Saturday, October 8, 2011

Antara kuat bersentubuh, bawak kren dan sakit pinggang.


Gua selalu juga dengar kawan-kawan yang dah berumahtangga mengeluh sebab sakit pinggang. Gua tak tahu apasal. Nak kata menebas lalang tak pernah pula. Nak kata membanting padi, jauh sekali. Tapi kebanyakkan dari mereka memberi alasan, kerana terlalu kerap bersentubuh dengan isteri. Gua memang tak pernah tanya jadual mereka bersentubuh dengan isteri mereka dalam seminggu berapa kali. Jadah apa gua nak bertanya perihal dalam selimut rumahtangga kawan-kawan. Tapi bila tiba bab sakit pinggag rajin pula mereka mengeluh dan mengadu depan gua. Sebagai orang yang belum mendirikan rumahtangga apa sangatlah yang gua tahu kaitan sakit pinggang dengan hubungan kelamin. Nak membantu jauh sekali.

Sebenarnya gua nak kasi tahu, yang sakit pinggang ni bukan berpunca dari kekerapan kita melakukan persentubuhan dengan isteri sahaja. Ada bermacam faktor sebenarnya. Macam gua ni, sebagai pemandu kren sepenuh masa, sering juga berhadapan dengan risiko sakit pinggang. Kalau orang yang dah berumahtangga mungkin seminggu sekali bersentubuh dengan isteri mereka, tapi gua ni seminggu lima hari dan setiap hari dua belas jam gua menghadap dan melayan kerenah kren. Lu ingat tak sakit pinggang? Lu pernah bersentubuuh dengan isteri lu sampai dua belas jam solid selama seminggu? pernah? Sebenarnya bawak kren juga sama sahaja pergi dia dengan bersentubuh. Sakit pinggang, berpeluh-peluh dan penat, walaupun dengan teknik yang berbeza.

Sebab apa gua kata bawak kren boleh sakit pinggang? Ni gua nak cerita sikit. Kerja macam gua ni sebagai seorang pemandu jentera gergasi memang sentiasa berhadapan dengan risiko. Bukan calang-calang risiko. Kebanyakkannya boleh membawa maut. Seperti yang kita semua tahu kren ni sifat dan binaannya tinggi. Anggaran ketinggian kren ni lebih kurang rumah pangsa lima tingkat kot. Benda ( kontena ) yang gua kena angkat pula berada dibawah ( memang la, takkan kat atas pula ). Secara tak langsung kedudukan badan gua serta pinggang gua perlu membongkok hampir setiap masa. Kalau solid banyak kontena kena angkat maka solid la tulang belakang gua membengkok. Kalau tak percaya cuba lu bersentubuh dengan isteri lu dengan gaya ala-ala bawak kren tengah angkat kontena. Mesti lain pergi dia.

Bersentubuh pun paling lama mungkin dua hingga tiga jam. Itu paling lama mungkin. Tapi bawak kren ni dua belas jam bha. Cuba lu bayangkan kalau lu bersentubuh dengan isteri lu sampai dua belas jam, macam mana dia punya pergi. Macam mana dia punya penat. Mesti lu rasa macam nak patah pinggang dan muntah-muntah. Paling koman pun lepas selesai lu boleh tido dengan selesa, boleh baring-baring atau sambung makan nasik. Tapi gua? esok sambung lagi, dan lagi dan lagi. Memang lah bawak kren tak boleh dapat anak, tapi lu kena ingat. Kalau gua tak angkat ini kontena, susah juga lu nak merasa pakai kasut Supra, Blackberry, Samsung Tab, Nikon D700 dan Tutti Fruti.

Kesimpulan yang boleh gua buat ialah bawak kren lebih penat dan sakit pinggang dari bersentubuh dengan isteri. Masalahnya sekarang ni belum berumahtangga pun gua dah selalu mengeluh sakit pinggang, kalau lepas berumahtangga nanti entah macam manalah sakit dia. Bersentubuh dengan isteri dirumah dicampur pula dengan bersentubuh dengan kren ditempat kerja. Mungkin bersamaan dengan bersentubuh dengan empat orang isteri serentak. Mungkin la...


4 comments: