Wednesday, November 9, 2011

Anak buah saya.

Gambar tanpa flash. 

Gambar dengan flash. Eh, bukan semua baby comel ke? 

Hai, nama saya Qayyum. Saya harap pak long saya cepat-cepat kawen supaya saya ada kawan nanti. 

Apa-apa hal pun mesti dia benda pertama yang rasmikan dulu! 

Saya mencari pemilik Bruno. Mana dia sekarang ni? dah sombong sekarang. Mentang-mentang dah ada teman lelaki. Okey, fine!


Eh, lupa nak kasi tahu yang anak buah gua hari ini dah selamat keluar dari hospital. Dah selamat baring atas tilam empuk dalam bilik adik gua. Dah tak perlu juga bersusah payah gua kena berulang alik hospital hantar susu untuk anak buah gua. Berdebar juga sebenarnya menanti kehadiran keluarga baru dalam rumah ni. Gila lu dah berapa tahun keluarga gua tak dikunjungi bayi. Dari dulu sampai sekarang jumlah ahli dalam rumah ni tak pernah bertambah dan tidak pula berkurang. Kali terakhir dulu masa adik bongsu gua lahir la. Gua rasa orang paling teruja dalam rumah gua pada masa ini ialah mak bapak gua sendiri. Gua ingat kalau mak bapak gua masih sihat dan kuat dah tentu dia buat lompat bintang tanda gembira. Maklum saja lah hari ini pertama kali dapat menatap, merenung, mengendong dan menyentuh cucu pertama dia sejak dilahirkan beberapa bulan yang lalu. Cucu pertama ni biasanya memang ditanang bagai minyak yang penuh. Gua dah rasa semua tu masa kecik-kecik dulu.

Bila dah ada bayi dalam rumah ni, automatik rumah kena sentiasa bersih dan kemas. Lantai memang sentiasa kena mop dan bilas dengan serai wangi. Lalat, nyamuk, tungau memang tak boleh ada dalam rumah sama sekali. Nasib baik haiwan-haiwan peliharaan gua tidak disentuh. Kalau tak tension juga gua. Anak buah gua ni sebenarnya masih dalam pemantauan lagi. Banyak sangat syarat dikenakan sementara nak tunggu dia benar-benar sihat. Mengikut kata doktor, anak buah gua ni tak boleh keluar dari rumah selama setahun. Setahun kau! jangan main-main. Maka selama itu jugalah rumah gua akan riuh dengan gelak tawa dan tangisan bayi. Kalau ketawa sedap lagi. Kalau menangis mau mengamuk juga gua nanti. Gua baru bercadang nak dukung dia kasi dia tengok awan, burung, pokok, padang bola, rumput segar, Cik Corona dan tiang letrik. Cepat-cepat mak gua tegas. Maklumlah, budak lahir tak cukup bulan memang terlalu banyak pantang larangnya. Dan yang paling gua suka sekali bila bapak gua pun dah tak boleh hisap rokok dalam rumah lagi. Kah kah kah, padan muka dia!


Tangan yang memandikan bayi jangan disangka tidak mampu melontar bom tangan! 

Anak buah saya lebih comel dari anak makwe lama saya. Eh?

Bila gua renung dalam-dalam muka anak buah gua ni, sayu juga hati. Bukan apa, antara kebesaran Allah sudah ada dihadapan mata. Kebesaran yang tidak boleh disangkal lagi. Automatik gua teringat macam mana agaknya perjalanan hidup gua semasa gua bayi dahulu. Macam mana datuk dan nenek gua serta saudara mara menyambut kelahiran pertama gua didunia yang fana ini. Telatah gua, perangai gua, gelak dan tangis gua sehinggalah kepada macam mana gua dibentuk hingga ke hari ini. Bayi ni macam kereta kecik. Bersih dan standard keluar kilang. Kalau nak kasi cantik, kita kena la buat bersungguh-sungguh. Kalau nak kasi dia jadi berprestasi tinggi kita kena la tukar bahagian-bahagian tertentu. Kaitanya kat sini gua nak kasi tahu yang ibu bapalah yang akan mencorakkan bagaimana perjalanan dia sepanjang dia membesar nanti. Kalau dari kecik dididik untuk jadi penyamun, maka begitulah kesudahannya bila membesar nanti. Kalau dididik menjadi orang yang berguna, kena la bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Senang cerita jangan keluarkan kata-kata tak sedap depan bayi la. Contohnya mana releven sebut perkataan babi dan pukimak depan bayi. Nak kena tendang?

