Monday, October 24, 2011

Entri paling malas, paling tak sedap pernah gua buat!


Orang kata kalau dah minat, tak kira kat mana pun tetap layan juga. Sebenarnya ini kali pertama gua bawa dan bina kereta kecik kat atas kren. Memang pelik bunyinya. Tapi itulah kenyataannya. Dalam banyak-banyak kereta kecik yang gua buat, model BMW ni yang paling banyak bermain dengan emosi dan skills. Sampai satu tahap gua tak ada semangat nak buat benda lain disebabkan model ni. Gua pun tak tahu celah mana istimewanya model yang gua tengah buat ni sampaikan gua begitu bersungguh-sungguh. Mungkin memang gua ni dari jenis manusia yang detail agaknya.

Bagi sesetengah orang, mungkin hobi gua ni tak berfaedah dan buang masa. Itu biasa gua dengar. Tapi gua tak ambil pusing sangat. Dah biasa. Tapi bagi gua, benda ni cukup istimewa dan seronok. Kadang-kadang gua rasa lebih seronok dari bersetubuh ( okey, gua dah reti eja bersetubuh! ) walaupun gua sendiri tak pernah rasa macam mana rasanya bersetubuh. Layan benda ni ( kereta kecik ) boleh membuatkan kita khayal dan khusyuk. Gua sendiri pernah mencatatkan rekod terpanjang melayan benda ni dirumah. Dari bangun tidur seawal jam 8.00 pagi sehinggalah ke 10.00 malam gua layan tanpa henti. Akhirnya gua terbaring kelesuan kerana sakit kepala dan rasa macam nak muntah.

Hari ini sekali lagi gua buat benda tak masuk akal bila buat kereta kecik dari atas kren. Nasib baik benda ni ringan dan tidak terlalu membebankan. Jadi bukanlah satu masalah besar untuk gua pikul bawak naik sampai atas. Nasib baik kawan-kawan tempat kerja jenis tak perasan gua bawak benda ni. Kalau tahu tentu ramai juga yang membahan. Tapi gua peduli apa. Masa yang terluang seharusnya diisi dengan benda yang berfaedah. Dari gua duduk termenung dan tidur tak tentu hala, elok juga gua layan benda ni sementara menunggu kontena untuk diangkat.

Sebenarnya kestressan gua melayan model BMW ni membuatkan gua terpaksa mengheret projek ni naik sampai ke tempat kerja. Selagi masalah tak selesai, gua rasa tak sedap hati nak bersenang-senang. Sebab tu gua bawa ke tempat kerja mudah-mudahan gua dapat selesaikan sedikit masalah yang berkaitan. Dan Alhamdulilah, bila masa yang terluang gua gunakan dengan sebaiknya untuk menggilap model ini sehingga masalah tadi berkurangan. Kat atas kren ni juga gua bermain dengan compound dan polishing material. Memang nampak macam gila. Dan akhirnya gua sendiri berpuas hati dengan hasil kerja tangan gua walaupun masalah yang berkaitan tidaklah dapat diselesaikan seratus peratus. Sekarang nak kerja pun hati ada senang...


Sejam lebih juga gua tak ada kontena untuk diangkat. 

Memang sempat sangat kalau setakat nak polish benda ni. 

Satu-satunya kereta kecik yang bertuah sebab dapat nak sampai atas kren. 

Okey, sikit jer lagi. 

Bonet depan dah siap. 

Bumper pun dah siap. Sempat plessing dengan joystik lagi. 

Selebihnya aku sambung kat rumah jerlah nanti.



4 comments:

  1. sebenarnya kau kan boleh beli kereta tamiya yg dah siap. kan ade kan? kereta bumble bee maybe?

    ReplyDelete
  2. bende kalo dh jadi hobi mmg takleh tggal. kehkeh. baru pandai eje perkataan brsetubuh. ini gua tak pecaye sgt

    ReplyDelete
  3. kat mana area kl ada jual nih? aku cari kat toy's r us takde plak.

    ReplyDelete
  4. Faiz Rahman, kalau kat kedai2 mainan biasa memang payah nak jumpa. Kebanyakkannya aku oder dari kawan2 yang jual secara underground. Kit BMW ni aku beli kat Singapura.

    ReplyDelete