Tuesday, November 8, 2011

D.R.S.A

Muka depan zine DRSA. 

Senjata mana paling merbahaya? lu fikir la sendiri. Gua malas nak cerita banyak-banyak dalam ni.


Benda-benda macam nilah yang boleh buat gua naik darah. Benda yang gua ingat dah mati rupanya masih tak mati-mati lagi. Malahan masih aktif. Perasaan macam nak terajang pintu tu memang ada. Jangan sampai gua pun buat Roots balik. Perasaan nak menulis dan membukukan apa yang gua tulis tu memang sentiasa ada dan berkobar-kobar. Okey, kita tengok jer nanti macam mana pergi dia. Masalah sekarang ni pada yang tukang edit jer. Kalau ada yang rajin mengedit gua memang "on". Tak pun kalau ada yang berminat nak buat split rilis pun gua on! Apa-apa hal pun kita tunggu bonus tujuh bulan dapat nanti.

Ahh, rata-rata budak-budak dalam scene punk hardcore yang sezaman dengan gua mesti kenal dan pernah dengar dengan nama DRSA. Kalau jadi punk tapi tak pernah dengar nama DRSA ni memang elok terjun gaung jerlah. Budak-budak scene Lipis pun kenal DRSA, takkan punk-punk urban belah Kolumpo tak kenal? memang nak kena tendang la! DRSA ni dah wujud sejak zaman gua habis SPM lagi. Senang cerita sama umur dengan Roots. Dah lebih dari sepuluh tahun la senang cerita. Ini bukan kisah dongeng. Dan sebagai orang yang aktif pada masa tu, gua adalah salah seorang pembaca setia DRSA. Memang gua ada koleksi semua zine DRSA ni dari isu pertama lagi. Malangnya semua koleksi gua tadi, gua dah simpan dalam kotak dan letak atas loteng rumah. Nak jimat ruang bilik punya pasal. Gua harap tak kena makan dengan anai-anai.

DRSA ni bukan seperti kebanyakkan zine yang suka bercerita pasal musick yang bising dan laju semata-mata. Tapi dia lebih pada membaca benda-benda politik dan sosial semasa. Dari isu harga gula macam mana boleh naik, masalah penyelewengan bekalan ayam bila tiba hari raya bagi kaum melayu ( baca hari raya haji dan aidilfitri ) dan macam-macam cerita tentang bentuk penindasan yang lainnya. Senang cerita benda yang ada dalam DRSA ni kita tak akan boleh dapat kalau kita baca Metro atau Berita Harian. Jadah apa buat zine nak cerita pasal eksiden jalan raya? gossip Siti Hurhaliza? nak kena tendang? Ahhh cerita fesyen dalam punk pun tak layak duduk dalam zine ni.

Gua memang sengaja nak review benda ni panjang-panjang. Ada masalah? kalau tak ada masalah teruskan membaca. Untuk isu yang ke 12 ni DRSA ada interview Alep, Fara Fox dan juga editor zine Emosi. Kalau gua nak cerita satu-satu setiap individu yang Fazri interview ni memang jenuh jugalah. Tak sebenarnya tak jenuh mana pun, tapi memang gua malas. Gua cuma kenal rapat dengan Fara Fox sahaja. Yang lain setakat kenal nama tapi haram tak pernah bermain mata. Apa yang penting soalan-soalan yang Fazri bagi memang boleh buat sakit kepala la. Terutama bagi orang yang tengah datang bulan. Susah-susah juga. Macam-macam isu dia tanya dan kupas. Tak lupa juga untuk isu kali ni ada beberapa orang penulis undangan dengan tema kasih sayang. Nasib baik gua tak terlibat dalam tema ni. Kalau tak dah tentu gua meleweh cerita perihal kasih sayang yang bukan-bukan. Memang satu topik yang paling mudah untuk dibincangkan. Silap hari bulan tak cukup lapan belas muka surat.

Seperti biasa bahan-bahan bacaan yang lain macam ruangan ulasan bahan bacaan dan musick, ada puisi-puisi pedas dan tepat ke muka. Cerita-cerita berat dari Matyie dan banyak lagilah. Dari segi susun atur dan grafik memang kemas. Cuma kualiti fotostet dia macam kurang pekat. Apahal? ada masalah dengan fotostet? kau ingat offset printing tu dah bagus sangat? benda ni bukan diproduksi secara besar-besaran lepas tu jual kat kedai buku arus perdana. Kalau boleh jumpa benda ni kat Kinokuniya memang gua kasi anak buah gua kat lu! Benda macam ni tak perlu barcode atau hak cipta.

Bagi yang tak tahu, editor DRSA ni merupakan seorang cikgu. Bukan calang-calang punya cikgu. Ada pangkat dan panas baran. Ahh, apa nak heran, berapa ramai kawan-kawan punk gua yang berkerjaya sebagai seorang guru. Sebenarnya ramai lagi yang menyandang perkerjaan profesional selain dari seorang cikgu. Gua kenal Fazri ni dah lama sangat, dari zaman dia belajar, bertunang, kawen dan sekarang dah ada dua orang anak. Orangnya kalau lu tak kenal memang nampak jenis pendiam. Jarang bercakap, tapi kalau dah bukak mulut susah pulak nak berhenti. Pernah beberapa kali tidur dan bertandang ke rumah gua. Yang pasti beliau tidak beriman kepada UMNO mahupun TV3. Tak, masalahnya sekarang ni gua nak bercerita pasal apa benda ni? aduhhh...

Dah. Kalau berminat nak baca apa yang ditulis oleh cikgu Fazri boleh komunikasi terus dengan dia di drsa@roketmail.com. Tak mahal mana pun benda ni. RM4 sahaja!


No comments:

Post a Comment