Malam tadi gua punya beria makan aiskrim, makan kentang goreng berempah, minum pun air jenis berkarbonat. Teringin nak makan sedap dan banyak sikit sebab konfident esok gaji. Walhal gua ada bawa bekalan nasi berlauk ikan kontol masak kicap dari rumah. Ibu tercinta yang masak. Niat di hati memang nak habiskan duit berbaki yang cuma tinggal RM17 ni. Kalau habis pun esok dah gaji.
Pagi balik kerja gua tengok side mirror motosikal kanan kiri dah tak ada lagi. Handale dah jadi rata. Pandangan jadi serba tak kena. Konfirm dah kena curi. Ini memang babi! Tahu babi? Naik motosikal tanpa side mirror ini gua buat masa zaman sekolah menengah jer dulu. Zaman spirit merempit tengah memuncak. Sekarang ini naik motosikal tanpa lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh pun gua dah rasa horror. Kalau kena tahan sekatan jalan, kesalahan tidak ada side mirror pun di ambil kira. Tahu? Gua ada saman dari JPJ tertunggak berjumlah RM100 kerana kesalahan tidak mempunyai side mirror sebelah kanan!
Sebenarnya tidak sampai hati juga gua nak maki-maki di pagi hari. Mungkin bukan rezeki gua agaknya. Mungkin si pencuri side mirror lebih memerlukan wang dari gua. Mungkin dia lebih sesak dari gua. Mungkin dia pun terdesak nak beli deodorant dan minyak cap senapang tiga macam gua. Mungkin dengan menjual side mirror motosikal di pasaran gelap dia dapat melunaskan bayaran bill Astro yang tertunggak. Mungkin la. Ok, gua tak peduli sangat sebenarnya sebab memandangkan dah gaji.
Dengan senyuman terukir digigi, gua pun bergegas ke mesin ATM untuk melihat baki duit dalam akaun merangkap gaji. Bila pin dimasukkan, angka yang tertera diskrin kaca menunjukkan jumlah yang tidak mencukupi. Ahh sudah, ini buat gua rasa nak maki lagi.
Talifon kawan sana sini, rupa-rupanya duit insentif kontena tak masuk lagi. Ini memang babi. Tidak pernah terjadi sebelum ini. Gua hentak-hentak kaki tanda tidak puas hati. Soal gaji jangan dibuat main la. Kalau sikit mungkin gua boleh berdiam diri lagi. Ini langsung tak masuk woi!
Aduhai...
Sebenarnya gua buat entri ini cuma nak kasi tahu yang budjet gua nak beli deodorant dan minyak cap senapang tiga dah lari. Tahu? walaupun kedua benda tu penting dan tidak berapa mewah, sebagai golongan kelas bawahan gua tetap terasa keperitannya. Perdana menteri pun akan rasa tidak selesa bila masuk pejabat tanpa memakai deodorant. Inikan lagi gua yang bekerja sebagai pengangkat kontena...
Nampak gaya, bulan depan sahajalah gua beli kedua benda tadi...
P/s : Siapa-siapa ada nak jual side mirror motosikal Wave 125 yang original sila roger gua. Urgent!
mentang-mentangla
ReplyDeletehaha nanti gaji la tuu
ReplyDeletegua pakai sebelah kanan je, yang kiri mau ka?
ReplyDeletehahaha
ReplyDeleteak siap google eh minyak cap tiga senampang tu ape..
haha