Monday, December 31, 2012

Lipas


Dulu mak aku selalu tanya bila aku nak kawen. Selalu sangat. 
Pantang ada masa berdua, mesti dia akan tanya.
Tak kira siang, malam, baru bangun tido atau ketika sedang memandu.

Satu hari tu masa aku tengah konsentrate menyapu sampah mak aku tanya lagi.

"Din bila kau nak kawen ni?"

Aku diam sambil terus konsentrate menyapu. 
Diam tak tahu nak kasi jawapan apa.
Tak sampai hati nak menipu.
Kebetulan masa tu aku perasan ada beberapa ekor lipas dilantai.
Tanpa membuang masa aku ambik satu dan terus masuk kemulut dan kunyah dengan lahapnya.

Mak aku terperanjat tidak terkata dan terus berlalu pergi.
Sejak dari itu mak aku tidak bertanya lagi bila aku nak kawen.
Mungkin dia ingat aku sudah tidak waras lagi sejak ditinggalkan tunang enam tahun lalu...


4 comments:

  1. Memang pelik. Kalau awak bawak balik makwe baru tentu mak awak segan.

    ReplyDelete
  2. Bawak la maksu balik jumpa emak. :)

    ReplyDelete
  3. sedap x lipas tuh? perisa apa.. hehe..hadoinya..

    ReplyDelete