Gua baru perasan yang anak buah gua ni kecik dia lebih kurang besar sikit dari tapak kai gua. Yang penting kucing gua lagi besar dari dia la senang cerita. Kecik jer. Kalau ular sawa gua dah besar sikit, gua ingat memang ada bahaya kalau gua letak duduk bersebelahan kalau dia tengah lapar. Elak kena baham jer anak buah gua tu nanti. Eh, ada kawan gua kata, kalau bayi lahir tak cukup bulan,bila dia dah cukup bulan nanti dia jadi aktif. Maksud gua lebih aktif dari bayi yang lahir cukup bulan. Entahkan betul entahkan tidak. Gua bukan pakar sangat pasal scene bela bayi ni. Tapi ni gua tengok pun pantang tangan tak pakai sarung tangan dia asyik nak cakar-cakar muka dia sendiri jer. Lepas tu suka hisap jari. Sungguh tak faham gua dibuatnya. Gua harap perangai macam ni bukan jelmaan gua masa gua bayi dulu.

Gua harap bila anak buah gua besar nanti dia tak tanya gua "bila Uncle Azar nak berumahtangga?" at that time kalau tangan tengah genggam lesung batu, memang melekat kat tulang kering dia! Eh, tapi tak mungkin la. Pasal kalau dia dah besar, dah tentu lah gua pun dah ada cucu. Gua rasa genap umur anak buah gua ni setahun gua pun dah berumahtangga agaknya. Bukan agaknya, tapi itu memang target gua la. Ala, sejak dah ada anak buah ni pun gua dah lupa nama makwe lama gua dan semua nama makwe-makwe yang rejek gua mentah-mentah dulu. Ini satu perkembangan yang baik. Esok lusa kalau bertambah lagi anak buah, memang gua terus lupa semua benda-benda tak sedap yang pernah berlaku dalam hidup gua. Sekurang-kurangnya gua perlukan lagi seratus anak buah! Kah kah kah.

Tak kisah la, apa lu orang nak kata pun. Yang penting gua dah ada anak buah. Tak ada anak sendiri, dapat anak buah pun dah kira Alhamdulilah. Kira macam anak sendiri juga kan? Lu ada? kalau masih tak ada anak buah jangan pandai-pandai nak add gua jadi kenalan baru kat Facebook dan follow gua kat Twitter! keh keh keh. Riak betul gua sejak dapat pangkat Pak Long ni. Insyallah gua akan pastikan dia menjadi anak yang baik. Maksud gua lebih baik dari gua la. Pastikan dia belajar sungguh-sungguh dan jangan cepat terperdaya dengan kecantikkan wanita. Yang lain-lain tu biar mak dengan bapak dia yang ejas. Maknanya lepas ni kalau gua jarang keluar rumah atau update blog, maknanya gua tengah sibuk layan anak buah gua la tu. Tak mustahil kalau gua tolak makwe ajak keluar dengan alasan gua tengah sibuk lipat lampin dan bancuh susu!




6 comments:

  1. alololololo tomeynyee iyee! nape comel mcm saya ni? eheh! kbaiiii ;)

    ReplyDelete
  2. betul2 bersemangat ye din.. belajar dari sekarang jaga ank buah tue, mane tau tuah ank buah dpt jodoh terus kawin dpt ank dh pandai nk jaga n layan nanti.. :)

    ReplyDelete
  3. pape pun, congratulation din..

    ReplyDelete
  4. best kan..adik yg beranak, paklong pun dapat congrat wish hahahha gua percaya lepas ni lu tak sabar abis keje cepat2 balik rumah mengadap anak sedara ehhhhhh pehal aku pun lu gua ni haahha congrat

    ReplyDelete
  5. ahahahahs smnagt siap bancuh susu. ni de pape ke.

    ReplyDelete
  6. Ιt's enormous that you are getting ideas from this article as well as from our discussion made here.

    Review my blog; optus unlock iphone

    ReplyDelete