Wednesday, December 26, 2012

Konvokesyen Kereta Kecik




Pehh diam tak diam dah dekat sebulan juga aku tak update blog aku ni. Patutlah hidup rasa serba tak kena. Mungkin ada makwe yang tertanya-tanya kenapa dah sebulan aku tak update blog.

Okey, ni aku ada berita baik sikit. Tengok dan baca flyers kat atas tu betul-betul. Kalau ada masa, ada kelapangan, rumah dekat dan rasa nak jumpa dengan aku, bolehlah datang event kat atas tu.

Tak ada bayaran. Boleh datang kalau berminat nak tengok dan nak tahu apa itu "kereta kecik" yang selama ni aku dok propagandakan dalam blog aku ni.

Aku pun sebenarnya tak tahu tempat Wangsa Walk tu kat mana. Jadi marilah sama-sama kita cari. Insyallah aku akan gerak dari Johor Bahru pada 4hb Januari.

Okeylah, kita jumpa nanti kat sana. Kalau ada perasan aku, cuitlah bahu aku dan kenalkan diri. Pasal aku memang tak kenal orang sangat. Lagi-lagi yang tak pernah jumpa.

Okey. Take care.


5 comments:

  1. timing macam mana cerita ni? pukul makan nasik lemak sampai pukul tidoq ka macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha lupa nak kasi tahu. Event tu mula dari jam 10 pagi sampai 5 petang. So datang jelah dalam masa tu. Kawan2 aku yang main kereta kecik ni pun ramai yang main hotwheels, yang modified hotwheels pun ramai. Datang la woi!

      Delete
  2. dekat dengan kedai burger pipiyapong ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, nasib dia dah tak meniaga beger lagi.

      Delete
  3. aikkk wangsa walk tak taun din..yang depan ng kefor tu..hehe

    ReplyDelete