Sunday, May 22, 2011

Tumbang.

Lu tau tak kenapa kalau time tengah kerja gua jarang korek hidung atau menggunakan sikat rambut? Risiko dia memang besar. Sekali kalau terkucil, jadilah macam gambar kat bawah ni.

Benda ni bukan main-main. Benda ni baru jer dua hari lepas berlaku. Punca sebenar masih belum diketahui. Tapi kejadian tumbang-tumbang macam ni memang sangat berpotensi untuk berlaku bila lu tak berapa nak alert dengan situasi dan fizikal sekeliling.

Benda-benda yang berkaitan dengan mengantuk, badan sengal-sengal, pening kepala, hidung tersumbat, gatal pada bahagian kaki dan sakit tekak pun sebenarnya boleh menjadi faktor berlakunya benda-benda macam ni.

Sebab tu kalau gua mengantuk, gua akan tidur sekejap. Dua, tiga jam pun jadilah. Kalau dah jadi benda macam ni, memang semua orang akan salahkan lu. Itu sudah pasti. Selain dari menjadi anggota polis dan bomba, sebenarnya menjadi pemandu kren pun berisiko tinggi juga.

Ok. Gua harap dalam konten tu tak berisi barang-barang half cut dari Jepun.



Kalau kontena Row Alfa yang jatuh, lepas tu hempap pulak driver PM, mesti lebih thrill kot.

3 comments:

  1. scary sial keja lu..bole masuk discovery channel neh

    ReplyDelete
  2. 2 3 jam celah gigi dia! tid0 kemain lama!

    ReplyDelete