Wednesday, February 1, 2012

Rezeki, Jodoh dan Lesen Memandu

Alhamdulilah...

Rezeki yang cemerlang biasanya dimulakan dengan kesengsaraan dan keperitan yang berpanjangan dan asasnya adalah kesabaran.

Setelah bersabar dan melalui pelbagai dugaan dan rintangan, akhirnya hari ini gua mampu tersenyum lebar walaupun kita semua tahu yang senyum itu sifatnya juga sementara. Sekurang-kurangnya gua mampu tersenyum untuk hari ini.

Alhamdulilah...
Pakai baju cantik-cantik, sarung jeans lusuh, kasut bandel dan kaca mata. Siap-siap keluar rumah. Gua menyanyi riang sambil memutar suis untuk menghidupkan enjen kereta. Gua ada satu misi yang perlu gua selesaikan hari ini. Penting dan bersifat masa depan.

Gua menuju Jabatan Pengangkutan Jalan dengan hati yang berdebar. Lima bulan punya bonus akan gua gunakan cukup-cukup untuk membayar saman tertunggak tahun 2000. Selama enam bulan gua memandu kereta dan motosikal dengan lesen memandu tamat tempoh. Cukai jalan BLM kena blok dan nak hidupkan lesen memandu pun kena blok. Selama beberapa bulan ini memang gua memandu dengan berlesenkan tawakal sahaja. Dan hari ini semuanya akan selesai.

Alhamdulilah, gua akan kembali menjadi manusia normal. Menjadi lelaki yang cukup sifatnya dengan lesen memandu yang sah. Bagaimanapun mempunyai lesen memandu bukanlah tiket mudah untuk kita memperolehi makwe sekaligus jodoh. Wallahhualam...


1 comment: