Wednesday, January 18, 2012

Selamat tahun baru kepala hangguk kau!

Sekawan Gundam.

Zaku.

KPGC10 dan Gundam. Memang ngam.

Toyota Corona Cerumo Exiv.

Pembukaan tahun 2012 gua dan beberapa orang kawan-kawan yang belum berumahtangga telah berkunjung ke Kolumpo untuk menghadiri satu gathering Kereta Kecik yang telah dianjurkan oleh kelab BBSTC ( Big Boys Small Toys Club ). Sebenarnya ini adalah merupakan acara perjumpaan rasmi pertama yang telah dianjurkan oleh kelab BBSTC semenjak ia ditubuhkan. Bertempat dikedai aksesori kecantikan milik ibu seorang dari ahli BBSTC. Memang nampak agak aneh, tapi ini sahaja tempat yang ada dan tanpa dikenakan bayaran sewa. Ingat senang ke nak cari tempat free area Kolumpo ni?

Gua dan kawan-kawan iaitu Farid Awaluddin, Fairoz Azami dan Ahmad Nizam bertolak dari rumah gua sekitar jam 1.00 pagi. Itu pun setelah menunggu ketibaan mereka hampir tiga jam. Kalau ikut perancangan asal gua kira-kira memang tak sampai empat orang pun yang pergi. Tapi bila sampai rumah gua, gua tengok budak gemuk yang drive. Bagus juga. Meriah sikit dalam kereta nanti. Lagi pun gua tak payah bersusah payah kena memandu nanti. Apa jadah balik kerja penat-penat nak kena drive pulak sampai Kolumpo. Penat angkat kontena pun masih tak hilang lagi siang tadi. Kerja-kerja memandu ni elok kita serahkan pada mereka yang sedang menganggur sahaja.


Budak gemuk melawan budak gemuk. 

Sebahagian dari himpunan kereta-kereta kecik. 

Ini superbike gua tak ingat siapa yang bawak. 

Bodypart URAS fully buat sendiri. Tak ada jual kat mana-mana. Memang king! 

Staff Public Bank punya kereta, merangkap bapa anak satu. Banyak menang hadiah kereta ni. Celaka betul! 

Ini pun kereta dia jugak! 

Eddy Aziz yang punya. Ala budak gemuk yang rambut dreadlock tu la... 

Volkswagen "rad look" kat sebelah tu pun Eddy Aziz yang punya.

Ini Abang Kalam yang punya. Fully custom. Tak ada jual kat kedai. Benda-benda macam ni king jer yang boleh buat!

Sebenarnya perjalanan dari Taman Impian Jaya ke Kolumpo tidaklah jauh dan lama mana kalau kita ada pemandu yang berkaliber dengan jentera yang sedap. Terus menerus tanpa berhenti serta terjehan pendikit yang konsisten hanya memakan masa selama dua jam setengah untuk sampai ke destinasi. Itu pun setelah ditolak dengan beban empat orang penumpang ( dua orang gemuk, seorang sedang-sedang dan seorang lagi kurus. Dan yang kurus itu gua ) serta barang-barang mainan yang penuh dibonet belakang kenderaan. Kelajuan konsisten sekitar 160-180-200 kilometer sejam dimalam tahun baru masihi. Alhamdulilah tengah-tengah malam mana ada speed trap.

Orang-orang macam gua dan kawan-kawan mana ada fikir sangat detik 12.00 malam tahun baru. Tidak memberikan apa-apa makna semua tu. Kan tahun baru Hijrah dah sambut hari tu dengan bacaan doa penutup dan pembukaan tahun baru. Jadah apa nak sambut tahun baru lagi? Ada tak ada inilah perjalanan awal tahun yang konon-kononnya nak menyambut tahun baru. 

