Tuesday, May 31, 2011

Ustazah dan Tiga T


Masa gua sekolah agama dulu, ustazah gua pernah berpesan, dia kata orang-orang yang penyabar, penyayang dan baik hati jer yang berani bermain dengan 3T ni...

Lagi dia pesan, kalau nak tau macam mana hebatnya tahap kesabaran seseorang tu, tengok lah pada enjen keretanya. Kalau jenis yang pakai enjen 3T, memang dia la orangnya. Dia lah pilihan terbaik dan sesuai.

Ustazah tu pesan lagi, kalau nak cari calun suami yang sesuai, yang pandai kemas rumah, yang penyabar, yang pembersih, tidak panas baran carilah mereka yang pakai ejen 3T.

Ini bukan cerita tipu. Ini cerita dari ustazah gua sendiri. Kalau dia tipu maknanya dia tipu anak murid dia la.

Contoh enjen 3T dengan twin side draft

Ok, ni ada sikit fakta-fakta kenapa gua gila pada 3T. Dan gua rasa ustazah gua pun suka juga.

  • Block dengan crankshaft standard dia boleh tahan sampai 900WHP ( terbukti kat Puerto Rico )

  • 3T boleh boost sampai 50PSI ( 5 BAR ) pun tak meletup lagi ( guna Alcohol atau Methanol, billet head + Piston & Conrod sesuai )

  • Block boleh rebore sampai 89mm tanpa sleeve ( stendet 85mm ) - jadi 1941CC ( 2.0L )

  • Cam ada satu je - tak banyak Toyota boleh guna lift tinggi sampai 16mm ( gila ke apa )

  • Valve ada 8 je - boleh oversize kaw-kaw sampai 45mm Intake / 38mm exhaust

  • Combustion chamber dia jenis HEMI ( dome bulat ) - sama macam Ford Hotrod engine

  • Nak port and polish senang nak mampus, sebab intake shape dia bulat je, exaust pulak segiempat

  • Kalu dah gila kuasa sangat, boleh bubuh Toyota HIACE van punya crankshaft - stroke tinggi CC besar lebih 2.0L

  • Enjin klasik Toyota yang pertama guna Crossflow design - very efficient

  • Enjin pertama Toyota yang betul-betul Bulletproof

..........................

Cuma problem dia performance parts tak ada jual kat Malaysia.

Gua harap makwe-makwe kat luar sana akan berebut, berpusu-pusu suka kat gua selepas mereka baca fakta-fakta tadi.

Jadi kebarangkalian dari apa yang telah gua kaji, bakal bini gua mungkin juga bukan orang Malaysia. Mungkin Kanada, Afrika Selatan, New Zeland, Ireland atau mungkin juga Jepun.

Ini semua hanya sekadar kemungkinan, makwe Malaysia masih boleh terus mencuba sekiranya mereka berminat. Tapi kena usaha lebih sikit la.

Jadi bersabarlah ye...


P/s. Terima kasih pada Wandy atas tipsnya!

8 comments:

  1. nanti gua cerita pasal guru kaunseling dan A15 pulak

    ReplyDelete
  2. ustazah lu tak mau propose kat lu ke ?

    ReplyDelete
  3. sori bro nyampuk sikit...50 psi bukan sama dengan 5 bar..lebih kurang 3.45bar je..

    ReplyDelete
  4. Haha tu ustazah mana yg cakap Din? Cuba habaq mai kat aku. Ustazah Mahanum ke? Ustazah Hasnah bini Ustat Osman? Heheh

    ReplyDelete
  5. I аlwаys spent my half аn hour tο read thiѕ weblog's articles or reviews everyday along with a mug of coffee.

    My blog ... unlock iphone telstra

    ReplyDelete