Gua pun tak tau entah macam mana gua dengan Farid Awaluddin boleh ada kat Terengganu hari tu. Minggu lepas gua cuma main-main jer cakap nak ke Terengganu, sekali boleh jadi betul-betul pula. Mana taknya, gua rasa dalam sebulan dua ni tiap-tiap minggu gua travel lebih dari 200 marhalah.
Ok, ini semua Jimbo punya hal. Gua dengan Farid tak berapa into sangat. Gua dengan Farid cuma teman dia jer. Tapi Farid merangkap seken driver. Gua duduk belakang habiskan Oreo. Kerja dia kena amik gambo rumah Tuan Syed. Siapa Tuan Syed lu jangan tanya sebab gua sendiri pun tak tau.
Yang gua tau dia dah agak berumur tapi bini cukup muda. Bini dia tua setahun dari gua. Ok. Jangan nak pertikaikan sangat. Ini soal jodoh.
Oh ya, yang gua tahu juga Tuan Syed masa zaman muda ada MR2 yang dah siap ditala sampai beratus-ratus kuasa kuda. Untuk kegunaan apa gua tak sure. Dia dengan Tengku Mahalil masa tu sama-sama pakai MR2. Masa zaman dia muda, pihak Toyota juga telah memberi kebenaran sekaligus memberi dia sebiji AE86 Trueno untuk perlumbaan. Dia juga pernah training untuk menjadi pemandu F1. Itu sedikit sejarah masa zaman muda dia. Tapi sekarang dia cuma memandu Camry sahaja. Tapi dari kias-kias cakap, dia memang ada R35.
Ok, berbalik pada tujuan asal tadi. Tuan Syed telah menyuruh Jimbo shoot gambo rumah dia. Gua pun tak tau atas sebab apa. Gua ada dengar-dengar projek ni untuk majalah. Tapi gua tak tau majalah apa benda. Yang pasti bukan majalah yang berkaitan dengan pemotoran dan masak-masak.
Itu kerja Jimbo yang Tuan Syed telah amanahkan. Kerja gua dengan Farid? ahhh, gua pun sebenarnya tak tau sangat apa benda nak buat kat rumah sebesar istana ni. Walaupun Tuan Syed kata buatlah macam rumah sendiri, tapi benda yang gua boleh buat adalah tido bangun, tido bangun, tido bangun. Begitulah seterusnya. Walaupun rumah ni besar, tapi sebiji tibi pun tak ada. Interne jangan cerita la. Orang kaya biasa kalau buat rumah memang jenis kadang-kadang jer balik. Selebihnya dia tido kat rumah lagi satu. Gua rasa rumah ni memang tak ada jiwa. Kesian. Semua bilik dalam rumah ni ada alat penghawa dingin. Lu ingat kalau dah tido senang ke nak bangun?
Oh, nasib baik tido malam tak ada gangguan. Kalau ada pun bunyi orang bedengkur mengalahkan bunyi mesin tebu. Sebab tu gua tak cukup tido sangat sepanjang gua kat Terengganu ni. Dalam kereta pun gua tak sempat nak tido jugak. Maknanya gua memang solid berjaga.
Belakang rumah memang ada laut. Jenis air biru dan pasir putih halus. Tapi spirit nak mandi memang tak ada. Sebab gua terlupa bawak bikini. Farid pulak memang jenis tak reti berenang. Swiming pool memang ada. Tapi macam gua cakap tadi, lupa bawak bikini. Apa kejadah nak mandi pakai boxer. Itu pun sehelai jer gua bawak. Tak. Sebenarnya gua segan kalau-kalau bini Tuan Syed yang muda tu nampak gua tengah mandi. Lelaki kalau tak hensem pun, kalau makwe nampak dia tengah mandi, boleh timbul rasa ghairah juga. Itu yang cuba gua elakkan sebenarnya.
Sementara tunggu Jimbo layan kerja-kerja dia, gua dengan Farid ada juga keluar dari rumah dan ronda-ronda sekitar Kuala Terengganu. Tanpa tujuan khusus. Lebih pada cuci mata, beli selipar dan keropok. Makwe area Terengganu ni pada gua tak jauh beza juga dengan makwe kat JB. Ramai juga yang jenis pakai tudung dengan baju dan seluar ketat. Yang tak bertudung pun ramai. Ahh, senang cerita pergi mana pun scene-scene macam ni tetap ada juga.
Dah, gua malas nak cerita panjang-panjang. Lu boleh tengok sendiri gambo yang gua shoot.
Jumpa gajah atas lori kat Endau.
Rumah Tuan Syed dari pandangan belakang.
Kerja dia makan sahaja.
Masa ni baru lepas subuh.
King of dengkur!
Dua-dua pun kuat berdengkur!
Dua-dua pun gemuk.
Satu Farid, lagi satu tu Jimbo.
Ini swimming pool Tuan Syed.
Nak terjun, tapi tak reti berenang.
Garu janggut konon!
Meja makan ni lagi mahal dari KE70.
Ruang tamu yang boleh sumbat enam biji kereta. Lebih pun boleh kot.
Tengahari makan jaggung jer. Jaggung untuk rakyat orang Terengganu kata.
Jangan sampai terselit celah gigi ok!
Belakang rumah Tuan Syed. Kalau gua memang dah berderet garaj kereta.
Kat Terengganu pun ada car wosh jugak woi!
Ini bukan KP61 atau KP60. Ini real punya kambing.
Ini bukan kambing Tuan Syed. Tapi gua jumpa kat apa nama tempat pun gua dah lupa. Tapi kat tepi jalan la.
Lukisan kat dinding tu dapat set rim SSR MK3.
Lu ingat tak berat ke pintu gate ni? kalau gua, gua dah buat gate pakai remote jer. Tak payah susah payah nak tolak-tolak.
gambo lu apasal kureng?
ReplyDeletegua merangkap kandid kameraman la.
ReplyDeletelu jangan sampai gua rekod lu punye dengkur masa tido
ReplyDeletepared, lu rekod aje...
ReplyDeletegua nanti rekod time dia pegang stereng. kalah orang tengah klimaks..kahkahkah!
gigi jarang pun ada hati nak makan jagung. din, din...
ReplyDeletebabi!farid makan lagi bersepah la!
ReplyDeletegua makan bersepah sebab tengah kosentret majalah bangsawan.
ReplyDelete