Aku harap dia lebih selesa dari semalam. Dengan air yang lebih jernih dan segar.
Siap ada pokok hidup lagi untuk membekalkan oksigen lebih banyak dalam air.
Sekejap-sekejap jer dia jenguk leher keluar.
Setiap tetamu baru yang menginap dalam rumah ini perlu la diraikan. Gua rasa makin nak menjelang raya ni, makin banyak pula haiwan baru masuk rumah. Mungkin petanda murah rezeki kot. Mana yang okey gua simpan. Mana yang agak tak konfiden gua biar dia pergi.
Ular air kat atas ni atau lebih tepat dengan nama Puff Face Water Snake kawan gua kat Melaka yang jumpa. Yang gua pelik sampai sekarang, apahal ular yang duduknya dalam air ni boleh tersadai depan pintu bilik rumah dia. Sedangkan rumah kawan gua tu memang jauh dari kolam, tasik atau parit. Kalau dekat pun, apahal dia boleh menjalar jauh sampai depan pintu bilik tanpa laluan air? hairan betul gua.
Dia kasi gua sebab bini dia bising-bising tak kasi dia simpan. Lagi pun dia tak konfiden ular ni species apa. Gua sendiri pun ambil masa lebih kurang sebulan untuk kenal pasti species ular ni. Maklumlah benda datang sendiri ke rumah. Kalau beli kat kedai tu lain cerita la. Lagi pun siapa sangka ular yang datang ni ular air?
Bila semua benda dah konfiden, gua pun datang semangat nak simpan dan decorate rumah baru untuk ular ni. Ringkas sahaja. Tak perlu ruang yang besar. Balang, sedikit pasir dan pokok air sudah memadai. Gua siap letak benda ni kat ruang tamu lagi. Ular ni tak ada bisa. Makannya pun ikan sahaja. Senang nak maintain. Kos tak tinggi.
Entah itu sahaja gua nak cerita. Tak tahu nak tambah apa benda lagi. Opssss, kepada sesiapa kalau-kalau ada terjumpa atau ada ular masuk rumah, jangan dipukul. Kalau konfiden boleh pegang dan tak garang, cepat-cepat hubungi gua. Kalau berkenan gua akan jadikan anak angkat. Sekian terima kasih.
cayalahh...
ReplyDeletemimpi patuk ular pulak macam mana cilaka?
ReplyDelete