Sampai Kolumpo gua pun dah tak ingat jam berapa. Yang gua tahu kita orang semua tido dirumah nenek Ahmad Nizam sekitar Wangsa Maju jugalah. Tapi gua lupa pula alamat rumah nenek dia. Jimat kos juga sebenarnya dapat tido rumah saudara mara ni. Tak payah keluar duit menyewa hotel atau rumah tumpangan. Boleh tahan dah berumur juga nenek Ahmad Nizam ni. Walaupun dah berumur, tapi masih lagi boleh memandu Produa Kancil kesana sini. Sebenarnya gua respek juga orang bertittle nenek yang ada lesen kereta dan masih mampu memandu. Timmi tu walaupun muda belia, makwe keliling pinggang, tapi haram lesen kereta pun tak ada! Apa yang menariknya tentang rumah nenek Ahmad Nizam ni ialah makcik Ahmad Nizam ada bela berpuluh-puluh ekor kucing diberanda rumahnya. Kebanyakkannya pesen bulu kembang dan kaki besar-besar. Dan apa yang aneh kebanyakkan kucing-kucing tadi mempunyai enam jari kaki. Power betul. Itulah, kadang-kadang kita kena ada satu hobi atau aktiviti agar kita dapat melupakan sebentar tentang fitrah kejadian manusia untuk berpasangan. Gua faham juga sebenarnya sikit-sikit situasi makcik Ahmad Nizam ni.


Ini pun kereta Abang Kalam. Fully custom juga. Banyak menang hadiah. 

Abang Kalam punya juga. Rim dengan tayar tu buat sendiri. Ya maksud gua buat sendiri! 

Budak kerja Public Bank punya kereta. Enjen tu memang mandai-mandai masukkan. 

Lagi sebahagian dari kereta kecik. 

King cawangan J.B tengah pening kepala. Gua rasa bergaduh dengan Melati kot. Gua rasa la... 

Celica. 

Itulah penonton, itulah peserta. Power! 

Piala-piala yang bakal dimenangi. Ceh!

Lepas bersarapan ala kadar seorang dua keping roti canai dan berberapa keping kuih muih, seawal jam 9.30 pagi gua dan kawan-kawan dah terpacak ditempat kejadian. Macam biasa janji melayu satu Malaysia. Kedai masih belum bukak. Nasib baik tak lama menunggu. Kalau tak memang kita orang nak pergi bersarapan lagi. Rugi juga sebenarnya kalau jenis sekali-sekala datang Kolumpo tapi tak pergi KLCC.

Oleh kerana kita orang sampai awal, jadi kerja-kerja menyusun dan mengemas memang milik kita orang. Nasib baik tak susah mana. Cuma kena kasi konvert ruang depan kedai kasi jadi lebih lapang. Mana-mana barang yang tak pakai kasi simpan kat belakang. Nasib baiklah mak Ah Kit ni sporting. Mak dia pun dah kenal, jadi tak ada masalah sangat la. Gua rasa 90% kawan-kawan Ah Kit ni semua melayu kot. Melayu macam gua. Melayu yang tak rasis. Melayu yang rajin dan kuat makan. Melayu yang bukan melayu UMNO. Hehehe.


Das Auto.

Bila semua barang dah kemas, sekarang tiba masa nak display kereta kecik ditempat yang telah disediakan. Gua bawak dua belas kereta kecik untuk event hari ini. Kalau dekat memang gua bawak banyak-banyak punya. Kereta kecik ni bukan boleh ditimpa-timpa. Kena letak betul-betul dan ngam-ngam dalam kotak. Sensitif sangat. Terhentak sikit, pasti ada bahagian yang akan tertanggal. Leceh. Kawan-kawan yang lain, yang gua pun tak kenal pun dah mula memenuhi ruang kedai dengan kereta kecik masing-masing. Meriah! ada yang bawak sampai dua puluh biji kereta kecik. Tapi sorang jer yang datang bawak makwe. Yang lain sendirian tanpa teman wanita. Oh ya, ada sorang datang bawak anak.

Yerlah, nama pun scene kereta kecik, apa sangatlah acara yang nak dibuat selain dari belek membelek kereta masing-masing. Sama juga pergi dia macam gathering kereta besar. Tak ada beza pada gua. Ada yang buat modifikasi yang ekstrim dan ada yang buat mengikut spek yang diberikan. Ada kereta jenis ol skool, ada kereta moden, ada kereta perlumbaan dan bermacam-macam lagilah.

King punya tool box. Semua mahal-mahal termasuklah pisau sapu majerin tu.

Dari awal budak gemuk dah tenung pisau sapu majerin tu. Gua memang tahu niat dia dan akhirnya bila cabutan bertuah, memang dia lah yang dapat pisau sapu majerin tu.

Ini pun tool box orang kaya.

Gua suspek dekat Karangkraft pun nanti budak gemuk dapat meja macam ni. Like a boss, like a fat boss!

Sekarang gua pun dah tak tahu nak cerita apa benda lagi. Entri ni pun dah jadi merapek dan panjang berjela. Kalau gua teruskan juga, entah jadi apa lagi nanti agaknya. Lu orang boleh tengok sendiri gambar yang gua bubuh dalam entri ni dan buatlah spekulasi sendiri terhadap event ini. Gua cuma nak kasi tahu yang salah satu dari kereta kecik gua iaitu Toyota Supra Castrol JGTC telah menang tempat kedua kategori Redline. Rasa terharu jugalah walaupun sekadar tempat kedua, sekurang-kurangnya penat lelah gua buat Toyota Supra ni berbaloi juga. Gua siap terpaksa amik cuti sakit semata-mata nak siapkan Toyota Supra ni. Dan yang paling thrill sekali bila gua terpaksa beli tiga kotak model Toyota Supra ini untuk menghasilkan satu Toyota Supra!

Main kereta besar dapat piala, main kereta kecik pun dapat piala.

Toyota Supra Castrol JGTC.

Hal-hal yang berkaitan dengan makan, budak gemuk memang champion. 

Makanan memang sedap dan banyak! 

Hah! itulah Eddy Aziz! 

Budak Public Bank menang dapat hadiah. Nasib baik Public Bank. Kalau Bank Muamalat memang gua baling dengan batu block! 

Seisi cabutan bertuah. Gua dapat marker Gundam jer. Jadilah dari dapat pisau sapu majerin.. 

Satu-satunya geng kereta kecik yang baru lepas PMR. Rezeki dia dapat dua cenderahati power masa ni.

Itulah dia...itulah...


Macam biasa apa-apa event pun sebelum bersurai mesti ada scene bergambar ramai-ramai. Lu tengok mana ada makwe?

Orang-orang dewasa yang ada sikit jiwa budak kecik dalam diri mereka. Keh keh keh

Hadiah dia tak adalah mewah mana, sekadar piala. Tapi dia punya spirit dan perasaan sedap tu pada gua lebih sedap dari piala yang gua dapat tadi. Cenderahati-cenderahati yang lain pun boleh tahan banyak juga yang gua dapat. Berbaloi jugalah datang event macam ni. Dapat makan, dapat cenderahati, dapat jumpa kawan-kawan, dapat beli model kit dengan harga yang murah. Cuma tak dapat makwe jer. Itulah, kadang-kadang kita tak boleh jadikan wang sebagai asas utama untuk kita melakukan sesuatu. Duit kadang-kadang tak mampu memberi keseronokkan dan pengalaman. Yerlah, orang selalu ingat, apa bendalah hobi kereta kecik ni. Macam budak-budak, bukan dapat duit pun. Bila kita cerita tentang hobi dan minat, kita tidak akan mampu berdebat lagi tentangnya.

3 comments:

  1. Nangis aku baca
    Tahniah woi menang no2...
    Budak2 gemuk dapat no brape?

    ReplyDelete
  2. Ӏ constantly spent my hаlf an hour
    to read this weblog's posts every day along with a mug of coffee.

    Look into my web blog ... unlock apple iphone

    ReplyDelete