Tuesday, February 12, 2013

Sedutan cerita Travel Jakarta.

Dah hampir lima bulan rasanya aku tak update blog sejak balik dari Jakarta tempohari. Sebenarnya aku tengah sibuk gila sekarang ni. Dia punya sibuk tu sampai nak berak pun aku terpaksa tangguh sampai esok hari. Begitulah adanya kesibukkan aku untuk beberapa bulan kebelakangan ini. Bukankah masyarakat kata kesibukkan itu mampu membunuh memori bersama makwe lama?

Sebenarnya sejak balik dari Jakarta hari tu, aku bertungkus lumus membuat kerja-kerja mengarang. Mengarang kenangan dan pengembaraan sepanjang aku berada di Jakarta. Cadangnya nak buat satu buku seperti yang aku war-warkan sebelum ini. Alhamdulilah setakat ini progressnya sudah 90% siap. Maksud aku dari segi penulisannya. Yang lain-lain Insyallah akan menyusul selepas kerja menulis siap. Boss pun dah tanya-tanya bila nak hantar penulisan. Dateline pun dah tak lama. Aku pulak jenis yang tak suka tangguh-tangguh kerja.

Jadi dikesempatan yang tidak seberapa ini, aku sertakan beberapa petikan dari catatan aku sepanjang berada di Jakarta tempohari. Kalau berminat dan nak baca catatan seterusnya, engko tunggulah sampai buku ini siap. Kalau engko tak berminat sekali pun, aku tetap akan teruskan niat dan misi gila aku ini. Apa-apa hal nanti aku kasi roger.

"Alhamdulilah akhirnya kami semua selamat sampai rumah. Aku macam biasa terus masuk bilik untuk kemas-kemas apa yang patut. Biarkan dulu teman-teman yang lain bersantai diruang tamu. Masa untuk aku bersendirian. Kalau kat Malaysia pun perangai aku sama macam ni, balik dari mana-mana pun benda pertama yang akan aku buat adalah mengemas terlebih dahulu. Lagipun esok kami semua akan pulang ke Malaysia. Kan senang kalau dah kemas awal-awal. Esok kalau terbangun lewat pun tak ada lah rushing sangat. Sebenarnya tak banyak benda yang aku beli kat gig siang tadi. Biasanya kalau aku pergi gig, balik tak pernahnya dengan tangan kosong. Mesti ada sesuatu yang aku beli. 

Hari ini aku cuma dapat beli empat buah kaset iaitu Bunga Hitam split bersama Persembahanku, Bombardir split bersama Audio Kollaps, Kontradiksi - Power Noize Violence dan VA. Gaya Bebas Vol 1 Compilation. Satu hal yang engko perlu tahu, mana-mana gig pun yang aku pergi benda yang aku beli mestilah kaset dan zine. Dari dulu sampai sekarang. Kalau masyarakat arus perdana dah tak pandang kaset, tapi aku dan teman-teman punk aku masih lagi bangga dengan kaset. Sebab itu aku beria datang ke Jakarta ni nak cari walkman. Bukan tak ada walkman, aku ada tiga set walkman. Malangnya semua dah jahanam setahun yang lepas. Koleksi kaset kat rumah aku kalau aku jual sekeping RM1 pun, aku kira-kira boleh dapat RM10000. Tapi aku tak jual pasal semuanya ada kenangan mengusik jiwanya yang tersendiri. 

Dalam bilik aku, kaset lebih banyak dari cd dan piring hiram. Sepatutnya tadi banyak aku beli kaset, tapi disebabkan terlalu ghairah melihat kaset yang terlalu banyak sampai aku jadi berkira-kira pulak nak beli. Kalau aku beli semua mahu miskin aku dibuatnya. Lagi pun duit dalam wallet dah tinggal sikit. Jadi aku tahan-tahan nafsu ini dari membeli kaset. Jangan kata kaset, button satu inci pun aku langsung tak dapat beli walaupun harganya murah. Kaset pulak aku rasa harganya masih standard. Kalau duit Malaysia harganya dalam RM6, tapi ada juga yang RM4. Tapi apa yang aku suka, cara pakaging kaset kat sini banyak yang unik, jadi aku cuma membeli pakaging kaset yang nampak unik. Tak macam yang biasa kita nampak dikedai kaset dengan casing clear tu. 

Oh ya, oh ya, oh ya, aku ada juga beli tiga buah zine iaitu Menggapai Utopia ( sebenarnya lebih kepada buku ), Distortion Faith isu satu keluaran tahun 2012 ( ini zine dari Sweden ) dan Punk Ilegal isu nombol tujuh keluaran bulan Disember tahun 2011. Yang seronoknya bahan bacaan yang aku beli ni semuanya pro printed. Bukan fotostet. Harga kalau dalam duit Malaysia kira-kira RM4 sahaja. Murah nak mampus. Tapi tadi aku tengok tak ramai pula yang jual bahan bacaan, jadi aku cuma beli mana yang ada. Dulu masa awal-awal aku kontek dengan budak-budak punk Indonesia, bahan bacaan dia orang paling champion. Gila babi punya banyak! sekarang aku tengok macam dah suram sikit. sama macam kat Malaysia. Maklumlah, Roots pun dah lama tak keluar, itu pasal dia orang pun macam tak semangat nak buat zine. 

Bahan bacaan pun penting sebenarnya dalam scene punk. Malah aku rasa lebih penting dari benda-benda musick. Lebih-lebih lagi bagi orang seperti aku yang kontribusinya dalam punk hanyalah mampu menulis, menulis, menulis kerana tidak mampu bermain musick. Baju pulak aku cuma mampu beli tiga helai sahaja sebab macam aku cakap tadi, duit dalam wallet dah tak banyak. Dua helai tu pun aku beli berhutang dengan Jimbo. Balik Malaysia nanti baru aku bayar. 

Secara teknikalnya aku cuma mampu beli sehelai baju fresh dengan budak punk Indonesia. Itu pun size tak berapa ngam. Kalau kat Indonesia ni aku kena pilih size XXL, kehidupan normal aku kalau kat Malaysia aku pakai XL. Maklum sajalah, punk kat sini banyak yang keding-keding. Punk kat Malaysia pulak banyak yang gedabak-gedabak. Engko tengok badan Jimbo cukuplah. Badan Jimbo tu mewakili seluruh punk kat Malaysia. Punk anti fitness la katakan. Aku terpaksa juga beli size L sebab baju tu cantik. Niat aku memang nak kerat je lengan kalau dah ketat sangat nanti."


6 comments:

  1. harap-harap kau cerita sekali perasaan bergig tepi kubor dan sipi-sipi rel kereta api

    rasa rugi tak dapat pergi padahal duduk jakarta barat..

    ReplyDelete
  2. kerat tgn tu jgn tak kerat. sakit matalah baca. font gedabak sgt..

    ReplyDelete
  3. oh ya oh ya tu kalau takde tak boleh ke? bangkai...

    ReplyDelete