Tadi masa gua pergi hantar repair seluar kat Kampung Melayu, gua telah ditegur oleh seorang kawan lama. Kawan masa zaman gua sekolah rendah Hingga menengAh dulu. Walaupun umur tak Berapa Sama, tApi gua daH kenal dia lama juga. Kenal sebab sama-sama duduk Kampung Melayu Majidee. Kira macam kawan-kawan selepak la. Kawan-kawan hu-ha-hu-ha. Memang dah lama sangat gua tak jumpa dengan dia. Ada lebih dari sepuluh tahun kalau tak silap. Lagilah sejak gua dah berhijrah ke Taman Impian Jaya ni.
Sebenarnya dari jauh lagi gua dah perasan kelibat dia. Tapi gua tak berapa konfiden jadi gua buat-buat tak perasan. Tiba-tiba dia menghampiri dan terus bersuara dengan penuh konfiden "brader, lu ada RM3 tak?" Pehhh dah la lama tak jumpa, tiba-tiba mintak gua RM3 pula. Perkenalkan diri pun tidak, bertanya khabar pun tidak. Gua pun sebenarnya tak berapa yakin sama ada kawan gua ni masih kenal sama gua ke tidak. Kebetulan masa tu gua memang tak ada duit kecik. Dalam wallet ada RM50 sahaja. Itu pun nak buat bayar duit upah repair seluar. Untuk meyakinkan dia, gua bersuara "kejap, kasi gua settel bayar duit seluar dulu, ada belen gua kasi lu".
Dari struktur badan, rupa paras dan cara pemakaian, memang nampak macam tak terurus juga kawan gua ni. Muka cengkung, kulit dah jadi hitam, rambut tak bersikat dan badan kurus kering. Dalam kepala gua memang dah set satu benda tentang kawan gua ni. "Mat gian!". Kalau setakat putus tunang, tak adanya sampai jadi macam ni. Teruk sangat gua tengok. Kesian pun ada. Dalam hati terdetik juga "apasal dia jadi sampai macam ni?"
Kalau dia jadi mat gian pun gua tak heran sangat sebenarnya. Memang sejak dari zaman lepak, zaman muda remaja, zaman gua sekolah dulu, dia ni dah pekena ganja. Tak tahu pulak gua kalau dia sampai melarat ke scene cucuk jarum pulak. Gua ni walaupun campur dan lepak dengan budak-budak yang tak tentu arah, gua masih dapat kawal diri gua lagi. Setakat ni Alhamdulilah lah gua masih selamat dari gejala dadah dan benda yang memabukkan. Time kawan-kawan gua pekena ganja, gua tengok. Time kawan-kawan gua pekena Tiger Beer pun gua tengok juga. Entah kenapa gua jenis yang susah nak makan hasutan dan keinginan untuk mencuba pun tak pernah ada.
Simpati juga gua dengan nasib kawan gua tadi. Hidup terbazir macam tu saja. Bukan kehendak dia, bukan juga kehendak gua. Tapi sebagai manusia kita diberikan akal dan otak untuk membezakan mana baik dan mana yang tak baik. Tak berani juga gua nak cakap untung nasib orang ni. Entah esok, entah lusa hidup gua bila-bila masa sahaja boleh ada kat bawah.
Lepas gua settel duit seluar, duit berbaki gua pun tingal empat keping not RM10. Masih tak ada duit kecik. Tak sanggup gua nak kasi kawan gua tu RM10. Bukan sebab kedekut, tapi entah la. Manusia pesen gian ni kalau di bagi duit banyak-banyak, bukan makanan yang dia beli, tapi dadah atau rokok juga yang dia cari. Nak tak nak gua terpaksa juga beli air dalam botol untuk kasi pecah duit. Dan seperti yang dijanjikan gua pun serahkan RM3 pada kawan gua tadi. Tanpa membuang masa gua terus masuk kereta dan setting-setting untuk berlalu pergi.
Sebenarnya tanpa kawan gua sedari, gua sempat juga melirik tajam pada raut wajah kawan gua tu. Memang nampak sayu. Mukanya tidak bercahaya. Matanya kuyu dan seakan memberat. Nampak macam dia tengah merenung jauh mengenang nasib diri. Gua memang cepat simpati dengan manusia-manusia macam ni sebenarnya. Tapi apa sangatlah yang mampu gua bantu. Gua harap kawan gua tu tadi manafaat duit RM3 yang gua sedekah ikhlas tu. Dan sebenarnya gua pun tak tahu macam mana nak sambung cerita ni lagi.
Tapi kenapa RM3? Bukan RM5?
ReplyDeletePeh, tak sangka, power juga hati Din ni ye.
ReplyDeletekenapa tak ckp yg ko kenal dia?
ReplyDelete