Sunday, December 30, 2012

Double Demam Part 2.


Kalau ikut kotak, dia suruh buat macam gambar kat kotak ni lah. Tapi memandangkan aku ni jenis rebel, tak minat aku nak simpan kereta standard keluar kilang dalam display kabinet aku. Ini Toyota Mark 2, dengan chasis kod GX81. Bapak aku ada sebiji, tapi dalam bentuk kereta sewa.

Asalnya cuma plastik putih. Macam bayi baru lahir, ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Kalau ibu bapanya power, maka power lah rupa bentuk kereta ni nanti bila dah siap.

Macam yang sebelum ni, aku kena tebuk bonet depan secara manual. Orang kilang memang pemalas macam lahanat.

Tak ada susah sangat la nak siapkan enjen ni. Simple je, lecehnya bila nak gam part-part yang celah-celah tu je. Aku malas nak upload step by step proses buat enjen ni. Notebook aku tak power.

Aku cat kereta ni dengan warna sparkling silver. Pakai lebihan cat yang ada kat rumah ni. Tak payah susah-susah pergi kedai beli. Entah tahun bila punya stok cat aku simpan pun aku tak ingat. Ni masking untuk proses buat lining cermin, dan pintu. Cepat betul habis masking tapi aku. Segulung dah la RM10.

Nampak tak seni main masking ni? part yang curve tu engko ingat senang nak masking?

Kalau yang cermin tu pun dah payah, apatah lagi yang bulat macam ni. Dekat setengah jam juga kot aku masking benda ni. Ini namanya rim BBS RG. Bunga tengah tu aku nak sembur warna biru.

Bersepah meja makan. Aku memang suka buat kerja atas meja makan kat dapur. Gambar ni aku snap sekitar pukul 3.00 pagi. Siapkan sikit kerja lepas tu aku terus masuk tido dengan biarkan meja makan ni bersepah. Dah tak larat aku nak kemas.

Part celaka nilah yang makan masa aku lebih dari tiga jam! kau ingat senang nak lowetkan kereta kecik ni? Aku gam lepas tu aku tinggal, esok pagi sambung. Aku tido dengan jari penuh dengan gam gajah. Naik kematu jari.

Hah inilah hasil lowet yang dah aku buat. Tayar termasuk sikit dalam fander. Rim depan tu stok standard tapi aku tukar dengan tayar yang stretch. Sama juga dengan belakang. Tayar aku beli seken hand dengan kawan aku dengan harga RM35.

Sedap juga rupanya rim standard ni lepas aku masukkan tayar stretch. Sebenarnya tak muat, tapi aku paksa masuk. Biar nampak lebih stretch. Lepas tu lowet dengan negatif camber.

Menyesal pulak buat enjen ni simple-simple. Kalau aku tahu, aku bubuh warna yang lebih terang. Yang biru kat depan tiga set tu dari jenama Samco. Sebab tu kaler dia biru.

Ni gambar lepas aku wax tayar. Tapi tak nampak perbezaan pun dalam gambar ni. Buang masa je aku upload.

Engko tahu, nak buat lampu belakang tu je makan dua hari. Nasib baik hasil dia power. Merah tu aku pakai stok lama punya clear red yang masih berbaki. Baru nampak real sikit merah dia.

Celaka, apa pasal ada dua gambar ni? okey takpe. Aku cuma nask kasi tahu yang rim belakang pun aku tukar dengan tayar stretch, lepas tu lowet dan negatif camber. Biar nampak terkangkang sikit.

Rasa puas dapat hasilkan satu benda yang sedap mata memandang macam ni. Sekurang-kurangnya hiburan untuk diri sendiri. Display pun kat dalam bilik sendiri. 

Ini view dari atas. Gambar interior memang aku malas nak upload. Banyak sangat step dia pasal aku main dua tone warna.

Facelift depan GX81 Mark 2. Facelift depan ni kalau ikut kereta sebenar ada macam-macam. Kalau model Chaser lain, kalau Cresta lain, kalau Cressida pulak lain. Toyota kan rajin buat kerja banyak-banyak, lepas tu kongsi chasis yang sama. Lepas tu orang kat Malaysia boleh jadi sawan nak cari bodypart dia.

Macam tak lawa pulak bila ada bonet. Yang celakanya fitmen bonet depan tu tak ngam pulak bila dah masuk enjen dan pasang part yang lain. Ke aku salah potong?

Macam tak sedap pulak view ni. Tapi inilah kereta kecik terakhir yang aku buat untuk tahun 2012. Tahun depan aku sambung buat lagi dengan model yang lain. Dah ada sekotak tu tengah menunggu. Tunggu je la 1 Januari 2013 nanti.


Sebenarnya masa mula-mula aku beli kereta kecik ni, aku ingat nak buat sebiji macam kereta sewa bapak aku. Tapi bila aku fikir-fikir balik, rasa macam tak sedap pulak pasal kereta sewa bapak aku dah tukar kepada warna hitam dengan bumbung kuning. Kalau masih menten warna biru  dengan bumbung kuning nak juga aku buat. Tapi takpelah, boleh beli yang lain untuk buat sebiji macam kereta sewa bapak aku nanti.

Dua minggu juga aku amik masa untuk siapkan kereta ni. Mula-mula ingat macam malas nak buat. Tapi disebabkan aku dah tak ada apa nak buat kat rumah ni, dan rasa bosan yang membuak-buak, aku pun buatlah benda ni. Selalunya macam tulah. Bosan aku akan hilang kalau ada aktiviti nak dibuat. Kang kalau aku bantai tido seharian kat rumah time offday, masyarakat kata aku pemalas pulak. Badan boleh jadi gemuk pun ya juga. Main bola sepak dah la malas, macam mana badan nak sehat. Peluh tak keluar.

Semalam kereta kecik ni siap. Aku marathon buat sampai pukul 4 pagi. Jahanam. Walaupun mata dah berpinar-pinar, tapi aku kuatkan semangat untuk terus bertahan. Ini jam makwe semua dah masuk tido, henpon pun dah tak berbunyi. 

Bila dah sampai pada satu part yang kau dah konsisten buat, kau tak boleh nak stop macam tu je dan pergi masuk tido. Tak boleh. Kalau dah buat, kau kena terus siapkan. Kalau kau tinggal dan sambung esok, tune dia dah lain. Risau nanti hasilnya tidak semetri. Mungkin ada yang senget dan sebagainya. Timing masa untuk setiap part memang kena ada. Kalau silap timing, jadilah macam aku ni. Terpaksa bersengkang mata sampai pukul 4 pagi. Kalau aku buat solat tahajud dan solat taubat mungkin ada lebih baik. Permainan dunia ni memang penuh dengan kejahatan. Subhanallah...

Alhamdulilah semuanya dah pun siap, dan ini hasil yang akan aku bawa ke Kolumpo nanti. Aku tak harap apa-apa. Tapi kalau menang Alhamdulilah. Kalau tak memang pun aku tetap bersyukur sebab dapat hasilkan satu benda yang boleh buat aku rasa syok sendiri. Dari tahun ke tahun hasil kerja tangan aku ada perubahan. Malangnya aku masih tak berkongsi kelebihan ini dengan isteri dan anak-anak...


2 comments:

  1. tak merasa jugak aku nak tengok kereta2 kecik ni..balik kg pulak ujung minggu ni..haiyoh

    ReplyDelete
  2. aku punya naluri makin membuat nak buat mokit balik..wuraghhh din kaulah idolaku-nan travolta

    ReplyDelete