Thursday, December 27, 2012

B.A.B.I



Disatu petang yang sejuk, ketika hujan lebat mencurah-curah dibumi Senai, tiba-tiba anak buah aku yang baru berumur setahun bertanya pada aku satu soalan. Berat juga soalan anak buah aku ni.

"Pak Long, babi tu berkaki empat dan berhidung penyek ke?"

Aku terkedu sekejap. Entah dari mana budak baru umur setahun jagung ni jumpa perkataan babi. Sedangkan dikawasan rumah aku tak ada pun babi.

Aku jawab ringkas sambil jari jemari lincah membalas sms dari seorang teman.

"Ha ah. Babi ada empat kaki. Hidung dia penyek dan ekor dia pendek berpintal-pintal."

Malah aku tambah lagi jawapan aku biar anak buah aku dapat tangkap bagaimana rupa bentuk babi yang sebenar.

"Babi tak ada bulu, dia tak comel macam kucing sayang.."

Sambil terpinga-pinga anak buah aku terus bertanya lagi dalam pelat budak kecik yang tak reti sebut hurup s.

"Kita boleh pegang babi tak Pak Long?"

Aku tahu anak buah aku ni memang jenis suka kucing. Kalau jumpa kucing, habis dipeluk cium kucing tu. Risau juga kalau satu hari nanti dia jumpa babi dia peluk cium babi pulak.

Aku jawab ringkas.

"Tak boleh la sayang, haram. Nanti kena samak, kena basuh dengan air tanah tujuh kali. Leceh"

Kemudian aku sambung lagi dengan memberi pengertian dan maksud sebenar babi agar anak buah aku yang baru berumur setahun itu lebih faham dan tidak tergolong dalam kanak-kanak yang dibenci masyarakat.

"Sayang, babi ni sebenarnya boleh menyerupai pelbagai bentuk. Salah satunya, kalau kita tanya pada seseorang semalam engko keluar dengan siapa? dan orang tu jawab, mestilah dengan manusia, takkan dengan tupai terbang pulak. Hah, itu salah satu dari jelmaan babi la tu."

Aku tambah lagi sikit. Biar anak buah aku faham. Sambil mulut terlopong dia mendengar dengan sabar.

"Lagi satu, babi ni, kalau jenis balas sms selalunya dia hanya reti taip hurup K. Lain-lain hurup dia memang tak tahu. Pasal babi dulu memang tak pernah pergi sekolah"

Tiba-tiba adik aku datang dan terus bawak anak buah aku pergi dapur. Mungkin dah tiba masanya untuk anak buah aku mandi.

Sayup-sayup aku terdengar suara dari dapur.

"Jangan dilayan sangat Pak Long kau tu, orang tak ada makwe memang fikiran dia kurang waras"

Aku terajang pintu dan terus masuk ke bilik.


4 comments: