Thursday, January 17, 2013

Manusia hidup didunia lipas atau lipas hidup didunia manusia?


Aku ni memang jarang mengadu nasib pasal kerja dalam blog. Sejak aku mula meng'blog'kan diri pada awal tahun 1990 dulu, tak pernah ada satu entri pun aku cerita hal-hal yang berkaitan dengan masalah tempat kerja. Aku tak minat sangat sebenarnya nak cerita pasal kerja aku pada masyarakat. Terutamanya cerita yang tak sedap. Maklum sajalah, kerja aku ni merbahaya dan berat. Aku risau bila masyarakat baca nanti boleh jadi gayat. Tapi kali ni aku terpaksa luahkan juga. Dah tak boleh tahan sampai siang malam tido lengan letak atas dahi. Mujurlah aku ni ada blog. Kalau tidak tak tahulah aku nak mengadu dengan siapa.

Kita semua sedar, masyarakat pun sedar, lipas bukanlah satu haiwan yang comel, yang boleh diusap kepala dan lehernya. Apatah lagi untuk dimanja-manjakan dan diberi nama timangan. Lipas bukanlah haiwan yang boleh digendong kehulur hilir ditengah bandar seperti kucing. Dalam kepala masyarakat, lipas adalah satu haiwan yang kalau jumpa perlu dipijak-pijak sampai lumat, sampai hancur. Pendek kata, lipas adalah haiwan yang tidak patut hidup didunia ini bersama-sama manusia. Lipas perlu hidup diplanet lain, jauh dari manusia.

Tapi bagi aku, seorang lelaki yang belum berumahtangga, lipas adalah satu makhluk ciptaan Allah yang unik dan perlu juga dilindungi bila perlu. Tidak semua kejadian lipas itu buruk dan keji bagi mereka yang mahu berfikir. Setiap makhluk dalam dunia ini dicipta dengan bersebab dan ada tanggungjawabnya sendiri. Tak ada satu ciptaan pun didalam dunia ini yang sia-sia melainkan ada hikmah dan kerjanya yang tersendiri.

Sebenarnya masyarakat masih tak sedar dan malas pula untuk berfikir. Tuhan jadikan lipas dalam kehidupan manusia adalah untuk memberi kesedaran pada manusia itu sendiri untuk menjaga kebersihan. Jika satu-satu tempat itu bersih, In Sya Allah lipas pun tak hingin hidup bersama manusia. Tapi masyarakat selalu ambil tindakkan mudah. Nampak lipas bunuh, nampak lipas pijak. Tak pernah terfikir pun cara untuk membenteras lipas dengan lebih efisyen. Lipas ni kalau engko bunuh hari-hari pun dia tetap tidak akan pupus. Lipas dah wujud sejak zaman dulu kala lagi. Sebelum mak bapak engko lahir, lipas dah ada berjuta-juta keturunan.

Aku ni bukan apa, kadang-kadang heran dengan perangai manusia-manusia yang hari-hari bawak kren kat tempat kerja aku ni. Siang, malam, pagi dan petang mengeluh kesah kren banyak lipas. Tindakkan paling mudah adalah dengan membunuh lipas-lipas tersebut. Kalau sejuta kali bawak kren yang ada lipas, sejuta kali jugalah engko terpaksa bunuh lipas. Dalam dalam kren tu ada lapan juta lipas, lapan juga lipas la engko kena bunuh. Tapi sisa makanan, minuman, plastik, habuk rokok tak pernah pun engko terfikir untuk buang dan bersihkan. Naik kren terus angkat kontena. Paling tidak pun kasi bersih dululah kabin kren biar selesa sikit buat kerja. Bila kabin bersih, lipas pun segan nak hidup dalam tu. Bila lipas segan, lama kelamaan, lipas pun berpindah dari situ. Sekaligus kabin menjadi bersih dan bebas dari belenggu lipas. Bukankah kebersihan itu sebahagian dari iman, walaupun kekotoran itu bukan kita yang buat. Tuhan nak kasi pahala ni kadang-kadang dengan kerja yang cukup mudah. Kutip sampah dan buang pada tempat yang betul. Mudah kan?

Yang hisap rokok, yang minum air kotak, yang makan jajan, yang buat kek kat kren tu pun manusia juga. Bukan lipas, bukan lalat malahan bukan juga gajah. Lipas kalau hisap rokok, puntung rokok tu pun dia makan. Kalau lipas minum air kotak, dengan kotak tu pun sekali dia makan. Lipas bukan macam manusia suka tinggal-tinggal sisa makanan. Tapi masyarakat ni bengap sikit. Kalau minum air kotak, airnya sahaja diminum dan kotaknya dibuang merata-rata. Begitu juga dengan rokok. Habuk dan puntungnya dibuang, asap dan penyakitnya sahaja disedut. Kemudian dengan bangga dan konfidennya menyalahkan lipas. Sehina-hina lipas, lipas tak pernah memudaratkan kesihatan diri sendiri dengan menghisap rokok.

Benda-benda macam ni pun masyarakat tak boleh nak fikir. Kalaulah tuhan jadikan lipas ni dengan mempunyai ibu jari tengah, aku fikir dah lama manusia kena fuck dengan lipas hari-hari. Lipas ni walaupun masyarakat pandang hina, tapi bilik tidur dia, rumah dia tak bersepah pun. Yang suka buat sepah dan suka tengok tempat bersepah ni manusia je. Sebenarnya bukan lipas yang hidup didalam alam manusia, tapi manusia itu sendiri yang hidup didalam dunia lipas. Pengotor dan pemalas. Macam Timmi. 



5 comments:

  1. x bagitau pun lipas ada bape jenis..

    ReplyDelete
  2. update la selalu blog.. saya suka baca..

    ReplyDelete
  3. timmi jugak yg dapat nama

    ReplyDelete
  4. makan dalam sungguh.haha..
    bagus nye..susah nak jumpe lelaki yang pembersih tahap mcm ni..
    bagus buat menantu ni..nanti gua dah ade anak perempuan, gua suruh die minang lu..

    ReplyDelete