula. Mana taknya, gua rasa dalam sebulan dua ni tiap-tiap minggu gua travel lebih dari 200 marhalah.

Ok, ini semua Jimbo punya hal. Gua dengan Farid tak berapa into sangat. Gua dengan Farid cuma teman dia jer. Tapi Farid merangkap seken driver. Gua duduk belakang habiskan Oreo. Kerja dia kena amik gambo rumah Tuan Syed. Siapa Tuan Syed lu jangan tanya sebab gua sendiri pun tak tau.

Yang gua tau dia dah agak berumur tapi bini cukup muda. Bini dia tua setahun dari gua. Ok. Jangan nak pertikaikan sangat. Ini soal jodoh.

Oh ya, yang gua tahu juga Tuan Syed masa zaman muda ada MR2 yang dah siap ditala sampai beratus-ratus kuasa kuda. Untuk kegunaan apa gua tak sure. Dia dengan Tengku Mahalil masa tu sama-sama pakai MR2. Masa zaman dia muda, pihak Toyota juga telah memberi kebenaran sekaligus memberi dia sebiji AE86 Trueno untuk perlumbaan. Dia juga pernah training untuk menjadi pemandu F1. Itu sedikit sejarah masa zaman muda dia. Tapi sekarang dia cuma memandu Camry sahaja. Tapi dari kias-kias cakap, dia memang ada R35.

Ok, berbalik pada tujuan asal tadi. Tuan Syed telah menyuruh Jimbo shoot gambo rumah dia. Gua pun tak tau atas sebab apa. Gua ada dengar-dengar projek ni untuk majalah. Tapi gua tak tau majalah apa benda. Yang pasti bukan majalah yang berkaitan dengan pemotoran dan masak-masak.

Itu kerja Jimbo yang Tuan Syed telah amanahkan. Kerja gua dengan Farid? ahhh, gua pun sebenarnya tak tau sangat apa benda nak buat kat rumah sebesar istana ni. Walaupun Tuan Syed kata buatlah macam rumah sendiri, tapi benda yang gua boleh buat adalah tido bangun, tido bangun, tido bangun. Begitulah seterusnya. Walaupun rumah ni besar, tapi sebiji tibi pun tak ada. Interne jangan cerita la. Orang kaya biasa kalau buat rumah memang jenis kadang-kadang jer balik. Selebihnya dia tido kat rumah lagi satu. Gua rasa rumah ni memang tak ada jiwa. Kesian. Semua bilik dalam rumah ni ada alat penghawa dingin. Lu ingat kalau dah tido senang ke nak bangun?

Oh, nasib baik tido malam tak ada gangguan. Kalau ada pun bunyi orang bedengkur mengalahkan bunyi mesin tebu. Sebab tu gua tak cukup tido sangat sepanjang gua kat Terengganu ni. Dalam kereta pun gua tak sempat nak tido jugak. Maknanya gua memang solid berjaga.

Belakang rumah memang ada laut. Jenis air biru dan pasir putih halus. Tapi spirit nak mandi memang tak ada. Sebab gua terlupa bawak bikini. Farid pulak memang jenis tak reti berenang. Swiming pool memang ada. Tapi macam gua cakap tadi, lupa bawak bikini. Apa kejadah nak mandi pakai boxer. Itu pun sehelai jer gua bawak. Tak. Sebenarnya gua segan kalau-kalau bini Tuan Syed yang muda tu nampak gua tengah mandi. Lelaki kalau tak hensem pun, kalau makwe nampak dia tengah mandi, boleh timbul rasa ghairah juga. Itu yang cuba gua elakkan sebenarnya.

Sementara tunggu Jimbo layan kerja-kerja dia, gua dengan Farid ada juga keluar dari rumah dan ronda-ronda sekitar Kuala Terengganu. Tanpa tujuan khusus. Lebih pada cuci mata, beli selipar dan keropok. Makwe area Terengganu ni pada gua tak jauh beza juga dengan makwe kat JB. Ramai juga yang jenis pakai tudung dengan baju dan seluar ketat. Yang tak bertudung pun ramai. Ahh, senang cerita pergi mana pun scene-scene macam ni tetap ada juga.

Dah, gua malas nak cerita panjang-panjang. Lu boleh tengok sendiri gambo yang gua shoot.






Jumpa gajah atas lori kat Endau.


Rumah Tuan Syed dari pandangan belakang.


Kerja dia makan sahaja.


Masa ni baru lepas subuh.







King of dengkur!



Dua-dua pun kuat berdengkur!


Dua-dua pun gemuk.


Satu Farid, lagi satu tu Jimbo.




Ini swimming pool Tuan Syed.


Nak terjun, tapi tak reti berenang.








Garu janggut konon!


Meja makan ni lagi mahal dari KE70.


Ruang tamu yang boleh sumbat enam biji kereta. Lebih pun boleh kot.


Tengahari makan jaggung jer. Jaggung untuk rakyat orang Terengganu kata.



Jangan sampai terselit celah gigi ok!





Belakang rumah Tuan Syed. Kalau gua memang dah berderet garaj kereta.





Kat Terengganu pun ada car wosh jugak woi!



Ini bukan KP61 atau KP60. Ini real punya kambing.


Ini bukan kambing Tuan Syed. Tapi gua jumpa kat apa nama tempat pun gua dah lupa. Tapi kat tepi jalan la.


Lukisan kat dinding tu dapat set rim SSR MK3.











Lu ingat tak berat ke pintu gate ni? kalau gua, gua dah buat gate pakai remote jer. Tak payah susah payah nak tolak-tolak.