Gua pun tak tau apa punya malang pagi kelmarin. Tayar belakang motor gua boleh bocor di tengah hiway. Pukul 6.30 pagi dalam keadaan jalan yang gelap dan penuh dengan embun pagi. Time-time macam ni makwe pun belum bangun lagi. Tapi gua pula dah separuh perjalanan ke tempat kerja. Ni kalau tersilap parking memang boleh kena bedal dengan motor Singapore atau lori kontena. Atau lebih malang terserempak dengan jembalang.
Gua tak pasti dosa gua yang mana satu gua buat sampai pagi-pagi dah kena dugaan yang paling gua rasa tak sedap. Kalau nak terberak pun tak adalah rasa cemas sangat macam ni. Dalam keadaan macam ni, telefon sesiapa pun mesti tak ada yang boleh datang membantu. Kalau gua call Hishamuddin Rais pun belum tentu dia nak dengar masalah tayar belakang gua bocor. Langkah pertama, gua telefon tempat kerja dulu. Nanti tak pasal gua dapat status 'late come' pula.
Sambil menunggu dan menghitung langkah seterusnya, gua terfikir... bukan semua orang yang hari-hari memandu Viva, Myvi, Kelisa putih, Kancil, Wira convert Evo dan apa benda jenis kereta lagi yang sanggup menangung risiko menunggang motosikal ke tempat kerja pada subuh hari. Apatah lagi bila berhadapan dengan masalah tayar bocor diwaktu-waktu begini. Hanya golongan yang cekal dan tabah sahaja yang sanggup menunggang motosikal untuk jarak jauh setiap hari ke tempat kerja. Dan orang-orang ini gua namakan sebagai Indiana Jones. Sebab berani menanggung risiko.
Jangan cerita motosikallah, kalau tayar kereta bocor tengah hiway pun gua rasa lu orang mesti dah kalut dan resah semacam. Walaupun lu memandu Ferrari Enzo. Lagi-lagi kalau makwe. Gua pernah tolong satu kes makwe bawak kancil tayar belakang dia bocor. Benda senang jer, tapi dia punya kalut, sampai gua pula yang jadi takut. Masalahnya sekarang ni gua pergi kerja nekad. Mana ada budak motor naik motor bawak tayar spare! jangan kata tayar, tiub spare pun gua tak pernah bawak. Setakat spanar sepuluh, playar dan skrew driver tu ada la. Cipet!
Kawan-kawan gua selalu pesan, zaman sekarang ni orang dah tak pakai tiub lagi. Semua orang dah pakai tubebless. Secara tak langsung sebenarnya dia orang cuba meracun gua supaya bertukar kepada tubeless. Gua pesan balik kat dia, kalau semua orang dah pakai tubeless, habis budak tukang tukar tiub nak cari makan macam mana? silap-silap Hishamuddin Rais pun tak boleh cari makan dah. Pada gua sebenarnya tube ni lambang bantahan gua terhadap kapitalisma. Gua tetap akan setia menggunakan tube, untuk motosikal la. Kereta tak boleh buat apa dah. Keh keh keh.
Lu ingat kalau motor gua rosak tepi jalan macam ni ada ke makwe sanggup berhenti dan memberi pertolongan? lu rasa ada ke? gua rasa macam mustahil pun ada. Tak pernah gua dengar pula orang cerita dari pengalaman mereka. Tapi kalau scene lelaki yang tolong makwe kereta rosak itu biasa. Tapi biasa juga gua dengar lelaki yang merosakkan makwe. Baru balance.
Bila hari dah agak cerah sikit baru gua telefon sorang pomen ni. Dia jer yang sanggup datang tolong gua. Sebenarnya bukan tolong, tapi lebih pada memang kerja dia. Jauh la juga dia datang sampai ke hiway ni. Mahal tak mahal pun RM25 juga gua kena bayar! gua tak pastilah samada harga ni sama dengan tempat lain. Kalau sama kira ok, dan kalau jauh lebih murah kira ok sangat la. Kalau mahal gua tak tau, sebab bukan selalu gua follow scene tukar tube tengah hiway.
Update.
Kapitalis tak kapitalis, semalam balik kerja tayar belakang gua bocor lagi! palat! Sekejap lagi gua nak tukar sportrim dan masuk tubless. Selamat tinggal la tukar tube!
Update.
Kapitalis tak kapitalis, semalam balik kerja tayar belakang gua bocor lagi! palat! Sekejap lagi gua nak tukar sportrim dan masuk tubless. Selamat tinggal la tukar tube!
mmbe aku kenal tunang die scene lebih kurang cm ni la....moto rosak,then awek tolong n skang da jadi tunang...:)
ReplyDelete