Friday, October 7, 2011

Twitter Jahanam!


Pehhh lama sungguh rasanya gua tak buka blog sendiri. Kalau dah tak buka tu maknanya tak update la. Tak update tu maknanya tak ada entri baru. Tahu? Jangan kata blog sendiri, scene blog itu sendiri gua dah tinggalkan untuk satu tempoh yang agak lama juga. Ada lebih kurang dua bulan agaknya.

Masa bulan ramadhan hari tu bukan main rajin lagi gua update macam-macam cerita. Tak ada cerita pun gua perah juga otak untuk bercerita. Janji tiap-tiap hari update. Tapi bila tiba penghujung ramadhan sampai la ke hari ini, terus gua dah jatuh malas. Spirit nak buka blog, nak mengarang menurun. Tak tahu apa punca. Sibuk mengejar dunia mungkin. Scene hari raya dan betapa enaknya makan kueh tart Ramun pun gua tak ada update dalam blog. Padahal itu cerita penting.

Ahh, kalau dah namanya malas apa pun tak jadi. Kalau dah malas, nak berak pun mengeluh juga. Bukan kerana orang lain, tapi ini semua gara-gara gua kembali aktif dalam scene Twitter bedebah tu. Dulu kemaruk Facebook. Sekarang ni Twitter pula. Ini semua namanya penyakit. Sekarang ni gua cuba-cuba untuk kurangkan benda Twitter dan aktif semula dalam penulisan panjang-panjang. Harap lepas entri pertama untuk musim baru ni gua akan kembali aktif dalam dunia penulisan tak senonoh.

Twitter ni "hantu" dia memang lain macam sikit. Walhal dia lebih kurang macam blog juga, cuma dalam versi mikro. Tak boleh nak taip panjang-panjang. Kena ringkas, tapi meningggalkan kesan yang mendalam. Non stop bertwitt. Dari celik mata sampai tutup mata. Susah nak berhenti. Nak makan twitt, nak tido twitt, nak berak twitt, tengah berak pun twitt. Elak tengah nazak pun masih nak bertwitt juga. Pendek cerita tak ada benda pun yang terlepas dari twitt. Celaka betul. Kalaulah twitt tu termasuk dalam rukun iman, sedap juga bertwitt tak berhenti-henti. Dapat juga pahala.

Masa bulan puasa hari tu gua dah stop Twitter 100%. Tapi lepas habis puasa, gua kembali aktif. Memang Twitter ni berteraskan perjuangan syaitan agaknya. Gua ingat pengendali-pengendali Twitter tu semuanya pun syaitan. Nak kurangkan twitt mungkin berkesan dengan Istighfar, bacaan Yassin atau ayat Kursi. Mungkin laa.. Masalahnya, kalau tak online Twitter, tak tahu pula perkembangan kawan-kawan. Itu payahnya. Ke kawan-kawan Twitter gua pun sebenarnya syaitan?

Memang la! tak semua kawan-kawan gua yang into Facebook ada Twitter dan tak semua kawan-kawan gua yang dah berTwitter nak berpatah balik pada Facebook semula. Cuma gua jer yang masih cuba seimbangkan penggunaan kedua benda puaka ni. Walaupun gua pun perasan yang Facebook dah tak berapa sedap macam dulu. Tapi itulah, malangnya blog tetap juga gua abaikan. Kasihan blog gua. Dah la tidak popular, terabai pula. Tanpa entri baru sekaligus merangkap langsung tak log in. Elak gua terlupa kata laluan jer. Gila. Tahu-tahu log in dah ada ramai pengikut-pengikut baru. Macam mana pun terima kasih pada yang sudi mengikut walaupun tanpa entri baru.

Memang, gua terpaksa berTwitter sebab nak ikut perkembangan kawan-kawan yang dulu aktif juga dengan scene Facebook. Tapi sejak dah jinak dengan Twitter semua dah tak pandang pada Facebook lagi. Manusia, biasalah. Dapat yang sedap, yang lama dilupakan. Yang masih into scene Facebook pula, memang bermati-mati tak nak berTwitter. Masing-masing ada alasan sendiri. Memang jenis pengguna Facebook tegar. Akhirnya gua juga yang mengalah terpaksa maintain kedua-dua benda celaka ni. Macam mana pun, pada gua kedua-dua medium ni ( Twitter / Facebook ) melalaikan juga. Nak maintain semua benda memang bukan senang. Nak catch up perkembangan kawan-kawan pun sebenarnya penyeksaan juga. Lagilah orang-orang yang buta I.T macam gua ni.

Apa-apa pun gua harap lepas ni gua tak lupakan blog lagi. Okey, sambung lagi nanti. Ada lima biji kontena gua nak kena angkat. *sambil twitt juga ni sebenarnya*


 Tak, gambar ni tak ada kena mengena dengan Twitter. Gua saja masukkan sebab nak pancing makwe.

Ini pun sama juga. Tapi dia orang ni memang kawan baik. Macam Twitter dengan Facebook. Kah kah kah







5 comments:

  1. apsl gua tak rase lagi nafsu nak bertwit eh

    ReplyDelete
  2. Dari penulisan lu selepas aktif twitter ni, lu lebih nampak seperti lelaki gatal.

    ReplyDelete
  3. lu kena tweet setiap entry baru lu ni

    ReplyDelete
  4. perghh mmg cara la bro stail pancing awek tuh.. tros berdesup ke hati . welcome back bro !

    ReplyDelete