Wednesday, August 17, 2011

Entri konon sedih tak bertajuk.


Memanglah, orang kata cinta itu mengasyikkan, cinta itu menghayalkan, menyeronokkan dan sedap. Lebih sedap dari nikmat perasaan lepas berak. Bila dah sedap apa halangan pun tak jadi masalah. Semuanya bisa ditempuh dengan senyuman. Kadang-kadang kena terajang pun tak rasa sakit. Sebab ada cinta. Memang ajaib juga penangan cinta ni. Cinta membuatkan seorang itu jadi kuat dan berani. Kalau tidak masakan Bilal bin Rabah dengan konfidennya berani meludah berhala Latta dan Uzza depan Abu Jahal setelah dia bertawakal hidup dan mati hanya pada Allah yang sangat dicintai? ingat tak bahaya? tak mencabar? Diseksa macam mana pun dia tetap dengan pendiriannya. Ini baru real penangan cinta. Cinta kepada maha pencipta.

Ahhh, lu ingat gua tak pernah bercinta? ingat gua tak ada pengalaman? lu ingat manusia kudus macam gua tak pandai mengurus cinta? hah! lu silap. Lima tahun dulu gua pun antara lelaki yang kemaruk bercinta. Lima tahun dulu gua antara lelaki yang bermati-matian mempertahankan cinta. Sampai kadang-kadang rasa macam diperbodohkan oleh cinta. Cinta itu tidak bengap, tetapi dia boleh buat kita jadi bengap kerana mengkhayalkan. Cinta juga kadangkala sangat palat. Kira cinta ini lebih kurang macam dadah dan alkohol juga la. Eh, air daun ketum pun boleh memabukkan juga sekarang ni. Ya, cinta ibarat air daun ketum. Memabukkan tetapi diharamkan oleh kerajaan.

Gua tak nak cerita benda yang sedap-sedap masa becinta. Sebab gua rasa, makhluk tidak berakal pun tahu yang cinta itu sedap. Gua nak cerita benda yang tak sedap dalam becinta. Benda-benda yang palat. Benda-benda yang bila terkena kita rasa macam nak terajang pintu dan mengamuk tak tentu hala. Muka merah padam dan dahi bepeluh. Sebab pengalamanya berbeza dari kebanyakkan mereka yang merasa kenikmatannya. Pengalaman yang tidak sedapi ni kalau difikir dengan akal waras, boleh juga dijadikan pengajaran dan iktibar. Sebab tidak semua orang dapat mengatasi atau menyelesaikan masalah tidak sedap dalam bercinta. Ada yang tewas ditali gantung atau maut sebab minum Dettol.

Ada satu kes dulu, gua sanggup berhabis duit sebanyak RM300 sebab nak hadiahkan makwe gua jam. Memang mahal. Padahal jam tangan yang gua pakai pun harganya tak sampai seratus. Seumur hidup gua, mana pernah gua pakai jam mahal-mahal. Tak mampu nak beli. Tapi sebab makwe, gua sanggup berlapar dan dahaga, ikat perut sebab nak kasi dia gembira. Gua belikan jam tu sempena ulang tahun kelahiran dia. Yang ke berapa gua tak ingat. Tapi yang pasti masa tu kami telah secara rasmi berpisah, dan dia sudah punya pasangan baru. Padahal gua tahu yang tindakkan gua itu tidak akan memberi apa-apa kesenangan buat gua. Bengap tak gua?

Gua buat benda tu sebab konon-konon nak kasi dia sejuk hati dan patah balik kat gua. Kah kah kah. Tapi sumpah, tak berkesan pun. Makwe yang bijak tidak akan mudah diumpan dengan jam tangan berharga RM300. Tapi dia ambil juga pemberian dari gua. Dan dia pakai. Tapi sekarang ni gua tak tahu la sama ada dia masih pakai atau dah simpan. Atau suami dia dah hempas kat dinding. Bila gua fikir secara rasional semula, ada baiknya juga kalau gua hadiahkan jam tangan itu pada mak gua. Tapi itulah seperti yang gua kata. Cinta boleh buat kita jadi bengap dan khayal. Cinta buat kita lupa pada orang sekeliling. Gua tak pernah nak belajar dari kesilapan. Palat betul. RM300 tu kalau diguna dengan bijak, boleh menambahkan lagi kuasa kuda kereta. Tahu?

Kita dah tahu yang tindakkan kita itu tidak memberi manafaat, tetapi kita teruskan juga. Teruskan sebab masih ada perasaan sayang yang menebal. Maka celaka lah kamu selagi masih menyimpan perasaan ini kepada bekas pasangan kamu yang kamu tahu dia tidak mungkin menerima kamu lagi. Rela diguna dan dipergunakan oleh orang lain atas nama cinta sebelah pihak. Kalau diikutkah hati dan perasaan boleh jahanam masa depan. Sampai satu tahap kita dah tak mampu nak marah dan menolak walaupun terus-terusan digunakan.


Ahhh sudah, elok gua tido dulu sebelum dahi gua berpeluh...


6 comments:

  1. Mengarang tengah malam buta p0n nak KLMJ!

    ReplyDelete
  2. kite tumpang senyum je la okay abg din :)

    ReplyDelete
  3. ohhh, nak cerita pasal jam je. takda apa pun sebenarnya. jam je.. umm jam je pun din... jam... kah kah kah kah kah

    ReplyDelete
  4. Konklusinya? Jangan laa beli jam mahal2 untuk makwe, ye dak? :D

    ReplyDelete
  5. Org tgh bercinta mmg selalu wat benda2 bodoh. Normallah tu. Dh bg jgn menyesal k. Redha jelah dgn kebodohan u tu. Hahaha....

    ReplyDelete
  6. EH ! SAMALAH ! BANGANG PULAK RASE !

    ReplyDelete