Wednesday, December 12, 2012

Engko tak faham? pergi jahanam.



Tak. 
Kadang-kadang orang memang tak faham dengan stail aku punya melawak. 
Aku buat lawak memang tak pernah fikir nak kasi orang lain faham. 
Apa kejadah kita buat lawak sibuk-sibuk nak fikir pasal orang lain faham ke tidak?
Kalau engko tak faham pergi jahanam la.
Apa yang engko fikir tak akan pernah sama dengan apa yang aku fikir.
Aku buat lawak untuk aku sendiri faham.
Aku buat lawak bukan untuk orang lain.
Bukan untuk media.
Bukan untuk kapitalis.
Bukan untuk ditepuk sorak.
Aku buat lawak sebab spontan aku nak buat lawak.
Tak ada siapa paksa dan tidak sekali kerana terpaksa.

Aku bukan peserta Maharaja Lawak yang terpaksa perah otak siang dan malam untuk buat orang ketawa dan dapat markah tinggi dari juri.
Siap belajar lagi cara dan teknik untuk buat lawak.
Apa tips yang boleh dan tidak untuk melawak.
Ada garis panduan itu dan ini.
Itu lawak kepala butoh namanya.
Itu lawak jenis duit didepan yang lain-lain letak belakang.

Jadi kalau engko rasa tak faham dengan lawak aku, engko biarkan.
Abaikan. Jangan like, jangan komen.
Jangan cari gadoh.
Kerana ketidakfahaman engko itulah suasana jadi lagi celaka.
kalau dah tak faham jangan buat-buat faham.
Jangan komen.
Jangan buat apa-apa.
Nanti engko sendiri yang jadi bodoh.
Ada beribu yang melihat dan membaca.
Ada beribu yang akan membuat persepsi.
Ada beribu yang pandai-pandai menjatuh hukum.
Kau akan dicempak ke neraka ciptaan manusia.

Tapi kalau engko degil nak komen juga,
engko tanya la dulu.
Apa benda yang aku tulis.
Apa benda yang aku cerita.
Apa benda yang aku cuba sampaikan.
Nanti aku jelaskan kasi engko faham.

Aku?
Aku steady je.
Lawak tetap lawak.
Aku sendiri faham.
Aku sendiri seronok.
Itu sudah cukup bagus.
Engko tak faham.
Itu engko punya masalah.


P/s. Memang celaka juga kadang-kadang kalau kita sesekali update status kat Facebook dengan gaya lawak kita sendiri faham, tapi orang lain tak faham. Dahlah tak faham kemudian pandai-pandai nak jatuh hukum pada aku. Engko kalau tak faham engko duduk diam sudahlah. Jangan nak mandai-mandai itu dan ini. 

Kadang-kadang aku rimas dengan lawak jenis asik nak kena fikir moralistik kehidupan. Itu tak boleh, ini tak boleh. Macam ada garis panduan pulak nak buat lawak. Aku tahulah mana yang boleh, mana yang tidak. Itu tidak bermakna aku perlu ikut telunjuk engko untuk buat lawak semata-mata nak kasi engko dan semua orang faham. Itu bangsat namanya.


1 comment: