Masa gua tengah angkat kontena yang ke sepuluh untuk malam terakhir ini, tiba-tiba gua terfikir sesuatu yang agak mendebarkan...
Sesuatu yang buat dahi dan hidung gua berpeluh-peluh.
Kalau dalam umur 30an ini gua terjatuh cinta pada seorang makwe, gua kena pastikan percintaan gua ini berakhir dengan ikatan pernikahan. Serius. Dah tak boleh nak main-main lagi. Walaupun hakikatnya gua memang tidak pernah main-main dalam soal cinta. Dah tak boleh ada istilah clash atau putus cinta lagi. Gua kena pastikan hubungan percintaan ini berjaya hingga ke jinjang pelamin.
Ini bukan sekadar soal hati emak. Tapi lebih dari itu. Lebih kepada masa depan diri sendiri. Masa depan Cik Corona. Dia perlu ada pewaris. Faham?
Gua terbayang juga, andai dalam usia yang semangkin senja ini, jika berlaku insiden yang tidak sedap dalam hubungan percintaan gua tadi, ini bermakna sekali lagi gua perlu ambil masa yang agak lama untuk kembali sihat. Maksud gua pulih dari kekecewaan la. Itu pun tak faham ke? Lu ingat kalau clash sekejap saja boleh pulih? Ingat tak sakit? kalau jenis yang muka kacak, berpakaian kemas, kemudian hafal pula nama-nama pemain bola sepak itu lain cerita. Hari ini clash, esok lusa dah jumpa pengganti.
Tapi ini masalah orang yang kurang kacak, tidak berpakaian kemas dan tidak pernah ambil tahu perihal bola sepak semasa.
Kalau sebelum ini gua ambil masa lebih kurang lima tahun untuk pulih. Takkan gua nak ambil risiko lagi untuk clash kemudian menunggu lima tahun lagi untuk sembuh? dah gila ke apa? Tak sanggup woi! Tak sanggup gua nak mempersendakan lagi dengan kehidupan gua yang dah tersedia huru hara ini.
Kawan-kawan yang lain sudah beranak pinak, dan mungkin ada yang dah nak menimang cucu. Ini bukan perkara main-main. Ini soal masa depan bola sepak negara juga sebenarnya. Siapa tahu anak yang bakal gua lahirkan nanti, bukan gua tapi isteri gua akan menjadi pemain bola sepak Malaysia yang handal? Atau mungkin juga menjadi perdana menteri?
Siapa tahu?
Masalahnya bersediakah gua untuk berumahtangga sekarang ini?
Pening, pening...
Semoga ramadhan ini memberikan seribu kemaafan dan hidayah buat gua. Amin.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteserius dilema. ekau carik laila tul qadar ada bagus jugak jang oi.
ReplyDeleteTak nak try cik jejari runcing?
ReplyDeleteBuat sembahyang hajat woi, dalam bualan puasa ni rasa lagi berkat... Lepas terawikh lagi elok....
ReplyDelete