Kadang kala ketika gua bersendirian pada waktu malam, tidak kira dimana pun, gua akan terbayang perkara yang nakal-nakal. Perkara yang tidak patut gua fikirkan lagi. Bukan gua sengaja mencipta bayangan nakal ini. Tapi kadang kala ianya datang dengan sendiri tanpa dicipta. Bayangan ini agak menakutkan juga sebenarnya buat gua. Gua tak suka sebenarnya terbayang benda-benda yang macam ini. Benda ini akan buat gua jadi tak best dan automatik gua akan mengenggam penumbuk atau rasa macam hendak terajang pintu.
Gua manusia biasa yang tidak lepas dari dosa dan kesilapan. Setiap saat dan detik pasti dihimpit oleh dosa dan bisikan syaitan. Walaupun setiap hari gua berdoa agar dikuatkan iman. Tapi apakan daya, bayangan itu tetap datang juga. Walaupun bukan selalu, tapi ia tetap datang. Kadang-kadang masa gua tengah angkat kontena, kadang-kadang masa gua tengah baring-baring sebelum melelapkan mata. Hatta kadang-kadang masa nak picit jerawat pun bayangan itu datang juga. Biasanya memang pada waktu malam. Dan gua memang tak suka.
Kadang kala gua terfikir juga, adakah bayangan-bayangan ini bersumber dari mainan atau hasutan syaitan agar gua hilang sabar dan akhirnya tersesat dan menerajang pintu? Adakah bayangan-bayangan ini sekadar sebagai suatu ujian buat gua dalam menempuh masa-masa bujang?
Itulah, kadang-kadang gua terbayang juga bila malam-malam begini apa agaknya makwe lama gua sedang buat dengan suami dia. Sama ada mereka sedang tidur, baring-baring, bermain bunga api atau... Itu pun kalau dia tak datang haid la.
Gampangkan bayangan ini? lu ingat gua suka? lu ingat tak sakit hati? mesti la gua terbayangkan benda-benda yang tidak patut gua bayangkan. Benda-benda yang mungkin sedap bagi mereka tetapi seksa bagi gua. Setakat terbayangkan mereka sedang makan nasi atau mengecat rumah, memang gua tak rasa apa pun...
Tapi itulah, bayangan itu memang palat bila kadang-kadang ia datang. Gua tak pastilah kalau lu orang pernah terbayang seperti mana yang gua terbayangkan.
Gua nak buat entri ini pun rasa macam tak sedap. Ada rasa berkobar-kobar. Tapi gua buat juga sebab gua memang tengah tak ada kerja dan tiba-tiba bayangan itu datang. Gua akui, gua memang tak dapat apa yang suami dia dapat sekarang ini. Gua akui juga, gua bukan yang terbaik untuk dia. Sebab itu gua tak dapat apa yang suami dan anak dia dapat sekarang ini.
Tapi jauh disudut hati bagus juga kalau setiap kali bayangan ini datang, gua mengharapkan dia sedang datang haid. Mungkin baru gua akan rasa lega...
Hehehehe...
ad0i! mana b0leh datang haid tiap-tiap hari
ReplyDeleteAHAHA! cam lahanat.
ReplyDeletehahahahah bro! imaginasi tu taknak kalah. tak baik tau! pk la nak mkn pe buke esok :p
ReplyDeletedin gemok!
ReplyDeleteKadang2 best jadi manusia single ni. Kau nak tulis apa, kau tulis lah. Kalau yang dah berkahwin ni, memang takk boleh tulis bebas sangat.
ReplyDeleteMaksudnya, tak semua bayangan aku boleh tulis lah. Hehehh.
ReplyDeletekalau haid pun dia belasah gak camne, din?
ReplyDelete