Tuesday, January 29, 2013

Tiga Puluh Empat


Pejam celik, pejam celik kejap je dah 28 Januari. Pejam celik, pejam celik dah lama juga rupanya aku tak update blog sejak dah ada teman baru. Teman yang selalu aku bawa kemana-mana. Teman yang lebih rapat dari seorang makwe. Teman yang baru aku beli tengah bulan hari tu.

Pejam celik, pejam celik dah genap rupanya umur aku 24 tahun. Alhamdulilah, tuhan masih panjangkan umur aku untuk terus mengabdikan diri padaNya. Syukur. Sekaligus tuhan masih beri aku peluang untuk menerokai sifat-sifat wantia dan sekaligus menangkap mereka untuk dijadikan suri dalam hidup berumahtangga ( apa kepala bana ayat aku ni? ).

Pejam celik, pejam celik dah 24 tahun tapi tuhan masih belum makbulkan doa aku untuk merasai nikmat malam pertama dan malam Jemaat bersama seorang isteri. Seorang makwe yang sah yang mana boleh tolong urutkan bahu dan badan aku bila solid balik dari kerja. Aku tenang juga menanti nikmat yang entah bila akan aku nikmati itu.

Pejam celik, pejam celik setiap tahun orang pertama yang wish selamat hari lahir pada aku melalui pesanan ringkas adalah orang yang sama aku kenal sejak hampir empat belas tahun dulu. Aku pun pelik sebenarnya. Terima kasih tuhan kerana memberikan daya ingatan yang kuat pada mereka-mereka yang pernah membahagiakan hidup ini walau untuk seketika cuma. Aku bersyukur biarpun tidak hidup bersamanya. Kepada makwe baru jangan cemburu, awak sebenarnya boleh buat lebih baik dari yang terdahulu jika awak mahu. Malahan awak ada kelas awak yang tersendiri.

Okey. Tak elok sedih-sedih. Yang berlalu biarkan dia berlalu.

Tahun ni aku ada tempah satu kek power sempena hari lahir aku yang ke dua puluh empat. Tempah sendiri dengan kawan-kawan. Keluar duit sendiri. Tak ada sponsor, tak main hadiah-hadiah. Aku bukan budak umur lima belas tahun yang masih mengharap hadiah dari kawan-kawan. Aku pun tak tahu macam mana boleh datang idea nak tempah kek. Ini kali pertama. Biasa aku beli kek biasa je. Tak pelik dan tak ada bentuk yang bukan-bukan.

Banyak sangat pejam celik pejam celiknya. Entah bila agaknya nak pejam tak celik-celik. Itulah, mati itu pasti, mendirikan rumahtangga itu Insyallah.

Sebenarnya aku dah tak ada idea nak teruskan entri ni pasal perut aku sakit dan yang sebenarnya aku update entri ni cuma menggunakan telefon bimbit. Itulah dia teman baru aku yang lebih rapat dari seorang makwe. Bukan nak riak tapi sesekali nak juga gunakan teknologi dihujung jari. Hehehe



SSR Mesh 15x10 dengan tayar 205 / 50 / 15. Nampak tak dia punya stretch?

Sebenarnya aku memang ada masalah fobia potong kek. Setiap tahun, setiap kek yang aku beli semua mak aku yang tolong potong. Sebab apa? sebab dia yang melahirkan aku.

Inilah hasilnya bila rim SSR Mesh tadi selepas dipotong. Tak tahulah masih boleh direpair lagi atau pun tidak.

P/s. Terima kasih pada http://mamanur-bakery.blogspot.com/ untuk kek yang ohsem ni!




8 comments:

  1. mulanya konpius juga tgk kek ni bentuk apa.. baru tau bentuk tayar rupanya..

    dah wish entry yg lepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Tapi sayang dah kena potong! terima kasih, terima kasih!

      Delete
  2. Hoho ! happy birthday bro. moge impian tuan hamba untuk beristeri akan dimakbulkan tidak lama lagi. gerun pulak tengok kek tayar tu. tapi saya rasa kalau makan kek tu mesti hilang rasa gerun kan ? mesti enak tak terkata kan? kihkih.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari kejadian encek din.....Sempoi kek tayar.;p

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir din :)

    ReplyDelete
  5. eh betul ke 24 tahun. bukan dah 30 tahun ni. ermm konpius

    ReplyDelete