Dia dah tak balik dah. Satu rumah risau pasal dia. Malam tadi gua ingat gua yang tolong bukakan pintu untuk dia sebab dia bising-bising sebelah gua mintak tolong bukakan pintu. Sedangkan diluar sana hujan lebat membasahi bumi. Walaupun kami berbeza kejadian, tapi gua sangat faham apa yang dia mahu dengan sekali bunyi sahaja. Akhirnya gua buka juga. Rupa-rupanya itu adalah kali terakhir gua mendengar suaranya. Itu adalah kali terkahir gua melihat kelibatnya...
Hampir sepuluh tahun dia hidup bersama kami sekeluarga. Dari dia kecik sampailah masuk frasa tua. Macam-macam ragam dalam rumah ini ada dalam memori dia. Dari rumah ini berkeadaan asal hinggalah sesudah diubahsuai. Dari adik gua bersekolah rendah hinggalah adik gua sudah mendirikan rumahtangga. Gua yakin dia masih ingat walaupun kami berbeza kejadian.
Walaupun dia cacat, tetapi dia sangat aktif semasa hayatnya. Terutama ketika dia masih kecil hinggalah ke peringkat remaja. Dia sangat mesra dengan semua orang yang bertandang ke rumah kami. Malahan menjadi subjek perbualan bila setiap kali terpandangkan kecacatannya. Kuat makan dan tidak cerewet dalam soal makan. Bila kami puasa dia juga akan turut berpuasa walaupun kami berbeza kejadian.
Hari ini keluarga kami sedih kerana terpaksa kehilangan seorang ahli keluarga walaupun kami berbeza kejadian. Dia pernah menyaksikan majlis pertunangan gua lima tahun lalu, dan dia juga pernah menyaksikan majlis perpisahan ikatan pertunangan gua enam bulan selepas itu. Gua yakin dia turut sedih walaupun kami berbeza kejadian...
Gua yakin dia faham perasaan gua tatkala gua sedang bersedih atau sedang bergembira walaupun kami berlainan kejadian. Setiap kali gua bersedih pasti gua akan berbual-bual dengannya walaupun kami berbeza kejadian. Dia tidak bersuara, tetapi sekadar mendongak. Gua yakin dia faham.
Gua mengaku yang gua pernah bergurau kasar semasa hayatnya. Gua pernah cubit, gua pernah tampar-tampar perutnya, gua pernah jentik telinganya kerana kedegilannya dan yang pasti setiap kali selepas berkasar dengannya pasti gua akan mencium pipinya yang gebu itu walaupun kami berbeza kejadian.
Seperti kejadian-kejadian sebelum ini, tiada satu pun dari ahli keluarga gua yang pergi meninggalkan dunia ini didalam rumah ini. Semuanya hilang atau mati diluar sana yang jasadnya tidak pernah gua temui. Walaupun kami berlainan kejadian, gua tetap bersedih dengan kehilangannya. Dia sudah menjadi sebahagian dari keluarga kami hampir sepuluh tahun lamanya...
Patutkah gua sedekahkan Al-Fatehah buat arwah kucing gua yang telah hampir sepuluh tahun hidup bersama gua dan kini semuanya tinggal sejarah.
Mati itu sangat pasti datangnya, tetapi mempunyai makwe dan mendirikan rumahtangga itu belum tentu...
jangan nanges. sekurang2nya dah dapathal jaga dia.
ReplyDelete*dapathal = dapat pahala sebenarnya
ReplyDeletegeram pulak aku ngan kau ni din...--odahkodah
ReplyDelete