Tuesday, December 11, 2012

Terus terang aku cakap...



Terus terang aku cakap.
Aku ni memang tak minat dengan suka bola sepak.
Aku pun tak tahu kenapa.
Padahal pada zaman dulu aku pernah mewakili sekolah sebagai penjaga gol.
Banyak serangan dari pihak lawan aku dapat selamatkan.
Berpuluh-puluh tendangan penalti aku dapat tepis.
Walaupun tak pernah mendapat pemain terbaik.
Tapi aku memang power sebagai penjaga gol.

Sebagai penjaga gol, publisiti memang kurang.
Makwe-makwe sekolah tak pandang sangat.
Makwe-makwe suka dengan penyerang.
Penjaga gol ni selalunya menjadi pilihan terakhir.
Tapi selalunya penjaga gol la yang banyak buat aksi terbang.
Aku pernah terbang sampai kepala terhantuk tiang gol.
Sakitnya bukan main.
Tapi tetap juga makwe-makwe tak pandang.

Itu dulu.
Sekarang aku fikir dah berpuluh tahun tidak menendang bola.
Kaki dah jadi seperti batu.
Keras, berat dan tidak lagi mantap seperti dulu.
Tapi satu aku nak pesan.
Kaki aku ni masih power untuk terajang pintu dan pendosa-pendosa.

Terus terang aku cakap.
Aku memang tak minat bola sepak.
Aku tahu aku lelaki satu dalam sepuluh ribu.
Majoriti kawan-kawan lelaki aku semua kaki bola.
Sehari tak borak pasal bola rasa macam dunia mahu kiamat.
Aku juga tahu.
Ramai makwe diluar sana mengimpikan suami yang pandai tendang bola.
Tapi tak ramai makwe yang impikan suami yang pandai tangkap bola.

Terus terang aku cakap.
Walaupun aku tak minat bola sepak.
Aku sama sekali tak suka Man U.
Aku tak suka pasukan yang dah terlalu mainstream.
Pasukan yang siang malam menjadi pujaan makwe.
Bukan kerana prestasinya.
Bukan juga kerana cekapnya penjaga gol pasukan itu.
Tapi dipuja dan disanjung kerana rupa parasnya pemainnya.
Blueeeeekkk!

Biasanyanya penyokong-penyokong Man U ni terdiri dari pengundi UMNO juga.
Biasanya mereka-mereka ni terdiri dari pakwe dan makwe yang rajin pergi kelab malam dan gemar berkaraoke sampai ke subuh.
Biasanyalah. Kalau tak biasa jangan salahlan aku pulak.
Budak-budak yang sokong dan minat Man u ni biasanya hingusan.
Memang jenis perangai budak-budak baru nak up.
Baru nak kenal dunia.
Apa guna sokong dan ada jersey Man U, 
tapi tak reti tukar minyak hitam kereta sendiri?
Apa guna sokong dan hapal nama pemain Man U, 
tapi tak reti tukar tayar kereta sendiri?

Tapi itulah, terus terang aku cakap.
Aku cuma nak kasi tahu yang aku memang tak minat dengan bola sepak.
Kalau dipaksa tengok bola sepak aku boleh jatuh pengsan.
Jadi jangan paksa aku tengok bola sepak.

Terus terang aku cakap.
Engko sakit hati tak dengan entri aku ni?
Hehehe.


3 comments:

  1. xsakit hati..
    haha..kau tenang je bro..
    apek pun leh kawin ngan sehot manusia leuniey..
    ape ade hal..ehe

    ReplyDelete
  2. Eh bagus la entry ni
    boleh tanya skit tak?
    tahun 1982 kau buat apa?
    aku thn 82 bru kenal2 dgn MU
    masa tu ada Fifa WC kat Spain
    umur aku 8 thn masa tu
    aku dgn kwn2 aku main bola tepuk
    ko penah main?
    kwn2 pilih team cam brazil(biasa la), italy, england dll
    aku pulak pilih MU
    smpai skng aku support MU
    tp aku boleh tukar minyak hitam kete, motor
    boleh bertukang sikit2
    boleh buat wiring
    boleh tebang pokok
    boleh gali lubang
    mcm2 la boleh
    cuma nak tak nak je

    ReplyDelete