Thursday, August 18, 2011

Hempas


Malam ni jer tiga kali gua hempas pintu depan rumah.
Baru nak suap nasi ke mulut, loceng berdering lagi.
Ting tong, ting tong sebanyak sepuluh kali.
Hati membara. 
Gua buka pintu dengan sekejam yang boleh sambil membengis muka.
"Nak gula-gula dua puluh sen"
Minta budak kecik yang gua ingat masih bersekolah rendah.

Pergi dapur, nak sambung suap nasi.
Ikan atas pinggan dah ada kat lantai.
Kucing tengah makan.
Hati gua jadi semangkin membara.
Gua rampas balik ikan sambil jentik telinga kucing sekuat hati.
Dan sambung suap nasi ke mulut.

Baru nasi nak masuk ke mulut, loceng berbunyi lagi.
Ting tong, ting tong lebih kurang sepuluh kali.
Hati membara.
Gua buka pintu dengan sekejam yang boleh sambil membengis muka.
Lebih bengis dari tadi dengan tangan penuh nasi dan sambal.
"Nak gula-gula seringgit"
Minta budak yang gua kira baru berumur lima tahun.

Gua tengking sepatah dua kata.
Gula-gula dan duit bertukar tangan juga.
Hempas pintu dah terus meluru ke dapur.

Gua dah la lapar, penat, badan solid, sampai rumah pukul sembilan pun masih tak berbuka lagi. Atas motosikal sempat minum air mineral sahaja. Sampai rumah baru nak berbuka ada sahaja gangguan. Tiba-tiba hati jadi membara. Hati jadi panas. Berbakul sumpah seranah.

Bila perut sudah kenyang, baru gua beristighfar. Baru gua ingat yang gua berpuasa hari ini. Cis!



2 comments: