Ahah, time-time nak raya nilah baru spirit nak mengemas bilik tu datang. Time hari biasa memang tak pernah nak ambil kisah sangat. Sekadar maintain kasi bersih sahaja. Tapi time nak raya ni banyak barang kena selongkar dan kena susun semula. Mana yang rasa-rasa dah tak pakai tu kena kasi keluar. Bilik besar sekangkang kera gua ni dah tak mampu nak menampung beban yang berlebihan. Banyak juga barang kena keluarkan.
Tapi bila gua imbas balik barang-barang tadi, banyak juga barang-barang yang berstatus tak pakai tu datangnya dari pemberian tunang gua dulu. Memang la! lima tahun dulu gua pernah bertunang. Jangan buat-buat terperanjat pula. Ada yang kena cepuk dengan gua nanti.
Kebanyakkan barang-barang yang tunang gua bagi ni lebih bersifat kenangan. Tak guna pun tak kisah. Jadi, dari gua buang atau letak kat luar berhujan berpanas, ada baiknya juga gua jual. Bukanlah sebab gua nak pakai duit sangat ke apa. Tapi gua rasa mungkin ada kawan-kawan kat luar sana yang memerlukan barang-barang tadi. Kesemua barang-barang tadi tak rosak pun. Masih boleh diguna pakai.
Nak kata sayang tu memang la sayang. Ada barang yang dah berumur lebih dari sepuluh tahun. Kalau disimpan pun sekadar membinasakan badan dan memori nak buat apa. Elok juga gua jual. Dapat duit boleh juga gua buat bayar zakat fitrah tahun ni.
Songkok tinggi. Beli kat Kota Tinggi. Baru dan masih belum dipakai.
Kalau ada yang berminat aku jual pakage dengan reben sekali. Nak terus recycle buat hantaran pun boleh.
Tuala Esprit. Masih dalam kotak. Juga masih belum diguna pakai. Kalau kat kedai harga lebih kurang RM50.
Vans Of The Wall. Asli Made In USA. Tak ada kena mengena dengan tunang. Tapi dulu aku beli ingat nak hadiahkan bakal makwe baru. Tapi sampai sekarang masih tak ada makwe baru.
Size 7. Memang sesuai untuk makwe-makwe metropolitan yang lasak dan selalu kena kejar anjing masa balik kerja. Kasut ni ringan.
Kotak kasut Esprit yang tunang aku bagi.
Tapi dalam dah berisi kaset. Ini semua koleksi tunang aku. Dia dah tak dengar sangat sebab tu dia kasi aku. Pilihlah mana tahu ada yang berkenan. Kebanyakkannya memang agak rare.
Kau kena zoom la kalau nak tengok tajuk dia. Aku malas nak guna lensa mikro.
Ini kotak kasut Elle. Tunang aku memang banyak berhabis duit beli kasut yang mahal-mahal. Eh, bukan kebanyakkan makwe memang macam tu ke?
Tapi dalam dah berisi kaset juga. Koleksi yang ini lebih rare dari yang atas. Tapi harap maklumlah semua kaset ni kalau dibeli dalam memang ada tandatangan tunang aku. Sebab asalnya memang khazanah dia.
Aku rasa tak ramai budak punk moden ada kaset ni. Parkinson Demo 2002. Kau kira sendiri la dah berapa tahun benda ni. Yang ini lebih rare sebab dalam tu ada ucapan selamat hari lahir yang telah ditulis dan ditandatangani oleh vokalis Parkinson sendiri iaitu Jimbo. Offer aku harga yang sedap-sedap sikit la kalau berminat.
Buat sementara ni gua post mana yang ada jer dulu, nanti kalau ada lagi gua kasi update la. Sebenarnya memang ada banyak lagi. Tu belum masuk kasut tumit tinggi, kain pelikat, kain ela, tudung, telekung, sejadah dan entah apa-apa lagi. Cuma cincin jer yang gua masih berkira-kira lagi. Nak jual ke tak nak. Tengoklah, kalau dah terdesak nanti macam mana. Tak pun gua simpan sahaja, kitar semula untuk pertunangan akan datang. Jimat sikit belanja nanti.
Entahlah, gua tak tahu nak cerita apa benda lagi. Kalau ada rasa berminat jangan segan silu untuk kontek gua. Harga kita runding nanti. Kalau gua letak terus harga kat sini rasa macam tak sedap pula.
syaitan.. bila lu cuti ni.. gua nak dtg borong kaset... songkok pun gua booked!!
ReplyDeletekalau terdesak, kita trade dengan kuih dan kek raya..
ada baiknya jual dengan gua, sekurang-kurangnya kalau lu KLMJ balik, lu boleh datang rumah gua cium kaset2 dia ni....
ReplyDeletekalau lu jual dengan zafran, nak ke KL jauh..
0h.Dah pernah bertunang rupanya.
ReplyDeleteparkinson tuh. rare betul.
ReplyDeletekasut vans tu power, sygnya tunang gua saiz 4 pula kaki dia.
gua nak power of idea & parkinson!!
ReplyDeleteserius buyer ni!!
spinningbrain@gmail.com
hai din...raya ni ada kt jb?aku blk kg...kaset aku mau angkat mana yg xde or nk duplicate...hehehe...
ReplyDelete-talibxjoe-
DVD gua lu jgn jual pulak. Pulangkan nanti datang raya.
ReplyDeletetuala tu sure dah reput. Rasa sayu lak baca entry ni.
ReplyDeletetunang lu takde bagi stereng Nardi ke?
ReplyDeleteStereng nardi yang kat Cik Corona tu tunang gua bagi la tu!
ReplyDeletepm gua rege kasut vans tu!
ReplyDeleteAwak! lara selalu kena kejar anjing balik keje... let go ke lara ye vans tu?
ReplyDeletehello bro..
ReplyDeletetape power of idea,reonstruct - horror of extermination,chenta tiada restu masih ada??
TQ..
Hеy, I think your websitе might bе haνing browsеr compatibilіty issues.
ReplyDeleteWhеn I look at your webѕitе in Firefoх, it looks
fine but when оρеning іn Internet Eхplоrеr,
іt hаs some oνегlapping.
I just wаntеd to gіve уou a quick hеаds uρ!
Othеr then thаt, amazіng blоg!
Revieω my ωeblog - jailbreak iphone