Sunday, April 3, 2011

Sibuk.

Memang. Hari ini gua memang sibuk sangat. Sibuk yang teramat sangat sampai tak sempat nak pandang ke belakang. Sibuk sampai tak sempat nak sikat rambut dan korek hidung.

Terlalu banyak kerja yang perlu gua sibukkan.

Balik dari kerja baru gua sempat nak pandang ke belakang, sikat rambut dan korek hidung. Itu pun sempat korek hidung selama lima minit sahaja selepas diganggu oleh mak gua. Dia pesan, tak elok korek hidung depan kastemer.

Patutlah gua rasa lain macam sahaja siang tadi. Rasa gelisah dan tidak tenteram. Berpeluh-peluh. Lupa korek hidung rupanya. Lepas korek hidung walaupun sekadar lima minit, baru rasa lega dan tenang.

Dan yang paling gua terkilan kerana kesibukkan gua adalah bila gua tak sempat langsung nak hantar SMS pada mereka-mereka yang tak pernah hantar SMS pada gua.

Dan gua terlalu sibuk sampai gua terlupa nak menghubungi mereka-mereka yang tidak pernah mahu menelefon dan menghubungi gua. Ya, walau sekali pun.

Kesal betul gua dengan sikap gua yang terlalu sibuk hari ini...

Maafkan gua kerana tidak punya masa untuk semua di atas. Kini gua harus bersiap pula untuk keluar bagi menyambung sisa malam yang entah apa-apa...




Maafkan gua...

No comments:

Post a Comment