Tuesday, August 16, 2011

Hikayat terlupa bawa henfon.


Subuh sekarang ini dah lambat. Sedangkan gua perlu bergegas ke tempat kerja. Jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerja lebih kurang empat puluh lima minit dengan motosikal. Bukanlah satu kerja yang menyenangkan. Walau macam mana pun gua perlu juga selesaikan subuh kemudian baru ke tempat kerja. Bila subuh selesai barulah berlapang masa.

Capai posh beg, start motosikal kemudian terus bergerak dengan hati yang senang. Di suku pertengahan jalan gua rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Seperti ada kekurangan. Posh beg rasa macam ringan dan tidak membonjol seperti selalu. Cis! baru gua perasan, lepas solat tadi terlupa pula nak capai telefon bimbit yang gua tengah charge. Serta merta gua terus berhentikan motosikal. Berfikir sejenak. Nak patah balik ke nak teruskan perjalanan. Masih juga tidak ada sebarang keputusan.

Akhirnya gua tawakal sahaja ke tempat kerja tanpa membawa telefon bimbit. Kalau gua berpatah balik, dah tentulah gua akan samapi lewat ke tempat kerja. Sambil bawa motosikal gua berfikir, "orang dulu-dulu merantau jauh-jauh tak bawa telefon bimbit pun". Jadi gua tak perlu risau apa. Tawakal sahaja pada yang berkuasa.

Separuh perjalanan gua terfikir lagi "andai tiba-tiba motosikal ini mengalami kerosakkan seperti tayar bocor ke, rantai putus ke, macam mana agaknya gua nak menghubungi tempat kerja?" nak meminta pertolongan? Ahh sudah, tak pasal-pasal nanti gua kena LC / WN. Okey, gua tawakal lagi sambil baca-baca doa agar dipermudahkan perjalanan gua sehingga sampai ke destinasi. Dan Alhamdulilah akhirnya sampai juga dengan selamat.

Sebenarnya ini adalah merupakan pegalaman kedua gua tertinggal telefon bimbit. Pertama kali dulu agak kucar kacir juga. Masalahnya dalam dunia serba moden seperti sekarang ini, peranan telefon bimbit sudah menjadi satu keperluan. Kalau tertinggal atau tidak punya telefon bimbit pasti akan dianggap ketinggalan zaman dan menyusahkan. Lagipun telefon bimbit versi moden sekarang ni fungsinya bukan sekadar untuk membuat dan menerima panggilan. Malahan melangkaui sehingga mampu menonton perlawanan bola sepak dan gusti atas katil serta mampu mendengar radio. Telefon bimbit versi moden juga kebanykkannya sudah menjadi seperti diari untuk menyimpan data-data penting pengguna. Jenis kalau tertinggal atau hilang, confirm mengelabah!

Namun bagi gua, kepentingan telefon bimbit masih lagi terbatas kerana gua masih lagi tidak berupaya untuk membeli telefon bimbit yang berteknologi tinggi. Sekadar apa yang termampu. Membuat dan menerima panggilan, mendengar radio, menghantar pesanan ringkas, ber Facebook dan juga Twitter. Itu sudah memadai bagi golongan lelaki seperti gua.

Masalahnya sekarang ini gua tak ada hiburan masa bekerja tahu? gua perlukan radio untuk mengurangkan tekanan semasa bekerja. Kontena yang gua angkat ni bukan calang-calang berat dia. Bila ada radio, dapat dengar lagu-lagu raya baru rasa bersemangat sikit nak kerja. Bila datang semangat, secara tak langsung tekanan semasa bekerja pun dapat dikurangkan. Menurut firasat gua la. Hiburan semasa bekerja tu penting juga sebenarnya.

Namun ada baiknya juga sebenarnya bila gua tertingal telefon bimbit. Secara tidak langsung gua dapat memberi tumpuan dan sepenuh komitmen pada kerja. Kalau ada telefon bimbit sikit-sikit nak kena balas sms, sikit-sikit nak jenguk telefon, sikit-sikit nak online Facebook dan Twitter. Kadang-kadang melalaikan juga. Kadang-kadang sampai bising lori-lori kat bawah sebab gua lambat angkat kontena.

Sampai rumah, gua on telefon bimbit, tengok-tengok cuma ada tiga pesanan ringkas dan satu panggilan tidak dijawab. Ok, gua terus off semula. Cilaka, sehari suntuk gua tertinggal telefon bimbit, tiga orang sahaja yang cari gua? serupa juga macam tak ada telefon. Haih.

Tak best langsung entri ni!


3 comments:

  1. Takkan lah tiga-tiga henset tertinggal!

    ReplyDelete
  2. Kurg2nya ada gak 3 org yg ingat kat u kan. Syukurlah k.

    ReplyDelete