Cemburu...
Kadang-kadang kita harus bersyukur juga bila ada orang cemburu dengan kita. Tidak kisahlah samada lelaki atau perempuan yang mencemburui kita. Tidak kisah juga samada seorang itu berpangkat bos atau pun sekadar tukang mesin rumput.
Walhal semua orang pun tahu yang kita tidak ada satu apa pun yang boleh dibanggakan. Semua orang tahu yang kita buruk paras rupa, tidak mewah, selekeh, tidak stylo, tidak pakai deodorant, tidak berpakaian kemas ke pejabat, tidak bertali leher semasa berkerja, tidak memakai kasut kulit muncung tajam, tidak memakai seluar atau baju yang bergosok, tidak juga menggunakan telefon bimbit versi android dan tidak menghafal nama-nama pemain bola sepak.
Pun begitu masih ada juga segelintir manusia yang masih mencemburui kita. Sampai kadang-kadang kita jadi hairan.
Macam mana pun gua yakin, semua orang pun tahu yang cemburu itu tandanya sayang. Tidak kiralah cemburu dalam versi apa sekalipun. Gua tetap menganggap yang cemburu itu tandanya sayang. Siapa pun yang menyayangi kita, kita harus bersyukur. Siapa pun yang mencemburui kita, kita harus tetap tersenyum.
Sekurang-kurangnya bila ada orang yang cemburu dengan kita, itu bermakna ada sesuatu yang ada pada kita yang tidak ada pada orang lain. Sesuatu yang mungkin istimewa dimata mereka yang melihat kita.
Tak. Sebenarnya gua cuma nak bagi tahu, seronok juga bila ada makwe berprestasi tinggi cemburu dengan gua!
Hehehe...
mentang-mentangla
ReplyDeletedin jangan lupa apa yang gua pesan masa dekat rumah lu tu hari
ReplyDeleteeceh.
ReplyDelete