Monday, December 10, 2012

Selamat pengantin baru Johan & Erin Retroholic





Kad jemputan kawen yang kedua untuk bulan Disember.
Kad jemputan kawen yang aku tunggu-tunggu selama ni.
Susah sangat nak dapat kad kawen ni.
Kawan-kawan lain semua dah dapat.
Tapi aku yang masih belum dapat.
Ni kira last minit juga aku dapat.
Tak kisahlah janji dapat.
Semalam dia datang rumah aku tengah-tengah malam hantar kad.
Pandai pun datang rumah aku.
Dia datang dengan isteri dia.
Isteri dia duduk je dalam kereta.
Aku pun tak nampak muka isteri dia.
Tapi aku rasa itu memang isteri dia la.
Takkan pulak dia nak keluar malam-malam dengan Amy Pejot.
Aku rasa itu tak mungkin.

Akhirnya kawen juga dia.
Kawen dengan orang Taman Dahlia.
Isteri dia kerja Flextronic kat Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Dekat sangat dengan tempat kerja aku.
Tapi aku tak pernah nampak isteri dia kat tempat kerja.

Kawan aku ni second engineer kapal laut.
Isteri dia aku tak tahu jawatan apa.
Kawan aku ni 70 peratus kerjanya ditengah laut.
Diatas kapal laut.
Tiga bulan kat atas laut.
Kemudian naik ke darat beberapa minggu untuk cuti.
Macam tulah rutin kerja dia.
Gaji sebulan bebelas ribu.
Duduk atas kapal duit bukan boleh buat beli itu ini.
Dapat bebelas ribu, bebelas ribu juga simpan bawah bantal.
Naik ke darat baru boleh buat beli rokok Dunhill sekotak.

Kereta olskool sampai lima biji.
Semua jenis dua pintu yang susah nak jumpa atas jalan raya.
Sebiji je yang empat pintu.
Itu pun framless dan tidak berbingkai pintunya.
Itu pun susah nak jumpa atas jalan raya.
Manakala kereta belasahan, kereta meredah hujan pulak BLM.

16 hari bulan ni majlisnya.
Aku memang dah siap-siap apply cuti dua hari.
Amboi sampai dua hari. Macam aku pulak yang kawen.
Kawan baik kalau kawen memang kena amik cuti banyak sikit.
Tapi kalau tak dapat kad jemputan semalam.
Aku dah fikir-fikir memang tak nak datang.
Jadah apa orang tak jemput kita pulak sibuk-sibuk nak datang.
Tak malu ke?

Satu yang aku nak pesan pada engko semua.
Jangan tanya aku bila nak kawen.

Apahal pun selamat pengantin baru buat Johan retroholic dan Erin Retroholic.
Semoga berkekalan hingga ke syurga.
Kalau gaduh jangan main pecah-pecah cermin kereta.
Cermin kereta yang ada kat rumah tu semua susah nak dapat.
Kedai spare parts tak ada jual.
Ingat tu.


Oh ya, tahniah juga buat Leng Cipan pasal siang tadi sms aku kata baru dapat baby lelaki baru. Diam tak diam dah tiga orang anak engko. Padahal dulu kita sama-sama dating dengan makwe lama aku. Sama-sama naik turun Kolumpo teman aku jumpa makwe lama aku. Tapi sekarang engko dah ada anak tiga. Aku masih steady jaga anak kucing. Takpe, takpe aku sabo. Masa aku akan sampai juga nanti. Pakage siap dengan anak tiga sekaligus!


2 comments:

  1. Bile plak gaji gua berbelas ribu? Xpe, semoga menjadi doa. Amiinnnn....

    ReplyDelete
  2. Kereta 4 pintu yg frame less tu la yg dipilih jd kereta kawen.

    ReplyDelete