Saturday, April 2, 2011

The Scandals

Masa bercinta mungkin 'orite' untuk berskandal. Tetapi bagaimana jika sudah berumahtangga? suami atau isteri ada skandal dengan orang lain? perlu kamu ingat diatas muka bumi ini tidak ada satu perkara pun yang konfident dan muktamad! segalanya berkemungkinan pada setiap saat!

Gua hairan. Gua ingat makwe tak suka berskandal. Rupanya ada juga jenis makwe yang suka dan mudah diajak berskandal. Apa pesen punya makwe pun gua tak faham.

Kerana skandal la gua keparit. Maksud gua, bukan gua yang ada skandal. Tapi makwe lama gua la dulu yang berskandal dengan kawan sepejabat dia. Katanya sekadar kawan biasa. Kawan biasa kepala hangguk dia kalau tunang sendiri pun dia tolak tepi.

Tapi Alhamdulilahlah, makwe lama gua tu nikah juga dengan dia punya skandal tu. Gua? gua keparit la apa lagi...

Kalaulah gua tau nak menuju alam rumahtangga perlu berskandal dahulu, tentu sudah lama gua berskandal dahulu sebelum makwe gua...

Tapi rasanya masih belum terlambat kot untuk gua berskandal. Siapa tahu kalau-kalau skandal gua tu merupakan jodoh gua.




Ok, mari kita berskandal!

2 comments: