Wednesday, October 17, 2012

Gila Wormrot


Salah satu album dari Wormrot yang buat tahi telinga aku cair.

Sebenarnya aku dah lama sangat tak buat kerja-kerja mengulas benda-benda yang berkaitan dengan musick. Kalau tak kerana zine Roots, tak ada mananya aku nak buat benda review ni. Sakit kepala kau tahu? Aku bukan jenis manusia yang pandai sangat menilai, melabel dan bercerita perihal musick. Kalau orang kata benda tu grindcore, telinga aku pulak kata benda tu crustcore. Kalau aku kata benda tu hardcore, Farid Awaluddin kata benda tu punk. Begitulah sebaliknya. Entah. Selalu sangat tak kena dan tak sama dengan telinga orang lain.

Sebenarnya dah lama aku nak bercerita tentang band kegemaran aku buat masa terdekat ni. Wormrot namanya. Berasal dari Singapura. Tak jauh mana dengan rumah aku kalau nak dibandingkan dengan Kolumpo. Tapi disebabkan nak kesana kena ada buku merah. Jadi benda tu aku rasa macam jauh. 

Wormrot ni kira kategori power juga bagi aku. Kalau dulu Parkinson. Tapi disebabkan Parkinson tengah bercuti panjang, aku rasa Wormrot boleh ganti tempat Parkinson. Walaupun tidak seratus peratus, tapi sikit-sikit tu ada juga. Grindcore jenis attack. Tak ada intro sangat, tak ada stop and go sangat. Starting terus attack dengan drum yang laju macam halilintar.  Aku harap bila Atan dah dengar musick dari Wormrot, dia datang semangat balik untuk main drum macam dulu. Kombinasi vokal growl dan screaming bersilih ganti memang sangat tepat dengan timing. Alangkah bagusnya kalau Parkinson masih wujud lagi. Memang tak banyak band yang nak main grindcore serupa Wormrot sekarang ni. Aku pun tak tahu kenapa, ataupun aku yang dah lama sangat ketinggalan dengan dunia musick hardcore punk tempatan.

Wormrot ni sesuai sangat didengar bila baru lepas clash dengan makwe. Dia punya grinding part tu rasa macam nak terajang pintu laju-laju. Rasa macam ada satu energi aneh merasuk dalam jasad. Kalau tengah angkat kontena, rasa macam nak lambung dan hempas terus kontena tu ke lantai. Biar hancur berkecai. Aku tak rasa ada makwe-makwe bertudung diluar sana yang gemar dengan musick-musick macam Wormrot ni. Mau bernanah telinga dia orang nanti. Kalau ada, aku lah orang pertama yang akan mengorat dan memberi sejambak bunga buat mereka.

Walaupun aku tak tahu sangat pasal Wormrot tapi aku ada dengar cerita yang Wormrot nilah satu-satunya band dari asia yang bernaung dibawah label gergasi Earache. Gila kau, bukan calang-calang band yang ada dalam label Earache ni. Kalau main tak power, jangan mimpi la. Sejak dari Wormrot wujud sampailah sekarang aku memang tak pernah bertemu empat mata dengan dia orang. Haram satu show pun aku tak pernah pergi lagi. Celaka bukan? Aku pun tak tahu sangat apa pendirian dia orang dalam scene punk hardcore. Sekarang ni aku bercerita pasal musick, bukan attitude. Faham?


1 comment: