Sunday, October 16, 2011

Anuar Zain dan aplikasinya dalam kehidupan seorang lelaki.

Sebenarnya gua baru selesai buat satu kajian. Kajian am yang gua buat secara tak langsung Masa guA tak ada Kerja ataS kren tadi. Kajian yang gUa buat ini bukan bertujuan untuk menyakiti hati mana-mana pihak. Ianya tak lebih sekadar kajian sempena tak ada kontena untuk diangkat. Gua mengkaji golongan lelaki yang pesen minat pada lagu-lagu dari Anuar zain dan keperibadian artis tempatan itu sendiri. Gua yakin, bila sebut sahaja nama Anuar Zain, pasti ramai yang kenal. Pakcik-pakcik tukang mesin rumput, pekebebun kecil mahupun penoreh getah pun pernah dengar nama Anuar zain. Dan yang baru-baru ni gua dengar pekerja sambilan meniaga goreng pisang pun minat juga.

Okey berbalik pada kajian gua tadi, disini gua ada senaraikan jenis-jenis atau golongan-golongan lelaki yang meminati malahan mungkin ada yang menjadikan beliau sebagai idola. Mungkin ada yang kurang tepat atau langsung tidak tepat. Hasil dari kajian ini datangnya dari akal gua sendiri, tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang baru nak mendirikan rumahtangga. Tidak juga dilakukan sebarang perbincangan untuk mengetahui hasilnya. Okey, silakan...

  • Jenis lelaki yang stail sikat rambut belah tepi atau belah tengah ( time sekolah dulu budak-budak panggil belah pepek ). Pesen kalau tak ada minyak rambut memang dia tak berani nak keluar rumah. Jenis nak lepak bengkel, main futsal, main catur pun rambut kena sentiasa bersikat dan berkilat. Biasanya golongan ini tak minat simpan sekben. 
  • Biasanya rambut lelaki pemuja Anuar Zain berwarna selain dari hitam. Mungkin perang, mungkin kemerah-merahan, mungkin kuning, mungkin biru air laut atau mungkin apa-apa sahaja warna yang senang nak nampak dari jauh. Jenama Tan Cho menjadi pilihan untuk minyak rambut. Mereka-mereka ini juga biasanya pengguna tegar gelang Ac Mizal atau gelang tangan dari buatan perak.
  • Paling senang nak kenal pasti, mereka ini lelaki yang kebanyakkanya berkerja dipejabat. Tak kisah lah buat kerja apa pun, janji kerja perjabat berhawa dingin. Dari jawatan yang paling bawah sehinggalah ke pangkat boss. Kalau dah kerja pejabat, mesti ada yang sambil susun fail sambil menyanyi lagu Anuar Zain. Jadual kerja mereka pesen masuk jam sembilan pagi dan sampai rumah paling lambat pun pukul enam setengah petang.
  • Lelaki yang jenis ini biasanya pergi kerja pakai tali leher, seluar slack yang digosok sampai nampak line kat tengah dan suka pakai kasut muncung tajam. Kemudian sikat memang jenis sentiasa standby kat kocek belakang seluar. Sapu tangan tersisip kemas dalam kocek kemeja. Ini serius. Penampilan ke pejabat juga mempengaruhi minat seseorang terhadap artis pujaannya.
  • Kebiasaannya lelaki yang meminati Anuar Zain memang penghisap rokok tegar. Mulut memang tak lekang dengan puntung rokok. Dari terbit matahari hingga ke terbenamnya matahari, rokok menjadi peneman setia. Dan biasanya jenama Dunhill atau Malboro menjadi pilihan. Kalau hujung bulan biasanya mereka akan hisap rokok bukak jenis beli sebatang-sebatang.
  • Lelaki yang gemarkan sukan bola sepak dan sering menghabiskan masa santainya dipadang bola berumput karpet atau dalam dewan futsal yang berhawa dingin. Paling sinonim mereka ini penyokong kuat Mancester United. Jenis kalau dengar Mancester United kena kutuk memang boleh hempas pinggan ke lantai.
  • Kalau memandu, mereka gemar memandu kereta nasional. Tak kira dari jenis apa pun. Dan selalunya kereta mereka tiada eksesori tambahan yang bercirikan barang berprestasi tinggi untuk kelajuan enjen. Kalau ada pun jenis pakai rim sukan cap ayam, tempat duduk depan dibalut dengan jersey Mancester United. Dibahagian pemuka pula dibalut dengan bulu haiwan. Biasanya bulu ayam atau kambing boer. Dicermin belakang, depan dan fender kiri kanan memang banyak stiker-stiker jenama barang perlumbaan. Biasanya ketika memandu mereka jarang bukak signal untuk membelok. Jenis khayal memandu sambil nyanyi lagu Anuar Zain.
  • Jika bersms mereka-mereka ini gemar gunakan ayat yang stail budak-budak baru nak tumbuh bulu pubis. Kalau orang jadi owang. Kalau kita jadi kitew. Kalau je jadi jew. Huruf W memang sentiasa ada disetiap pengakhiran ejaan. Huruf W itu mewakili betapa maskulinya mereka.
  • Rancangan television yang paling diminati oleh kebanyakkan mereka ini ialah rancangan realiti tivi. Contohnya Malaysian Idol, Vokal, Akedemi Fantasia, Ustazah Pilihan dan yang seangkatan dengannya. Jenis kalau terlepas satu episod, sanggup download dari Youtube. Dan kalau bertembung dengan jadual kerja, sanggup dia amik cuti sakit.
  • Biasanya lelaki yang meminati Anuar Zain tak pandai servis kereta sendiri. Tukar minyak hitam, palam pencucuh semua hantar bengkel. Ada sesetengah kes memang jenis pakai kereta setahun pun belum tentu dia tukar minyak hitam dan palam pencucuh. Lelaki jenis ini juga tak pernah basuh kereta sendiri. Semua harap car wash. Jenis kalau kereta pancit tengah jalan memang gelabah tahan orang sampai ke tengah jalan.
  • Yang ni ada berat sikit. Kebanyakkan mereka-mereka yang meminati Anuar Zain ni jenis lelaki yang menolak hukum hudud sekeras-kerasnya. Kalau tak keras pun jenis kaver-kaver line. Gua kata kebanyakkannya. Maknanya tidak semua la. Gua tak tahu apa pasal. Tapi kenyataannya begitulah. Gua dah buat kajian ni lebih dari dua bulan.
  • Kebiasaanya lelaki jenis ini memang stok ramai makwe. Keliling pinggang. Maklum sahaja, mereka ini sentiasa berpakaian kemas pada setiap masa tidak mengira tempat. Rambut pula jenis kena tiup angin pun tak bergerak. Tidak dinafikan kebanyakkan dari mereka mempunyai rupa paras yang kacak, hensem dan jambu.
  • Biasanya mereka ini pembaca setia suratkhabar Berita Harian, Utusan dan Metro. Mereka juga pengumpul tegar majalah URTV, Media dan Mangga.
  • Bukan gua nak cemburu ke apa, tapi kebanyakkan dari mereka ini menggunakan telefon bimbit jenis Android. Kalau tak Android pun paling bangsat Blackberry. Jenis 24 jam telefon bimbit pegang kat tangan. Tak reti simpan dalam kocek.

Sebenarnya ada banyak lagi ciri-ciri yang gua jumpa. Memandangkan tiba-tiba ada banyak kontena yang gua kena angkat, jadi gua sempat rekod mana yang sempat jer lah. Kalau ada siapa-siapa nak tambah silakanlah. Gua yakin mungkin jika dicatat angkanya melebihi dari seratus jenis lelaki. Jangan ambil hati sangat, ini cuma kajian peribadi gua.



4 comments: